Skip to main content

Kasih Semalam [Part 1]

"Umi, Muaz nak jubah macam abang Haikal jugak!" rengek si adik. Si ibu hanya tertawa dengan keletah anak kecil tu. Haikal, abang sulung yang bakal mendaftar di sekolah menengah, diberikan hadiah sehelai jubah oleh si ibu dan ayah.

Si ibu melutut, merenung si kecil Muaz. "Muaz nak jugak?"
Muaz mengangguk.

Si ibu memandang wajah ayah. Masing-masing tersenyum.
"Okay. Kalau macam tu, semua orang dapat jubah baru hari ni. Pilihlah mana yang kamu nak,"
Keempat-empat anak-anaknya melonjak gembira hingga menarik perhatian beberapa orang yang turut berada di dalam kedai itu. Ibu dan ayah hanya tertawa.


[klik 'read more' untuk teruskan membaca]







Muaz dan adik-beradiknya seronok bermain di taman sambil diperhatikan oleh ayah dan ibu. Ayah dan ibu sekadar joging bersama. Anak-anak galak bergelak ketawa.


Usai beberapa pusingan, ibu dan ayah berhenti sejenak di kerusi taman, melihat anak-anak. Si ayah bersandar dan merenung si ibu.

"Sayang, terima kasih," sebuah senyuman dihadiahkan buat isteri.
Si isteri menoleh ke arah suaminya. "Kenapa, bang?" Kening dikerut, pelik barangkali.
"Terima kasih, sebab dah bantu abang didik anak-anak. Alhamdulillah, mereka membesar menjadi mujahid yang kita cuba bentuk," si suami tersenyum lagi, kali ini wajahnya ke arah sekumpulan kanak-kanak bermain kejar-kejar. Salah seorang berlari ke arah mereka.

"Umi, abah, jomlah main sekali!" kanak-kanak itu senang dipanggil Faris. Faris bersungguh menarik lengan si ayah. Si ayah menunjukkan gaya penat dan mengurut-urut dadanya. Si ibu pula lebih suka sekadar senyum dan menggeleng.

"Faris pergilah main. Umi dan abah dah penat," tutur si ibu.

"Kata nak jadi macam Abdullah Azzim?" butir bicara anak penuh pujukan, sambil mengangkat kening dan tersenyum. Tangannya mencekak pinggang.

Si ibu dan si ayah saling memandang, dan sama-sama tersenyum lagi.

"Okaylah. Jom!" ujar si ayah. Faris kelihatan gembira dan melompat. Seorang kanak-kanak yang lincah. Sambil berlari, dia melaungkan, "Abang Haikal, Kak Izzah, Muaz, umi dan abi nak join sekali!"

Ketiga-tiganya bersorak. Si ibu memandang wajah si ayah, tersenyum dan berkata, "Sama-sama abang. InsyaAllah, inilah sumbangan kita untuk ummah masa depan nanti." Sambil berpegangan tangan, mereka berlari-lari kecil ke arah kumpulan kanak-kanak tadi.




To be continued...
insyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th