Skip to main content

Yang Terasing

Bismillah.


Menjadi yang terpilih bukanlah satu peluang yang patut disiakan. Dapat scholarship dan anda betul-betul layak untuknya tak seharusnya disia-siakan begitu sahaja. Dapat hidup, for one more day, bukanlah satu peluang yang mampu untuk kita bazirkan.

Minggu ni minggu exam. Actually dah 3 minggu dah jalani minggu exam.

Say what?!

Haha serius. Kat kolej ni, exam besar sampai sebulan. Hambik kau.
Sorry, merepek pulak.

Back to the point.

Lihat sendiri pada diri kita. Kita, orang islam kan? (statement ni hanya untuk pembaca muslim. tiada niat lain, sekadar peringatan) dan Allah dah janji dalam Quran, Dia kata
Kamu (umat Islam) adalah UMAT TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia..
[3:110]

Sambungan ayat tu, nanti kita bincangkan lagi, insyaAllah.

Umat terbaik? Apa tu?
Well, dalam hidup ni.. yang terbaik tu, is the best that anyone can get kan? Takde level lagi tinggi dari yang terbaik. So, why the need to put ourselves far lower than what is destined?

Kita semua yakin Islam is the best religion of all. Tapi kenapa mesti kita yang jadi perosaknya? Kenapa pula kita yang mencalarkan maruahnya?

Maruah Islam yang Rasulullah bina dari dulu, bertahun-tahun, kita hancurkan macam tu je? INI KE RUPA UMAT TERBAIK TU?

Hari ni saya kepenatan. Dari pagi tak makan berat. Saya ada kapasiti perut yang sangat besar (ayat sopan untuk classify gemuk) jadi bila tak makan makanan berat tu mula la tak tentu hala.

Tiba-tiba petang tadi saya rasa marah kat seseorang. Kesian dia. Tak tahu apa-apa pun gejolak dalam hati saya, tiba-tiba diserang macam tu. Well, actually saya tanya dia satu soalan je, yang saya tanya every week. So, macam tak patutlah untuk saya marah lagi.

Entahlah. Saya dah lama tinggalkan sifat amarah tu insyaAllah. Tapi bila hati makin jauh dari Allah, senang betul yang mazmumah tu datang menyinggah.

Sebenarnya saya tak marah kat dia. Saya marah kat diri sendiri yang tak reti kawal emosi. Tapi, tone suara yang tak sesuai digunakan dan pergerakan cranial nerves yang tak menentu memberi signal yang salah kot.

So, dengan pedih menahan marah dan lapar, saya tertidur lepas Maghrib. Plannya, kejap lagi nak pergi cafe beli dinner. Alih-alih, dah janji pukul 7.50, terbangun pukul 8.30 pulak. Hambik kau lagi sekali. Nak tak nak kena pergi jugak sebab dah order. (haha)

Naik je apartmen semula, iqamah untuk isya' dilaungkan. Waktu tu rasa macam nak hiraukan je jemaah tu. Lapar sangat, nak pengsan rasanya. Kepala dah berdenyut-denyut dah. Lepas terbaring for a few seconds, tiba-tiba memberontak. 'Apa aku buat ni? Solat jemaah kan bagus? Asyik layan nafsu je'

So, dengan langkah longlai saya pun menapak ke surau. Sempat masbuk rakaat ke4. Alhamdulillah. Waktu tu rasa seronok, sebab berjaya lawan nafsu. I won something today. But then after solat, dada terasa seperti ditekan. Berat sangat. Perasaan yang sama masa saya dan kawan-kawan diberi amanah besar satu masa dulu.

Masa dengar ceramah, tiba-tiba mata bergenang. Bukan sebab lapar or whatever, tapi sebab bersyukur masih mampu berada dalam majlis ilmu tu walaupun hari ni saya tak behave as I should. Serasa tak layak dapat nikmat Allah yang tak putus-putus menyayangi saya ni. Dan kebetulan, my sister Shanad ada kat sebelah menenangkan diri sebentar. Terima kasih Shanad!

Selepas ceramah pendek tu, tiba-tiba ada perkongsian pulak dari akak senior. Dush~ sejak ceramah tadi rasa terpukul dengan pengisiannya.

Masa ceramah tu, dia ada share
...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.
[2:216]

Akak-akak tu pulak cerita pasal game perang yang diorang buat weekend lepas. Saya tak join. Saya SUKA sangat game perang ni. Tapi, saya ada satu sikap yang saya tak reti nak kikis. Sikap nak menang, sampaikan cara tu tak menghalalkan matlamat saya! Astaghfirullahalazim.

Akak-akak tu cakap, memang yang datang game perang tu, orang-orang yang Allah dah pilih. Sebab sikit je yang pergi. Saya tak terkilan sangat, sebab saya tau kenapa saya tak pergi. Tapi bila akak tu cakap pasal insan pilihan, saya terpukul. 'Aku dah lari dari menjadi yang terpilih tu ke?'

Islam itu datangnya dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing (ghuraba')
Kita nak jadi orang yang mengasing, atau yang terasing? Sebab yang diceritakan dalam hadis kat atas ni ialah yang terasing. Mana satu kita sekarang ni?

Masa tu nak nangis pun ada. Terasa kot.

Lepas perkongsian tu, ada perbincangan yang lebih kecil. Saya pun turut join, entah kenapa. Walaupun saya rasa macam, 'eh, kenapa aku kat sini. Tadi kan dah nak balik.' Tapi Allah tu lebih bijak aturannya.

Akak tu sampaikan amanat buat kami yang tinggal. Sedikit teguran dan sokongan, serta nasihat. Saya terkedu. Masa tu, akak tu ada cakap.. "sedihlah kita andainya kita tak lagi menjadi orang pilihan Allah. Boleh jadi je kita rasa kita dah buat everything, tapi sebenarnya it's nothing. And so is the other way around"

Ya Allah. Masa tu, sebak sangat. Sempat peluk Liyana dan Shanad melepaskan tangisan yang tak terbendung. Dah lah petang tadi baru je kalah dengan nafsu marah. Malunya pada Dia yang telah banyak memberi. Saya, mahukan nothing but redha Allah. Tapi, serasa seperti tindakan saya tak menjurus ke arah itu. Kalaulah saya tak sempat menjengah esok, CUKUP KE SEMUA AMAL TU?

Untuk islam, kita kena bina KUALITI individu, bukan jumlah.
Malam ini saya bermandikan air mata. Terfikirkan saudara yang masih belum 'bangun'.

Sempatkah?

Comments

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...