Malam itu, aku duduk di tepi birai katil anak kecilku. Aku mengusap lembut kepalanya. Alif Hakimi.. khalifah kecilku yang baru menginjak usia 3 tahun. Masih kecil tapi begitu banyak yang menduga dirinya. Semenjak kejadian itu, Alif banyak mengigau malam. Mujur kini dah makin baik. Hatiku sedih melihatnya. namun ada rasa bangga.. kerana dia tak terlampau terganggu setelah kejadian itu berlalu. Dan mindaku segera berputar ke malam itu... Aku ada mesyuarat malam itu. Begitu juga abang. Kami dah sepakat, Along akan bersama abang dan adik bersama aku. Jam 8.00 kami bergerak keluar dari rumah. Abang menghantarku dan adik ke pejabatku dan abang akan mengambilku semula nanti. Abang dah janji dengan kawan-kawan nak 'pool' kereta dari pejabat ke tempat meeting. Along sekadar mengikut abang, dan setibanya di pejabat, mereka pun bergerak bersama-sama. Setelah mereka semua tiba di tempat mesyuarat, abang tercari-cari di mana Along. Baru abang teringat yang Along tertidur dalam kereta...
Sit down and read. Grab a cup of coffee and have a conversation with me.