bismillah. Masa aku masih muda remaja, aku sering mengimpikan, andai ada ruang dan waktu untuk aku duduk di depan, menjadi jeneral dalam perjuangan, menyusun langkah gerombolan amukan atas pentas peperangan, aku mahu. Aku mahu. Hantarkan aku ke tengah medan menggila, bersama anjing-anjing yang butakan matanya, bersama pedang tumpul mencucuh api, menghantar gentar dalam dada yang meneliti, aku bisa. Aku bisa. Masa aku masih naif tentang realiti dunia, aku penuhi mataku dengan angan, yang batil akan lenyap dengan tiupan kencang kebencianku, hingga aku terlupa, yang terisi hanyalah impian cuma, tiada apa. Tiada. Saat kenal tarbiyyah, aku ditampar dan dipukul, diuji dengan angan yang aku bina, tapi tak pernah terlaksana. Aku menjadi masulah. Saat kegagalan bertimpa-timpa, aku teruskan saja melangkah, membiarkan masalah membusuk, hingga akhirnya rosak segala. Yang telah dibina bertahun sebelumnya, yang sudah kukuh menj...
Sit down and read. Grab a cup of coffee and have a conversation with me.