dah lebih 17 tahun aku belajar di dunia ni. guru pertamaku sejak aku mula jejaki bumi adalah ibuku. dan sehingga kini, setelah bertahun-tahun mengorek ilmu yang maha luas di bumi Tuhan ini, aku masih lagi ketagih. ketagihkan ilmu itu.
aku tak nafikan, antara orang paling penting dalam hidup aku.. adalah GURU. bukan bermakna aku mengenepikan ibu bapaku, kerana ketahuilah, MEREKALAH GURU TERAGUNG DI HATIKU! ilmu terpenting yang mereka titipkan buat aku adalah berjalan, bercakap dan berfikir. itulah ilmu yang akan aku guna sepanjang hidup aku, dan insyaAllah sehingga aku hela nafas terakhirku sekalipun, mereka akan tetap mendapat manfaat dari ilmu itu.
guru.. aku mahu kau tahu
jauh di sudut hatiku
aku sangat menyayangimu
lebih dari yang kau pernah tahu
kerana dikaulah yang mengisi
kosongnya hati dingin ini
guru
saat aku jatuh tersungkur
jauh ke lembah hina
kau hulur tangan memimpinku
saat aku sesat meniti langkahku
kau suluh cahaya kebenaran
dan jalanku kembali lurus
disinari cahayamu
guru
kau membuat yang sukar itu mudah
yang tidak menjadi ya
yang buruk itu indah semuanya
guru
tak tertanding segala duit di dunia ini
dengan apa yang kau lakukan buatku
tak bernilai segala emas permata
jika dilihat pada sucinya pengorbananmu
guru
selamanya akan kubawa secebis dirimu
dalam diriku
agar aku sentiasa terpimpin menuju rahmatNya
selamanya akan kuhidupkan jiwa hitamku
dengan semangatmu
agar aku terus berjalan dalam redhaNya
doaku agar kau akan selalu
dalam lindungan yang Maha Kuasa
dan aku tau, Dia akan membantuku lindungimu
kerana aku tahu
Dia juga seorang guru
yang berkongsi ilmunya dengan Adam alaihissalam
dan ilmunya terus hidup
tak mati dek zaman
tak hancur dek kemusnahan duniawi
maha Agung, Maha Suci
terima kasih guru
Comments