Skip to main content

Kenapa Mama Tinggalkan Along?

Malam itu, aku duduk di tepi birai katil anak kecilku. Aku mengusap lembut kepalanya. Alif Hakimi.. khalifah kecilku yang baru menginjak usia 3 tahun. Masih kecil tapi begitu banyak yang menduga dirinya. Semenjak kejadian itu, Alif banyak mengigau malam. Mujur kini dah makin baik.

Hatiku sedih melihatnya. namun ada rasa bangga.. kerana dia tak terlampau terganggu setelah kejadian itu berlalu. Dan mindaku segera berputar ke malam itu...

Aku ada mesyuarat malam itu. Begitu juga abang. Kami dah sepakat, Along akan bersama abang dan adik bersama aku. Jam 8.00 kami bergerak keluar dari rumah. Abang menghantarku dan adik ke pejabatku dan abang akan mengambilku semula nanti. Abang dah janji dengan kawan-kawan nak 'pool' kereta dari pejabat ke tempat meeting. Along sekadar mengikut abang, dan setibanya di pejabat, mereka pun bergerak bersama-sama.


Setelah mereka semua tiba di tempat mesyuarat, abang tercari-cari di mana Along. Baru abang teringat yang Along tertidur dalam kereta tadi, DAN ABANG TERLUPA NAK AMBIL DIA. Abang sedih dan terus menangis. Abang minta rakannya menghantarnya ke pejabat semula. Sepanjang perjalanan abang menangis dan terus berdoa agar semuanya baik-baik saja.


Setelah abang sampai di pejabat, barulah abang telefon aku. Mujur mensyuarat aku dah nak habis. Perbualan yang cukup singkat itu cukup terkesan di hatiku.

ABANG : Yang, Along tertinggal dalam kereta masa abang nak pergi meeting tadi.
Saat abang menuturkan ayat itu, aku hampir rebah. Macam-macam yang terlintas di fikiran aku. Aku mula redha dengan apa jua kemungkinan, kerana dah terbiasa membaca keratan akhbar tentang isu kanak-kanak tertinggal dalam kenderaan dalam satu tempoh masa... dan pengakhirannya bukanlah indah. Dalam aku menahan sebak aku bertanya..
AKU      : Mana dia?
ABANG : Dia ada.

Dan perbualan itu terhenti di situ. Redha mulai menguasai diri. Aku terdiam setelah mengakhiri perbualan itu, dan mengendong adik setelah mesyuarat berakhir. Aku menunggu di ruang legar pejabat dan menunggu abang. Aku tak dapat nak fikir apa jua kemungkinan tentang Along.


Abang tiba, dan aku terus masuk ke kereta. Wajah abang nampak terganggu, tanpa senyuman. Aku meletakkan adik di baby seat, dan aku ternampak.. Along! Along tersengih di belakang kereta, namun kesan air mata penuh di wajahnya.


ALONG : Mama! Mama ada work eh tadi?
Aku kelu, tak terkata. Aku menangis, dan terus memeluk Along. Erat.
AKU       : Along, Along okay?
Along tertunduk, kemudian memandang aku.
ALONG : Tadi kan, Along cari mama. Along bangun tidur mama takde. Papa pun takde. Along pun menangis, sebab Along sorang-sorang dalam kereta.
Air mataku bercucuran. Tak sanggup rasanya nak mendengar. Aku sekadar memeluk Along dan hanya satu yang telintas di fikiranku.
AKU      : It's okay dear.

Setibanya di rumah malam itu, kami semua terdiam. Terlampau bersyukur kerana masih bertuah dapat melihat Along bernafas lagi. Aku terduduk, dan solat syukur malam itu. Biarpun Along mengigau, aku gembira, kerana tahu Along masih bersama kami.


Beberapa hari berlalu, barulah aku memaklumkan ayahku tentang malam itu. Ayah tampak marah, tapi tidak berkata apa-apa. Ayah berlalu dan memanggil Along. Ayah berbual dengan Along. Dan isi bicara itu, kuharap Along takkan ingat lagi perbualan itu.


AYAH    : Along buat apa dalam kereta?
ALONG : Along tidur. Along penat. Bila Along bangun, papa dah tak ada. Along cari papa. Along panggil papa.. Along cari mama. Kenapa mama tinggalkan Along sorang-sorang dalam kereta. Along takut. Along ingat mama cakap, takut kat Allah je. Along pun sepak pintu.. tapi pintu tak bukak..
Aku lihat Along begitu semangat bercerita dengan ayah. Dengan gaya menendang, dan bunyi, seolah-olah malam itu berulang kembali.
AYAH    : Baguslah macam tu. Lelaki kena berani kan?
Dan ayah pun memeluk Along. Kami sama-sama sepakat untuk tak lagi membenarkan Along bercerita tentang malam itu. Luka itu terlalu pedih untuk dibuka kembali.


Lamunanku terhenti saat terdengar Along mendengus. Aku mengusap kepalanya, dan dia tersedar. Along duduk dan memelukku. Sepotong ayat terima kasih meluncur laju dari bibirnya. Dan aku panjatkan syukur sekali lagi, kerana Along makin yakin untuk menjalani hari-harinya, dan kami menjadi lebih peka akan hidup anak-anak kami. Pintaku agar tak lagi berulang kisah duka ini.. Allah, lindungi kami.

Hidup ini sekadar pinjaman darinya. Anak jua adalah amanah yang diberi pinjam olehNya. Jagalah ia sebaiknya.
Sekadar pinjaman dan perkongsian serta pengolahan cerita asal. Yang baik itu milikNya jua. Yang khilaf itu dariku.



Comments

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...