kadang-kadang bila angin tak bertiup selembut biasa, ombak tak hadir menerpa pantai, mentari tak menyinar secerah biasa, bibir laju mengeluh, bertanya itu ini mengapa hari ini berbeza? saat kita kecewa kehilangan pelangi yang dicari, jatuh ketika riang berlari.. apa makna semuanya? kenapa perlu ita rasa sakitnya? sedangkan hidup terasa terlalu indah.
berbagai soalan diajukan dalam hati, hingga kadangkala tersasar dariNya. diri semakin leka dengan segala keluhan, hinggakan tanggungjawab sebagai hamba terabai.
soalkan, kenapa mesti ada malam sesudah siang? kenapa mesti ada mati sesudah hidup? semua itu pusingan hidup yang telah Allah tetapkan. sebagai hamba, kita tak punya kuasa melawan lumrah alam. begitu jua dengan jatuh bangunnya kita. kadang kala kita gagal kerana Allah menangguhkan kejayaan itu. bila kita sakit, itu menjadi penghapus dosa. pasti ada pelengkapnya dalam hidup kita. Allah telah tetapkan yang terbaik untuk kita, dan Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
jadi renung kembali hidup kita. mungkin penangguhan itu kerana kita kurang menghargaiNya dan sering lupakanNya saat kita senang. we have a lifetime of actions to look on. jangan berkata, 'oh, aku dah buat semua yang Tuhan suruh.. kenapa asyik-asyik nasib buruk je?' kita tak tahu apa kurang pada amalan kita. terus beribadah dan berdoa, serta berusaha memperbaiki diri. InsyaAllah, kesenangan dan kelapangan hati itu terasa.
lagu yang saya sertakan ini, saya tahu tidaklah islamik. tapi pada saya mesej yang dibawa penyanyi seiring dengan mesej yang cuba saya sampaikan. betapa usaha itu perlu bagi mengubah nasib seseorang, kerana jawapannya ada dalam diri kita sendiri, dan hanya Allahlah tempat kita bersandar.. wallahu 'alam
kebaikan itu milik Allah, dan kekurangan serta kesalahan itu adalah dari kesilapan tarian jemari saya sendiri
|qalbus saadah|
Comments