bismillah.
Esok Malaysia hadapi hari penentu. Penentu masa depan rakyat, penentu masa depan negara, penentu masa depan bangsa.
Tapi, aku yang baru setahun jagung, berdarah muda ini, aku lihat esok adalah hari penentu masa depan PARTI.
Minta maaf. Aku telah terbiasa tak berfikir tanpa berkata-kata. Tapi kali ini aku dah fikir semasaknya. Sebelum aku memperjudikan masa depan aku yang entah bagaimana rupanya, aku mahu suarakan. Apa pun yang berlaku esok, aku redha.
Izinkan aku.
Jika tak mahu baca, berhentilah.
Tidak terasa hati. InshaAllah.
Sebelum apa-apa, aku mahu ambil sepotong ayat dari sebuah rancangan televisyen yang aku tonton baru-baru ini.
be a supporter by choice, rather than by obligationLebih kurang.
Entahlah kenapa. Aku belum layak mengundi. Tapi setahu aku, hak bersuara aku masih milik aku.
(wah, pandai guna "aku" sekarang ya)
Aku mahu matang. Aku mahu membesar jadi orang yang tahu berfikir. Guna akal.
Tak kira siapapun kerajaan kita, yang menentukan siapa mereka ialah kita. Sama ada pembangkang, atau kerajaan sedia ada. Kita.
Kita.
Kita.
Sudahlah melihatkan apa yang berlaku dalam hari-hari sebelum ini. Mari kita berbicara tentang sekarang, dan masa depan.
Usahlah kita jadi manusia, umat yang hidup bertunjangkan jangka masa pendek. Ia tak bawa kita ke mana. Sebab kita, matlamatnya ialah infiniti masa di dunia sana. Jika sekarang, kita hidup hanya untuk senangnya hidup di dunia, apa yang kita nak buat saat masanya tiba di penghujung?
Hadirnya kita di dunia ni, agar dapat kembali pada yang menghantar kita ke sini. Dapat berbakti, dan buat yang terbaik untuk Allah.
Allah.
Serasa mahu membicarakan sebanyaknya, tapi risau andai syaitan yang mengawal. Jadi biarkan aku berbicara pendek.
Saat kita letakkan Allah di belakang, dan kehendak diri di depan, maka lihatlah nanti ke mana keputusan itu bawa kita.
Saya pernah tulis di mukabuku sebelum ini. Dan hendaknya saya tulis sekali lagi.
Jangan sekadar melihat pada bendera. Lihatlah pada apa yang diperjuangkannya. Bukan sekadar memperjuangkan Islam pada hitam putihnya, tapi pada tindakannya.
Biarkan dia berbendera biru.
Hijau.
Putih.
Merah.
Asalkan masih Islam pada TINDAKANNYA.
Tak kira, ini kalilah. Lain kalilah.
Usah tangguhkan Islam, demi kemajuan peribadi, atau kepentingan parti.
Yang utama, tetap utama.
Aku mahu bangkit hari Isnin ini, dengan nafas yang lebih.. jelas. Dengan mentaliti yang lebih kuat.
Memang Allah yang tentukan takdir kita, tapi tindakan kita yang menentukan siapa kita.
Salam anak muda. Dan moga bijak dalam mengundi esok hari.
Andai ada yang silap, sila tegur. Hidup ini, tanpa teguran dan petunjuk, mati.
Comments