Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Kasih Semalam [Part 2]

Hari Sabtu. Si ayah merenung ke langit, mendepang tangannya dan menghela nafas panjang. Fikirannya berkira-kira untuk perancangannya hari itu. Langit memerah. Waktu solat Subuh akan masuk sebentar lagi. Dikejutkan si ibu, dan berlalu untuk mengambil wudhu. Si ibu mencuci matanya, dan berlalu ke bilik anak-anaknya. Dikejutkannya seorang demi seorang. Subuh itu mereka berjemaah bersama. Usai solat, si ayah berbicara.. "Kita kena selalu cakap 'alhamdulillah' setiap kali bangun pagi, sebab masa kita tidur tu, sebenarnya kita mati sekejap," "Mati sekejap, abah?" soal Muaz. Anak-anak menatap wajah ayah penuh minat. [klik 'read more' untuk teruskan membaca]

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu...

Kasih Semalam [Part 1]

"Umi, Muaz nak jubah macam abang Haikal jugak!" rengek si adik. Si ibu hanya tertawa dengan keletah anak kecil tu. Haikal, abang sulung yang bakal mendaftar di sekolah menengah, diberikan hadiah sehelai jubah oleh si ibu dan ayah. Si ibu melutut, merenung si kecil Muaz. "Muaz nak jugak?" Muaz mengangguk. Si ibu memandang wajah ayah. Masing-masing tersenyum. "Okay. Kalau macam tu, semua orang dapat jubah baru hari ni. Pilihlah mana yang kamu nak," Keempat-empat anak-anaknya melonjak gembira hingga menarik perhatian beberapa orang yang turut berada di dalam kedai itu. Ibu dan ayah hanya tertawa. [klik 'read more' untuk teruskan membaca]

Masa kat Sekolah Dulu

Bismillah. Ada satu cerita yang saya nak kongsi hari ni. Benda ni berlaku masa saya form 5 atau form 4 (tak ingat pulak) tapi lebih kurang around that time. Saya ada sorang sahabat. Biarlah saya panggil dia Hana. Hana ni saaaaangat baik. Beruntung saya dapat kawan dengan dia. Masa form 4, dia terpilih untuk pegang antara jawatan terbesar kat sekolah, sebagai BWP, biro Wanita. Seronok, saya jadi not-so-AJK dia. Tapi masa form 4, dia dikecam hebat oleh kawan-kawan sebaya. Dia terganggu. Saya risau tengok dia. Tapi dia selalu cakap dia okay. Naik form 5, kecaman semakin hebat. Saya alhamdulillah dilantik untuk pegang tampuk pimpinan AJK Surau. Jadi, disebabkan kami ada impian yang sama untuk wanita muslimah, kami sama-sama bergerak berganding bahu. Hari Jumaat, masa Zohor, saya akan imamkan solat. Prinsip saya, saya tak nak orang jadi pemimpin terpaksa. Saya tak pernah set-kan siapa yang akan jadi imam mingguan. Semuanya voluntary. Plus, saya tahu betapa besarnya berat yang d...

Yang Terasing

Bismillah. Menjadi yang terpilih bukanlah satu peluang yang patut disiakan. Dapat scholarship dan anda betul-betul layak untuknya tak seharusnya disia-siakan begitu sahaja. Dapat hidup, for one more day, bukanlah satu peluang yang mampu untuk kita bazirkan. Minggu ni minggu exam. Actually dah 3 minggu dah jalani minggu exam. Say what?! Haha serius. Kat kolej ni, exam besar sampai sebulan. Hambik kau. Sorry, merepek pulak. Back to the point. Lihat sendiri pada diri kita. Kita, orang islam kan? (statement ni hanya untuk pembaca muslim. tiada niat lain, sekadar peringatan) dan Allah dah janji dalam Quran, Dia kata Kamu (umat Islam) adalah UMAT TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia.. [ 3:110] Sambungan ayat tu, nanti kita bincangkan lagi, insyaAllah. Umat terbaik? Apa tu? Well, dalam hidup ni.. yang terbaik tu, is the best that anyone can get kan? Takde level lagi tinggi dari yang terbaik. So, why the need to put ourselves far lower than what is des...

Luka ini Akan Terus Berdarah

aku masih berdiri di sini teguh merencana perjuangan diri peluh dan darah menjadi saksi perjuangan ini yang tiada henti aku masih lagi di sini menggenggam azam penuh jitu bumi ini akan suatu hari nanti bersatu kembali bebas ke alaf baru merah sungai ini masih merah bermandikan darah syuhada' angkanya kian menimbun setinggi semangat aku sudah bertahun aku bersulam duka hari-hariku tidak terduga luka semalam masih berdarah namun hari ini aku terus melangkah pagi ini aku teguh berdiri menadah tangan buat Ilahi harapan ini takkan pernah luntur satu hari nanti Israel akan hancur aku di sini akan terus menapak hari esok ada janji baru andainya bukan esok yang dijanji pasti satu hari nanti dunia derita ini akan terhenti abang kakak aku di sini masih menantimu sedarlah aku menunggumu usah kau bersenang mencari dunia sedangkan adikmu ini bertarung nyawa dan jiwa aku akan terus menunggu syabab terbilang bakal...