Skip to main content

Bila Segalanya Berubah

bismillah.

12 Ogos.
Penat menerpa. Baru sahaja sampai ke kolej. Malam ada moreh. Sungguh rasa nak buang perasaan malas tu. Tapi rasanya.. raut wajah tak dapat menipu. I was not 'here'

ohh tolonglah senyum ikhlas sikit

tapi aku masih tak mampu. Tenang, tapi hilang..


13 Ogos.
Pagi itu riuh dalam kelas. Masing-masing nampak teruja. Penantian dua bulan berakhir jua. Keputusan exam akan dikeluarkan dalam masa beberapa jam, dan ramai yang makin tak senang duduk.

aku? Sudah kembali ke alam nyata alhamdulillah. Serasa mahu lari dari realiti, hari ini adalah harinya. Tapi, hehe mungkin tidak.

Kaki menginjak lebih dekat, tapi seakan mahu berlari pergi. Berdalih dan terus berdalih. Akhirnya aku akur, 

aku tak boleh lari. This is it.

Helaian demi helaian diteliti. "di mana aku?"
Nombor dan huruf jelas terlihat. Ada A pada keputusanku.
Ada A.

Dan aku kembali hilang.

Sekembali dari kedai bersama Liyana, aku berkeras mahu lihat semula keputusan itu. Betulkah yang kulihat tadi, aku punya?
Ternyata.

Barizah jua di situ. Mencari keputusannya. Aku dan Liyana berdiri sebelah. Saat dia menjumpai namanya, riak wajah berubah. Tersenyum lebar. Berpelukan.

Dan aku, melihat dia, kuhalakan wajah kembali ke papan notis.

Eh?

Kenapa? Kenapa keputusan Barizah macam tu?

Dan tanpa pinta, aku menangis. Di kaki lima itu aku menangis.
Liyana memeluk bahuku. Hanya dia yang nampak, mungkin.

Dan aku terus berjalan, pergi meninggalkan Barizah, meninggalkan Liyana yang memanggil aku.
Sendirian.

Ya, aku perlu bertanya kepada Dia. Kenapa? Kenapa aku lebih?

Aku rebah, menyembah tanah dalam sujud syukur penuh air mata. Tanpa henti.
Bahu terhenjut-henjut. Tangisan yang bermula sedikit cuma, akhirnya hingga bersuara.

"Allah, kenapa? Kenapa Kau berikan aku sesuatu yang tak layak untuk aku terima?"

Terkenang kembali saat menghadapi bulan peperiksaan. Aku teruji. Sahabat sendiri buatkan aku hilang arah untuk beberapa minggu. Sahabat sendiri lukakan hati aku. Tanpa aku tahu mengapa. Seolah-olah aku terasing dalam ruang penuh manusia.

Ya, aku salahkan dia.

Hari-hariku lalui, mencuba begitu payah mengulang kaji sebaris ayat cuma dalam buku.
Tapi masih tak mampu.

Hati aku hilang..

Puas aku mencarinya, dalam solat, dalam doa, dalam Quran.

Tapi tak kujumpa.

Nak menangis jua tak berdaya. Tak mampu..

Aku kembali menghadap sujud. Hati membentak, "Mengapa Kau berikan aku begitu banyak nikmat?"

Liyana datang menghampiri. Memeluk bahuku. Mengusap lembut.
Aku bersandar pada bahunya, dan kata-katanya membuatkan aku menangis lebih hebat.

Allah tu baik kan?

Terlalu, Yana. Terlalu.
Nak dibandingkan usaha, aku lihat Barizah lebih hebat usahanya. Jatuh bangunnya. Jadi mengapa?

Dan dia berlalu pergi. Solat bertemuNya.
Ya, mungkin solat dapat lebih menjawab persoalan di benakku.

Tangisan tak dapat dibendung lagi. Terlampau lebat.

Selama lebih setengah jam aku bermandi air mata. Menyelak surat cinta, air mata turun makin laju. Tidak cukup kain untuk mengelap air mata yang kian deras membasahi pipi.

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan di dunia
tetapi AMAL KEBAJIKAN YANG TERUS-MENERUS
adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu
serta lebih baik untuk MENJADI HARAPAN.
[18:46]

Nah.. saat itu jua Dia jawab persoalanku. Result itu bukan apa-apa.
Nothing.

Dan aku menangis lagi. Teringat. Aku tidak lagi rasa manisnya beribadah sepanjang peperiksaan itu. Solat hanya sekadar solat. Segalanya bagai tiada makna, tiada kesan dalam hidup aku. Tapi aku terus jua lakukannya.

SMS dari sahabat:
beramal kerana TAAT adalah lebih indah daripada beramal
kerana mahukan kemanisan iman

Begitu indah sekali rupanya. Bagaimana seorang hamba itu memaksa dirinya beramal. Terpaksa, tapi perlu.


Usai solat, aku menyelak lagi surat cinta dari Yang Maha Agung..

Bukankah Dia yang memperkenankan (doa)
orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepadaNya,
dan menghilangkan kesusahan
dan menjadikan kamu sebagai khalifah di bumi?
Apakah di samping Allah ada tuhan yang lain?
Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat
[27:62]

Kali ini, tiada apa yang dapat halang air mata.
Tangisan makin jelas kedengaran.

Liyana datang lagi, cuba membujuk jiwa yang nampak tak keruan. Aku tunjukkan padanya ayat ini. Dan dia beritahu aku,

Lepas Allah cakap pasal ni (doa)
Dia cakap pasal ni pulak (khalifah)
kan?

Liyana pergi lagi, tinggalkan aku sendiri.

Khalifah. Khalifah.
Mungkin ini peluang yang Allah beri untuk aku lebih gagah berdiri menjadi khalifah.
Lebih mandiri memimpin diri mencari Dia.

Mungkin.

Dan aku lebih yakin. insyaAllah.

Sepertinya Allah beriku tenang semalam kerana Dia tahu bagaimana aku hari ini.

Sudah lama aku tidak menangis. Dan kali ini seolah-olah segalanya terhambur keluar.

Ya, mungkin aku tak layak terima hadiah sehebat ini dari Allah. Tapi telah tertulis sebegini. Keputusan itu di tanganNya, bukan atas usaha kita.

Aku lebih pasti, Allah tak sia-siakan hambaNya. Begitu pasti. Dan aku tak lagi salahkan sahabat aku. 
Aku salahkan aku.
Biarlah dia dengan tipu dayanya, asalkan aku terus usaha bawa dia kenali Allah. insyaAllah

Minggu ini penuh dengan perbualan tentang 13 Ogos ini. Yang lebih membawa diri kenali Dia.

Terima kasih ya Allah.

Saat-saat penuh air mata itu, perbualan dalam tangisan itu, serasa begitu menggugah jiwa. 

Apakah manusia mengira bahawa
mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan
"Kami telah beriman"
dan mereka tidak diuji?
[29:2]

yang khilaf itu milikku.

Comments

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...