Skip to main content

Aku, Masulah yang Gagal

bismillah.

Masa aku masih muda remaja,
aku sering mengimpikan,
andai ada ruang dan waktu untuk aku duduk di depan,
menjadi jeneral dalam perjuangan,
menyusun langkah gerombolan amukan atas pentas peperangan,
aku mahu.
Aku mahu.

Hantarkan aku ke tengah medan menggila,
bersama anjing-anjing yang butakan matanya,
bersama pedang tumpul mencucuh api,
menghantar gentar dalam dada yang meneliti,
aku bisa.
Aku bisa.

Masa aku masih naif tentang realiti dunia,
aku penuhi mataku dengan angan,
yang batil akan lenyap dengan tiupan kencang kebencianku,
hingga aku terlupa,
yang terisi hanyalah impian cuma,
tiada apa.
Tiada.


Saat kenal tarbiyyah,
aku ditampar dan dipukul,
diuji dengan angan yang aku bina,
tapi tak pernah terlaksana.

Aku menjadi masulah.

Saat kegagalan bertimpa-timpa,
aku teruskan saja melangkah,
membiarkan masalah membusuk,
hingga akhirnya rosak segala.

Yang telah dibina bertahun sebelumnya,
yang sudah kukuh menjulang namaNya,
hancur sekelip cuma.

Maka kini aku jadi takut,
bergerak atas janji yang 'Akulah Sang Pemimpin yang Dicari',
kerana saat ghulam menyusup dalam diri,
aku. menjadi bukan aku.

Mengharapkan hebat dari Allah,
tapi terlupa,
ia tak datang tanpa usaha.

Mengharapkan petunjuk dariNya,
tapi leka,
tanpa doa.

Dan kini aku duduk terdiam,
berteleku dalam suram,
bertanya,


mampukah aku dimaafkan?



Post a Comment

Popular posts from this blog

Ayuh Menjadi Photon!

bismillah.
Ni sekadar sesi revision untuk exam A2, dan untuk life. Feel free to indulge in my thoughts *err*
Photoelectric Emission
Eksperimen untuk photoelectric emission ni menggunakan apparatus namanya gold-leaf electroscope.

Dalam electroscope ni, ada daun emas [baca: gold-leaf] yang bercas negatif. Disebabkan kedua-dua daun tu negatively-charged, maka ia repel each other. (Nampak tak daun tu macam tertolak sedikit antara satu dengan yang lain?)
Jadi sekarang ni, eksperimen ni berjalan untuk membuang cas-cas negatif dalam electroscope ni. To do so, satu sinaran dari cahaya boleh nampak [baca: visible light] dipancarkan ke bahagian atas plate electroscope ni.

TAPI, cahaya boleh nampak ni, tak mengeluarkan tenaga yang cukup untuk mengeluarkan cas negatif tu. Sekadar mampu buat cas negatif tu menari-nari sekeliling plate tu je (refer to excited electrons) Bergolek ke sana ke mari, tapi tak mampu untuk keluar dari plate tu.

Jadi, kita masih tak capai matlamat untuk pisahkan dan keluar…

Khemah

bismillah.

fuh. baru je menjejakkan kaki ke teratak terchenta setelah 3 bulan lebih tinggalkannya. rindu? adelah sikit *big grin.
sampai je kat ruang tamu, nampak khemah besar!

okay, khemah sebenar bukan warna biru-kuning ni. kaler merah. khemah untuk budak-budak. dan takde tingkap. -.- #yang kat atas ni gambar google je.
bestlah khemah ni. rupanya ni khemah ni milik anak sedara bujang dua orang kat rumah ni. tapi open to anyone who wants to enter. pintu khemah sentiasa terbuka *chewah. saya pun ape lagi. jenguklah ke dalam. maklumlah jakun tak pernah dapat masa kecik dulu -.- memang bestla. boleh tidur dalam tu!

tengok anak-anak buah hepi je main sama-sama. makcik yang serba-serbi malas ni pun seronoklaaaa tak payah jaga sangat diorang dah syok main tu :) heheh

khemah ni agak kukuh strukturnya. tiang support dia boleh tahanlah. kalau baaaaanyak mainan dalam khemah ni, memang takkan tumbanglah.tapi, bila semua mainan kena bawak keluar, main dengan babies yang ada dalam rumah ni (current…

Take Me Back.

bismillah.
It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson.
I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes.

"Take Me Back"
28 September 2012 at 00:44

I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear.
Fear.
I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself.
Lie. A big fat lie.
The world has put a big blob of disappointment in my life these past couple of week…