Skip to main content

Masa kat Sekolah Dulu

Bismillah.

Ada satu cerita yang saya nak kongsi hari ni. Benda ni berlaku masa saya form 5 atau form 4 (tak ingat pulak) tapi lebih kurang around that time.

Saya ada sorang sahabat. Biarlah saya panggil dia Hana. Hana ni saaaaangat baik. Beruntung saya dapat kawan dengan dia. Masa form 4, dia terpilih untuk pegang antara jawatan terbesar kat sekolah, sebagai BWP, biro Wanita. Seronok, saya jadi not-so-AJK dia. Tapi masa form 4, dia dikecam hebat oleh kawan-kawan sebaya. Dia terganggu. Saya risau tengok dia. Tapi dia selalu cakap dia okay.

Naik form 5, kecaman semakin hebat. Saya alhamdulillah dilantik untuk pegang tampuk pimpinan AJK Surau. Jadi, disebabkan kami ada impian yang sama untuk wanita muslimah, kami sama-sama bergerak berganding bahu. Hari Jumaat, masa Zohor, saya akan imamkan solat. Prinsip saya, saya tak nak orang jadi pemimpin terpaksa. Saya tak pernah set-kan siapa yang akan jadi imam mingguan. Semuanya voluntary. Plus, saya tahu betapa besarnya berat yang dipikul seorang imam, jadi saya tak berani untuk paskan tanggungjawab ni kat sembarangan orang yang mungkin tak faham tugas sebenar seorang imam.
I am strictly NOT saying I am not the best one for the job. It's just that I am willing to hold others' sins during the salah.
Kalau ada ma'mum yang buat salah, akan jadi khilaf saya sebab tak bantu mereka solat dengan lebih baik. Saya kan pemimpin mereka saat itu?

Biasanya lepas solat Zohor, saya akan serahkan majlis kepada Hana. Itulah saat dan peluang untuk kami berkongsi apa yang kami ada dengan muslimah lain. Kadang-kadang, Hana akan berikan slot tu buat AJK Surau untuk beri tazkirah. Maka, kami AJK Surau dan Biro Wanita akan bergilir. Berkongsi rasa dan cerita.

Kecaman atas Hana oleh rakan sebaya semakin hebat, hanya kerana dia menjalankan tanggungjawabnya. Dia jatuh. Prestasinya kian merudum. Dan tanpa saya sedar, surat berhenti sekolah telahpun diserahkan kepada pihak pengurusan sekolah.

Saya terkedu.

Saya tak sempat tolong Hana. Saya terkilan. Malam terakhir Hana kat sekolah, Hana nekad. Hana nak bersemuka dengan insan-insan yang sudi mengkacau-bilaukan hidupnya. Saya sangat bengang masa tu, dulu saya masih dalam zon pendendam. Saya memang nak belasah dah kawan-kawan tu. Nasib baik Hana halang.

Jadi malam tu, saya temani Hana. Saya sekadar berdiri di muka pintu, melihat keadaan dan mengunci mulut. Amarah meluap-luap. Inilah kawan seperjuangan yang tak kenang nilai perjuangan ni, dan sanggup korbankan hidup seorang sahabat, semata agar dia hidup lebih senang. Ahh~ saya tak boleh terima masa tu!

Jumaat-Jumaat lain berlalu seperti biasa. Cuma kali ini hanya kami AJK Surau.

Satu hari, saya berbual dengan sahabat baik saya, Atikah. Dia juga salah sorang exco BWP. Dia nak prepare untuk esoknya, ada Persidangan untuk perletakan jawatan untuk diserahkan kepada tampuk pimpinan baru. Dia mengingatkan saya tentang urusan solat Zohor hari Jumaat yang saya ambil seraya peninggalan Hana dari sekolah. "Mesti ada punya yang persoalkan," dia kata.

Dan esoknya, terbukti, seorang kawan baik saya tampil ke hadapan, bertanyakan the exact question kepada exco. Saya terkedu. Saya tahu, Atikah pasti tahu tentang ni terlebih dahulu. Pasti kawan saya ada berbual dengan Atikah sebelum itu. Saya merenung Atikah, dan kami bertentang mata sebentar. Mahu saja saya pergi ke mic stand tu dan berbicara, but that wasn't my talk.

Malam itu, saya buat pertemuan dengan AJK Surau perempuan, menyatakan kemaafan saya kerana telah menimbulkan fitnah ke atas organisasi. Alhamdulillah, semua back up tindakan yang kami buat selama ini. Semua menyuruh saya berdiam dan teruskan apa yang kami lakukan selama ini. Syukur, ada insan yang teguh berdiri bersama menjalankan tugas dakwah tu.

Dan kini saya faham, mengapa ada manusia seperti itu. Allah perkenalkan kepada saya bermacam-macam jenis manusia agar saya lebih faham dengan situasi dunia sekarang. Alhamdulillah.

Manusia sekarang meletakkan authority buat mereka yang ingin jalankan dakwah. Juga hanya memilih orang yang lebih disukai untuk menyampaikannya. Ya, dulu saya bukan likable. Annoying.

Sekarang saya faham, kenapa PERLU menjadi baik untuk menjadi contoh. Who wants to follow the steps of a bad persona?

Saya berterima kasih dengan kawan saya yang tampil tu. Dia menyedarkan saya tentang hakikat jalan penuh liku ini.

Lepas SPM, saya kembali, bertemu adik-adik junior. Kebetulan, malam saya ingin bersua dengan AJK Surau Perempuan, mereka ada mesyuarat. Saya pun menunggu di tepi, tapi seorang adik lelaki memanggil saya untuk join sekaki. Dan malam itu, saya lebih terharu, kerana mereka benar-benar bergerak untuk dakwah. Saya teringat adik tu cakap,
Kita lihat contoh akak ni. Dia berjaya buktikan kat kita, Islam tak halang kita berjaya. We CAN have both, islam and success.
Terkejut. Dilihat sebagai qudwah bukan tanggungjawab mudah. Tapi, adik tu jugak yang mengingatkan saya agar terus mengislah diri. Because people are watching my decisions in life. Dan demi Allah, itu bukan tugas mudah.

Ya, masa sekolah dulu banyak warna-warninya. Masa sekolah jugak saya tahu, saya tak boleh berhenti melangkah dalam da'wa. Many more are waiting, and I cannot stop until I have done everything I could to help His deen, OUR deen.

Allah, teguhkan hati ini agar sentiasa tegar menapak di jalanMu


Cerita ini hanya untuk diambil iktibar. Buat mereka yang menjadi watak dalam cerita ni, niat saya bukan untuk burukkan. Cukup sekadar berkongsi ibrahnya insyaAllah

.yang khilaf itu milikku.

Comments

Aku Normal said…
seronoknya Allah beri kesempatan untuk mengenali dakwah pada usia yang muda. thanks for sharing :D

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...