bismillah.
Haritu berkesempatan join usrah skype untuk akhawat metropolitan KL/Selangor. Alhamdulillah.
Ada sorang akhawat ni share pasal manusia A B C D.
Anda nak kenal? Nakkkk
Anda nak tahu? Nakkkkk
Betul ni? Boleh tak bagitau je? *insert eye roll here*
DRUMROLL.
Manusia A
Manusia A adalah manusia awam. Ini merangkumi semua manusia secara umum. Kira, semua oranglah. Tanpa kira status agama, bangsa, single, married.. eh?
Manusia B
Manusia B adalah manusia biasa. Di mana dia seorang muslim yang ibadahnya biasa-biasa sahaja (that includes me -______-' ) Beda manusia B dan A ialah Islam.
Manusia C
Manusia C adalah manusia committed (komited). Mereka ini adalah yang ibadah siang malamnya mantap. Tak tinggal, tak lewat, tak malas.
Manusia D
Manusia D adalah manusia da'i. Orang-orang ini bukan sahaja menjaga tugasnya sebagai seorang hamba, tapi turut mengajak manusia lain untuk turut jadi hamba sepertinya. Turun berdakwah.
Nah, inilah tingkat manusia. Anda berada di mana?
Ya, mungkin ada yang bakal kata, "Eh, kau siapa nak label-label orang?" atau "Hoi, pandai-pandai je buat tingkatan amal cenggitu".
Heheh.
Hakikatnya, ini hanyalah pada kaca mata manusia. Bukan kita melabel, tapi ini dikira penanda aras kayu ukur untuk kita tengok, di mana kita berdiri sekarang.
Ya, Allah tengok pada taqwa.
Tapi, kalau ditengokkan pada empat golongan yang di-listkan di atas ni, kita boleh nampak secara kasar, betapa amalnya berbeda antara manusia.
Saya tak kata ini adalah konkrit. Tapi anda nilai sendiri ya. Saya ulang, ini sekadar benchmark.
Kalau kita di golongan B, naiklah ke atas. Jika kita di golongan C, begitu juga. Jika kita di D, istiqamahlah.
Jika kita di A, usahakan untuk bangkit dan mendalami diri.
Tanya diri anda, "Aku nak jadi hamba macam mana?"
Kerana Rasulullah juga dalam manusia D.
Jika benar anda tuturkan di bibir anda, Rasulullah adalah contoh terbaik untuk umat Islam, maka?
Wallahu a'lam.
Comments