Hati ini pernah derita ketandusan kasih sayang meronta sayu menagih simpati mencari ruang dalam hati siapa saja Hati ini pernah terluka terguris mencari erti hidup pada ketulusan seorang sahabat sama-sama menari di pentas dunia namun aku tersungkur sendirian dibiar merangkak dan menapak dan dirinya melangkah maju tanpa menoleh pada aku yang keseorangan Hati ini sering saja dipermain bertatih dalam arus tercari-cari kebenaran sebalik gelapnya dunia mencari mana silapnya takdir kerana aku masih di sini tanpa siapa-siapa di sisi sedangkan mereka tertawa dan tersenyum Tidak lagi aku begitu sering mencari salah pada dunia aku kini dicintai dan mencintai pada Dia yang kusanjung terima kasih kerana menerimaku saat aku hitam bersalut noda saat aku tempang dimamah derita tika aku buta dek dosa sendiri aku kini gembira meniti hariku tidak lagi sendirian hatiku penuh rasa cinta cinta yang tak pernah kurasa yang tak bisa siapa pun ganti kerana Dialah cinta sejatiku ci...
Sit down and read. Grab a cup of coffee and have a conversation with me.