Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

.untitled.

dibawa menjengah tempat asing di sana damai menghempas jiwa yang berkelana ingin saja aku lari dari manusia dan duduk berdua hanya denganNya kedamaian ini sungguh menggugah lara jiwaku mahu saja aku duduk berteleku meluah rasa dalam kalbu mengucap lafaz cintaku buatMu saat dipinta melakar puisi dari alam aku terpana, 'mana kan ku bisa mencipta kalam?' segalanya tentangMu hanya bisa terzahir dalam diam mungkin tak bisa ku cerita yang terpendam aku terduduk menyendiri menilik diri, menguji hati dahulu aku jua pemuisi maka adakah ini langkah kembali? aku menengadah ke langit jiwa seakan mahu menjerit aku jua mahu bangkit tapi terasa begitu sulit pandangan dihala ke tasik di depan mata seolah menyimpan seribu satu cerita maka aku bertanya, 'hatiku ke mana?' tidakkah mahu menzahirkan semua? mata pena terkaku sendiri merenung kembali niat di hati kiranya aku mahu menambat hati lebih baik aku berdiam diri maka kunukilkan madah biasa tiada me...

Lelaki Malaysia Tak Hensem

bismillah. whoa!whoa! tajuk kontroversial ke? *gelak* disebabkan saya sekarang belajar di kolej yang agak hampir dengan rumah (berbanding 5, 6 tahun sebelum ni) saya perlu naik baaaanyak public transport untuk pulang ke teratak tercinta. teksi, train, LRT, teksi/bas and blahblahblah.. well, it all hit me one day, when i was taking the KTM going back home. seperti biasa, saya akan menyerang koc wanita. harapkan privacy. tapi hari tu dapat gerabak baru. and you know how the coaches are connected, and there were no doors in between, like the old coaches used to have. masa naik tu, saya dan sahabat saya. sampai di pertengahan jalan, sahabat saya turun, dah sampai destinasi dia. after dia turun, ada seorang lelaki ni masuk koc tu, dan duduk depan saya. he was very.. suspicious. tapi kita tak boleh judge kan? so i kept quiet. sepanjang masa tu saya nampak dia tengok-tengok saya. (ni bukan isu perasan ya. ni isu paranoia!) saya tutup quran, dan saya letak kepala atas ...