dibawa menjengah tempat asing di sana
damai menghempas jiwa yang berkelana
ingin saja aku lari dari manusia
dan duduk berdua hanya denganNya
kedamaian ini sungguh menggugah lara jiwaku
mahu saja aku duduk berteleku
meluah rasa dalam kalbu
mengucap lafaz cintaku buatMu
saat dipinta melakar puisi dari alam
aku terpana, 'mana kan ku bisa mencipta kalam?'
segalanya tentangMu hanya bisa terzahir dalam diam
mungkin tak bisa ku cerita yang terpendam
aku terduduk menyendiri
menilik diri, menguji hati
dahulu aku jua pemuisi
maka adakah ini langkah kembali?
aku menengadah ke langit
jiwa seakan mahu menjerit
aku jua mahu bangkit
tapi terasa begitu sulit
pandangan dihala ke tasik di depan mata
seolah menyimpan seribu satu cerita
maka aku bertanya, 'hatiku ke mana?'
tidakkah mahu menzahirkan semua?
mata pena terkaku sendiri
merenung kembali niat di hati
kiranya aku mahu menambat hati
lebih baik aku berdiam diri
maka kunukilkan madah biasa
tiada menggetar mahupun berkuasa
cukup sekadar cinta itu jadi nyata
bukan hanya angan semata
aku ceritakan bukan mengada
hanya mahu terus berbicara
tidaklah indah menggugah jiwa
tapi kerna aku mahu terus jadi rahsia.
damai menghempas jiwa yang berkelana
ingin saja aku lari dari manusia
dan duduk berdua hanya denganNya
kedamaian ini sungguh menggugah lara jiwaku
mahu saja aku duduk berteleku
meluah rasa dalam kalbu
mengucap lafaz cintaku buatMu
saat dipinta melakar puisi dari alam
aku terpana, 'mana kan ku bisa mencipta kalam?'
segalanya tentangMu hanya bisa terzahir dalam diam
mungkin tak bisa ku cerita yang terpendam
aku terduduk menyendiri
menilik diri, menguji hati
dahulu aku jua pemuisi
maka adakah ini langkah kembali?
aku menengadah ke langit
jiwa seakan mahu menjerit
aku jua mahu bangkit
tapi terasa begitu sulit
pandangan dihala ke tasik di depan mata
seolah menyimpan seribu satu cerita
maka aku bertanya, 'hatiku ke mana?'
tidakkah mahu menzahirkan semua?
mata pena terkaku sendiri
merenung kembali niat di hati
kiranya aku mahu menambat hati
lebih baik aku berdiam diri
maka kunukilkan madah biasa
tiada menggetar mahupun berkuasa
cukup sekadar cinta itu jadi nyata
bukan hanya angan semata
aku ceritakan bukan mengada
hanya mahu terus berbicara
tidaklah indah menggugah jiwa
tapi kerna aku mahu terus jadi rahsia.
Comments