Skip to main content

Aku, Dia dan Surat Cinta

Satu Jumaat ni, saya sempat berbual dengan sahabat saya, Barizah. Satu perbualan yang agak mendalam isinya. Tiba di satu tempat berehat, saya dan Barizah duduk menunggu kawan-kawan yang lain sambil makan aiskrim. :) Terlintas satu soalan di fikiran saya, dan tanpa lengah saya mengajukan soalan itu kepadanya.

Nak tau apa soalan saya? Soalannya...
Antara keluarga dan dakwah, mana yang kau pilih?
Saya ada jawapan dan pandangan yang jelas tentang soalan ini. Saya akan menjawab keluarga. Alasannya, kerana tanpa keluarga, dakwah saya tiada. Keluarga saya bukan sekadar mak, baba, nenek, abang, dan kakak. Tapi keluarga Islam saya jugak. Dakwah itu kesinambungan dari keluarga saya.

Itu saya.

Cik Barizah ini punya jawapan yang lebih menarik.




Berbalik kepada jalan cerita tadi..
Lepas saya tanya soalan tu, masing-masing terdiam. Saya terdiam sebab tunggu jawapan dia. Fikir saya, dia sedang memikirkan ayat terbaik agar saya tak tersinggung. Apa yang berlaku?

Dari sisi saya terlihat Barizah tersenyum. Kemudian mengesat matanya. Alamak! Dia nangis ke? Aiyoo... ape aku dah buat ni?

Saya       : Eh, Barizah.. sorry. Kau ok tak?
Barizah   : Eh, aku okey (tergelak). Kau tanya soalan tu aku teringat satu kisah ni...
Saya       : Sedih ke?
Barizah   : Taklah. Happy je. Kejap (sambil tahan tangisannya)

Ape kena Barizah ni? Sekejap nangis, sekejap gelak.

Saya       : Kau tak nak cerita takpela. Aku tanya je tadi tu (serba salah)
Barizah   : Eh, takpe. Aku nak cerita gak ni. (semangat) Hebat gila kau ni. Tanya soalan je dah buat aku banjir..

Ye, Barizah memang bukan orang yang senang menangis. Susah! Dia bukan orang macam saya. (ehem)

Saya       : Wahaha! Hebatnya aku! (serba salah, tapi.. err...)

Barizah masih lagi menangis, tapi mulut kami berdua tak berhenti makan aiskrim tu. Barizah masih berusaha nak habiskan asikrim pertamanya, saya dah masuk aiskrim kedua dah :) (okay, saya makan banyak. so?)

Barizah   : Ingat tak dua minggu lepas kan birthday aku?
Saya       : Ingat.

Of courselah ingat. Dah saya buat announcement satu tangga tu birthday dia. Siap melalak-lalak lagi dalam kelas. (okay, i am not proud of this)


Barizah   : Em, weekend tu kan ada program, kan? Aku memang berbelah bahagilah nak pergi ke tak. Sebab that same weekend family aku semua ada. Aku je takde. Aku fikir kalau aku balik mesti best. Adik-beradik aku mesti sambut punya. Gelak-gelak sama-sama.

Aku mengangguk sambil melihat Barizah menangis lagi. Aku mengusap belakangnya..

Barizah   : Tapi aku tak balik. Aku tetap pergi jugak program tu. Aku pergi sebab pakwe aku. Aku fikir, keluarga.. bahagia.. gembira.. gelak-gelak tu semua sementara je. Penting ke? Jadi aku korbankan perasaan aku untuk pakwe aku.. Sebab yang kekal nanti Dia jugak. Ya, aku sedih sebab tak dapat bersama keluarga aku. Tapi aku bersama pakwe aku. Aku lawan perasaan aku untuk pakwe aku.

Dia cuba menghabiskan aiskrim dia, memandangkan saya punya aiskrim tinggal separuh je :)
Barizah menyambung ceritanya..

Barizah    : Balik dari program, sampai kat apartmen, aku menangis je. Bila aku menangis mesti aku baca surat cinta aku.. Bila aku baca mesti aku happy balik. Memang dia sayang kat akulah. Asal aku baca surat tu, mesti tak sedih dah.

Apa perasaan saya saat ini? MALU. Malu pada Barizah, malu pada pakwe saya.. Barizah ada pesan, kalau sedih.. kau duduk berteleku pastu make sure orang lain dah tidur. Then kau call lah pakwe kau dan cerita SEMUANYA kat dia. InsyaAllah hati jadi tenang

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram   (ar-Ra'd, 13:28)
Sekarang Barizah dah bahagia dengan pakwe dia. Alhamdulillah, dan insyaAllah saya pun sedang cuba mengecapi rasa itu. Anda bila lagi?
Ada ayat dalam perbualan ini saya ubah sedikit. Maaf Barizah :) sekadar pinjaman cerita darinya. Yang baik itu dari Allah jua, khilaf itu milikku.



  • pakwe=Allah
  • surat cinta=Quran

Comments

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...