sudah berhari dada ini berkocak
entah apa yang menggoncangnya
hebat begitu terasa hingga seakan mahu pecah
air mata seolah bertakung namun tiada mengalir
yang tersimpan ini serasa hampir tak tertanggung lagi
dan aku kembali kebingungan
buntu.
kita
menjauh
dalam hati
rindu ini dah tak lagi terbendung
aku ingin memegang tanganmu
berjalan seiringan seperti dahulu
aku ingin memeluk bahumu
semesra yang kita pernah dulu
aku ingin kita jadi satu
macam kita dulu-dulu
ke sana ke mari sentiasa bersatu
tak pernah terpisah, atau menjauh
tapi dosa aku terlampau menggunung tingginya
dan kita makin jauh
jauh melepaskan genggaman yang dulunya erat
dan aku terus menghilang
menghilang dalam kesunyian
menghilang dalam kesepian
menghilang dalam sendirian
uzlah bersama Dia sentiasa menenangkan
tapi rindu ini buat aku berantakan
aku tak lagi mampu jadi ukhti yang diimpikan
langkah payah dan berat tapi aku mahu teruskan perjalanan
kita berdua, kerana Allah mahukan kita bersama
kita terpisah, kerana Allah mahu ajar kita satu benda
ukhti
ukhti
ukhti
rindu ini takkan pernah surut
biar janggal mana sekalipun
biar kekok mana sekalipun
aku akan tetap rinduimu
biar tiada yang faham ikatan kita
biar orang kata kita takkan kekal lama
biar semuanya runtuh sekalipun
aku tetap akan teguh memegang janji kita
kerana termeterainya ia disaksikanNya
tak mengapalah andai lompong atau camping di pertengahan jalan
langkah mencari mardhatillah bersamamu
akan terus aku jejaki
kerana aku terlampau cintakanmu
atas mitsaqan atas nama Yang Satu.
.ukhti, aku rindu.
maafkanaku
Comments