bulan Mei menjelang tiba. tanpa sedar, sudah 5 bulan aku tinggalkan alam sekolah, penuh memori, penuh suka duka, penuh selesa tanpa perlu fikir masa depan yang lebih besar gambarannya. ada teman yang masih kabur ke mana arah tuju kaki melangkah. ada pula yang sudah berlari jauh di jalan pilihannya. dan aku? masih di sini. menunggu panggilan seterusnya.
alhamdulillah, aku telahpun tetapkan arahku, walaupun tidak seiring dengan kehendak hati. namun atas dasar tanggungjawab, akan kugalas jua sebaiknya. insyaAllah, jika tiada yang menghalang, aku bakal melanjutkan pelajaranku dalam bidang perubatan. bakal doktor? haha, insyaAllah.
bermula di sebuah sekolah baru, SRA Integrasi Taman Keramat sebagai seorang murid nakal, penuh dendam, namun bijak mengimbangi akademik dan aktiviti luar kelas, sikap itu berterusan hingga ke MRSM Kuala Lipis. Namun setelah menjalani 2 bulan yang getir di SMKA Kuala Selangor, sikap burukku semakin terhakis hari demi hari. Alhamdulillah ^^
enough chitchat. tak ada perkataan yang dapat jelaskan perasaan aku sekarang ni. sedih terpaksa berpisah, gembira kita berusaha menjadi lebih baik, teruja kita bakal jejaki alam baru. macam-macam! harap cinta ini terus bertahan, seutuh kasihNya kepada kita, insyaAllah...
dan aku tak malu nak mengaku, AKU SAYANGKAN ANDA SEMUA! deep from my heart

Comments