Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

selamat hari guru

dah lebih 17 tahun aku belajar di dunia ni. guru pertamaku sejak aku mula jejaki bumi adalah ibuku. dan sehingga kini, setelah bertahun-tahun mengorek ilmu yang maha luas di bumi Tuhan ini, aku masih lagi ketagih. ketagihkan ilmu itu. aku tak nafikan, antara orang paling penting dalam hidup aku.. adalah GURU. bukan bermakna aku mengenepikan ibu bapaku, kerana ketahuilah, MEREKALAH GURU TERAGUNG DI HATIKU! ilmu terpenting yang mereka titipkan buat aku adalah berjalan, bercakap dan berfikir. itulah ilmu yang akan aku guna sepanjang hidup aku, dan insyaAllah sehingga aku hela nafas terakhirku sekalipun, mereka akan tetap mendapat manfaat dari ilmu itu. guru.. aku mahu kau tahu jauh di sudut hatiku aku sangat menyayangimu lebih dari yang kau pernah tahu kerana dikaulah yang mengisi kosongnya hati dingin ini guru saat aku jatuh tersungkur jauh ke lembah hina kau hulur tangan memimpinku saat aku sesat meniti langkahku kau suluh cahaya kebenaran dan jalanku kembali lurus disinari cahayamu ...