Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Saya Rindukan KUALA LIPIS!

Ahhh.. tengah duduk-duduk kat beranda apartmen tadi terlihatlah kehijauan bumi Sepang ni. Suka sangat tengok! :) Rasa sangat tenang hidup kat sini. Dan ingatan saya menerawang ke lima tahun dulu... Saya menjejakkan kaki ke bumi Kuala Lipis. Dan saya kagum melihat bangunan itu tersergam indah di celah hutan hijau. And i wonder... mampu ke aku terus tenang hidup kat sini? Sekolah saya kat Lipis tu sangat best. Tak pernah la rasa tak keruan, sebab mana-mana pergi mesti ada hijaunya. 'Apa yang best sangat pasal kehijauan hutan tu?' orang tanya. Saya cuma tersenyum dan ketawa. People might not understand why i LOVE this place so much. Meh saya cerita sikit, walaupun mungkin klise dan tak best :) (sapa suruh korang baca kan?kan? tapi terima kasihla sudi ^^)

Puaskah?

Bernilaikah rasa percaya itu andai ianya seolah-olah tiada? hinggakan aku dibiar melonglai kaku mencarinya Bernilaikah persahabatan itu andai ianya seolah-olah mati? hinggakan aku hidup kembali jua tiada kutemuinya Bernilailah bicara itu andai ianya seolah-olah tak pernah wujud? hinggakan aku di sini dibiar menanti penuh sepi tanpa suara Puaskah kau membuang percayaku? Puaskah kau melempar hubungan ini? Puaskah kau membisukanku? Kerana aku masih inginkan kita yang dulu Kita yang sama-sama menari dalam bual bicara kita Kita yang tak pernah jemu bergelak ketawa Kita yang tak lokek berkongsi tangis dan marah Puaskah kau hidup dalam ketidakpedulian Hingga kita yang dulu makin hilang Kita yang sekarang.. Hanya Dia yang tahu Rasaku Peritku Tangisku Kau makin hilang dibayangi dunia yang kian membutakan Tapi aku masih di sini Aku masih di sini... Ya, aku jua bersalah Terlampau menginginkan kau menjadi lebih ba...

Aku, Dia dan Surat Cinta

Satu Jumaat ni, saya sempat berbual dengan sahabat saya, Barizah. Satu perbualan yang agak mendalam isinya. Tiba di satu tempat berehat, saya dan Barizah duduk menunggu kawan-kawan yang lain sambil makan aiskrim. :) Terlintas satu soalan di fikiran saya, dan tanpa lengah saya mengajukan soalan itu kepadanya. Nak tau apa soalan saya? Soalannya... Antara keluarga dan dakwah, mana yang kau pilih? Saya ada jawapan dan pandangan yang jelas tentang soalan ini. Saya akan menjawab keluarga. Alasannya, kerana tanpa keluarga, dakwah saya tiada. Keluarga saya bukan sekadar mak, baba, nenek, abang, dan kakak. Tapi keluarga Islam saya jugak. Dakwah itu kesinambungan dari keluarga saya. Itu saya. Cik Barizah ini punya jawapan yang lebih menarik.

Baba Tanya.. Saya Jawab

Haritu balik cuti, saya teman baba ambil mak dari ofis. Masa tengah tunggu tu, tiba-tiba baba tanya Baba   : Nanti dah dapat duit scholar tu kau nak buat apa? Saya   : Aan nak simpan dalam Tabung Haji. (sambil betulkan sandal dan sengih kat baba) Baba   : Buat apelah kau nak simpan dalam tu? Lebih baik kau guna. Simpan je kat bank, nanti cucuk. Kan    senang nanti? Kau ade ke akaun TaHa sebenarnya? (dalam hati saya tak senang.. kenapa baba tak kasi simpan kat Tabung Haji?) Saya   : Dah. Aan buat tahun lepas. Tapi dalam akaun tu ade RMxx je. Aan dah janji Aan dapat duit Aan nak simpan sikit dalam tu. Baba   : Tak payah. Susah aje nanti. Saya   : Alahh baba ni. Aan nak gi haji jugak macam baba. Nanti Aan masuk duit sikit-sikit, kan dah boleh daftar awal? Tak bagus ke macam tu? (saya nampak baba menggeleng-geleng kepalanya.. ni apa lagi salahnya ni?) Saya   : Tak ok ke macam tu baba? Baba   : Lebih baik kau si...

Orang Kata.. Saya Kata

Orang kata anak dara tak baik keluar malam-malam. Saya kata kalau keluar berteman tak ape :) Haa.. jangan salah faham. Keluar dengan muhrim yee! Satu malam tu, saya buat keputusan drastik nak balik. Hujung minggu tu ada program dengan keluarga. Lagipun saya nak teman housemate saya, Farehah, balik malam tu. Alang-alang sehaluan, saya pun temankanlah dia. Kalau saya jadi dia, saya pun takut nak balik sorang-sorang (adelah alasan dia kenapa dia nak balik malam tu). Sepanjang perjalanan kami asyik berborak, dan tak sedar pun masa berlalu. Alhamdulillah, perjalanan terasa pendek, dan rasa macam cepat je sampai. Dan kami sama-sama akui memang takut sebenarnya nak LRT tu sorang-sorang. Kan dah tak jadi masalah? Alhamdulillah Orang kata jangan lalu kubur malam-malam Saya kata kalau tak takut tak ape :) Lepas hantar kawan kat rumah dia malam tu, saya pun mula gerak balik rumah. Saya ada dua pilihan, nak ikut jalan besar, atau ikut kawasan perumahan. Entah kenapa hati saya kata ja...

Kalaulah...

Kalaulah saya bukan lepasan sekolah, pasti saya tak dapat tolong kakak Selepas SPM haritu, saya habiskan masa dengan bantu kakak semasa pantang. Dua bulan saya tinggal dengan kakak, dan saya jadi lebih rapat. Saya belajar house-management, saya belajar sabar, saya belajar menyayangi. Terima kasih kakak :) Kalaulah saya masih belum sedar dari realiti, mesti mak dan baba kecewa dengan saya Saya budak nakal.. sangat nakal. Dulu selalu main-main masa sekolah. Waktu darjah empat, keputusan exam akhir saya teruk. Dan baba nampak kecewa. Saya sedih dan marah dengan diri saya. Mulai itu, saya daki langkah dari bawah naik ke puncak. Dan alhamdulillah, walaupun keputusan SPM tak cemerlang macam kakak, saya masih mampu buat mak dan baba tersenyum. Alhamdulillah :)  Kalaulah saya tak pandai simpan duit, mesti saya akan lebih susahkan mak dan baba Dah lama saya plan nak jalan-jalan ke tempat orang, dan saya mula simpan duit belanja yang baba kasi setiap kali saya balik tu kat tem...