Kalaulah saya bukan lepasan sekolah, pasti saya tak dapat tolong kakak
Selepas SPM haritu, saya habiskan masa dengan bantu kakak semasa pantang. Dua bulan saya tinggal dengan kakak, dan saya jadi lebih rapat. Saya belajar house-management, saya belajar sabar, saya belajar menyayangi. Terima kasih kakak :)
Kalaulah saya masih belum sedar dari realiti, mesti mak dan baba kecewa dengan saya
Saya budak nakal.. sangat nakal. Dulu selalu main-main masa sekolah. Waktu darjah empat, keputusan exam akhir saya teruk. Dan baba nampak kecewa. Saya sedih dan marah dengan diri saya. Mulai itu, saya daki langkah dari bawah naik ke puncak. Dan alhamdulillah, walaupun keputusan SPM tak cemerlang macam kakak, saya masih mampu buat mak dan baba tersenyum. Alhamdulillah :)
Kalaulah saya tak pandai simpan duit, mesti saya akan lebih susahkan mak dan baba
Dah lama saya plan nak jalan-jalan ke tempat orang, dan saya mula simpan duit belanja yang baba kasi setiap kali saya balik tu kat tempat rahsia saya. Lepas SPM, saya buat keputusan untuk merantau negeri kawan-kawan. Saya pergi Terengganu dan Pahang. Saya pergi naik bas. Dan tambang tu bukanlah murah. Nasib baik saya dah simpan duit awal-awal. Kalau saya guna duit baba, nanti susah. Dan untuk lesen pun saya guna duit saya sendiri, tapi pinjam sikit dari baba. Kalau tak, mesti banyak baba kena bayar. Duit lebih baba tu boleh buat belanja adik yang masih sekolah. Alhamdulillah :)
Kalaulah saya tak pandai memandu, saya pasti takkan dapat tolong keluarga
Lepas dapat lesen, saya gembira sangat. Saya dah boleh bawak kereta ^^. Masa tu, baba dah selalu sakit kaki. Saya dapat tolong hantar mak dan baba ke mana saja mereka nak pergi, selama mana saya pun mampu nak tolong. Saya suka. Sekarang pun saya selalu tolong bawak kakak jalan-jalan dengan babynya. Bukan selalu kan? Inilah masanya saya dapat tolong dorang, sebelum semuanya terlambat, InsyaAllah :)
Kalaulah kakak saya tiada hari tu, pasti saya tiada di sini lagi
Minggu lepas, saya dan kakak jalan-jalan, cari baju untuk baby. Saya yang pandu kereta tu, kereta kakak saya lagi sorang. Dekat je tempat tu, kat Carrefour.. sepuluh minit drive InsyaAllah sampai. Tapi hari tu, sesampainya saya kat simpang empat kat Setiawangsa, tibatiba traffic light mati! Saya takut. Saya tak pernah berhadapan dengan situasi macam tu. Dalan hati saya doa, moga Allah tolong saya. Kereta di sebelah saya mula bergerak, dan kereta belakang dah mula hon. Saya pun bergerak pelan-pelan. Dan bila dah steady, saya bersyukur sangatsangat. Kereta besar yang hon tadi bawak laju kat sebelah kanan saya. Saya pun adjust kereta supaya tak berlanggar dengan sapa-sapa. Yalah, saya bawak dua nyawa tak berdosa kat belakang saya! Tiba-tiba kakak saya menjerit. Baru saya nampak, ade kereta mercedes datang laju dari kiri saya nak himpit kereta saya. Kakak saya suruh perlahankan kereta. Saya tak dapat bayangkan.. macam mana kalau saya makin laju, dan dia langgar kereta yang saya bawak tu. Nauzubillah..
Saya bersyukur, sebab Allah bagi saya kesempatan untuk masih bernafas dan terus mengingatiNya melalui ujian dan nikmat yang saya dapat selama ni. Terima kasih Allah! :)
Manfaat dan musibah itu datangnya dari Allah. Redha dan tabahlah harunginya. Moga kita terus dilindungi dari kejahilan, insyaAllah
Comments