Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat.
Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang.
Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar,
wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai
and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun melihat ciptaan Allah yang indah itu, terbang bebas tapi tak siapa dapat genggam. Berehat pada bunga yang cantik juga. Analoginya terlihat jelas.
Katakanlah saya seorang lelaki ajnabi, melihatkan pada keindahan Tuhan yang satu itu begitu menarik hati saya, sekali pun ia hanya disalut warna coklat. Betapa saya berusaha sedaya saya untuk menjadikan 'rama-rama' tu milik saya. Tapi mahukah ia dekat dengan saya? Akhirnya ia kembali pada yang cantik.
Jika saya katakan, begitulah dunia, would you agree? Men go great lengths to get the women they want, but in the end, Allah cakap, wanita yang baik untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya. Bagaimana kita? Mahu tak menjadi rama-rama tu? Hanya yang betul-betul layak dan berkebolehan je yang dapat pegang dan tangkap kita. Mahu tak?
Untuk itu, kita cuma perlu menjaga peribadi kita. Jaga siapa kita. Jaga harga diri kita. Dan akhirnya, lelaki yang punya kuasa itu yang dapat miliki kita.
.yang khilaf itu milik saya.sekadar interpretasi amatur
Comments