Seronok. Tengahari semalam, mendung aje. Sejuk!
Entah kenapa dalam kelas Biologi semalam, mengantuk aje. Kebetulan dah tengahari, jadi saya pun balik la ke apartmen untuk qailulah sekejap, sebab masih berbaki setengah jam sebelum kelas Maths selepasnya. Pelik, kenapalah saya saaaaangat mengantuk. Semalam tidur cukup je.
Bila saya bangun, dah pukul 1.30 dah! Habislah terlepas kelas Math! Nasib baik kelas tak wajib. Alahai sedihnya~ Bila bangun, saya masih melayan rasa mengantuk tu. Astaghfirullahalazim!
Sampailah langit yang tadinya mendung kini makin gelap. Hujan turun dengan sangat lebat dan tiba-tiba. Wah~ seolah-olah rasa mengantuk ni minta dilayan! Saya tolak perasaan tu jauh-jauh sebab dah lama sangat dah saya tidur. And I don't need more of it today.
Jam 3, hujan makin lebat. Pintu rumah diketuk. Oh, Liyana rupanya. Di tangannya ada sehelai kertas, nota amanah dari Ustaz Haikal. Kata Liyana, dia nak pergi fotostat kertas tu, tapi hujan lebat pulak. Liyana nampak lain petang tu. Seperti ada yang mengganggunya. Kami duduk berborak. Kebetulan housemate saya semuanya keluar. Ada kelas. Jadi kami berbual berdua.
Liyana cerita pasal ekspedisi menawan bukit tangki hari Ahad lepas. (the one i mentioned before in my previous post. nak tau? klik sini) Kami share lah ibrah hari Ahad tu. Dia beritahu tentang satu game yang dorang main haritu. Dan ibrahnya, agak kabur. Saya pelik. Saya tak faham. Tiba-tiba, saya nampak Liyana dah tertunduk. Hidungnya memerah. Liyana menangis?
Saya dah serba salah. Segera saya tutup pintu rumah dan cuba tenangkannya. Dan dia pun meluahkan, apa yang sebenarnya terbuku di benaknya sejak Ahad itu. Dia beritahu tentang kedatangan Kak Fatin, akak usrahnya dulu ke rumahnya malam tu. Kak Fatin menyedarkan mereka (Liyana dan housematesnya) tentang sesuatu. Suatu amanah yang kami pikul bersama, tapi tak laksanakannya. Allah! Takde alasan yang boleh kami bagi masa tu, untuk jelaskan kecuaian kami.
Dan petang itu, kami berkongsi air mata. Malu. Kerana Allah selama ni menunggu kami buat 'kerja' kami. Allah sabar dengan kami. Allah masih bagi masa, untuk kami sedar betapa parahnya umat sekarang ni. Kami tak sempurna, tapi kami cuba. Kami dah punya ilmu, maka kenapa kami pula menyimpannya??

Ada amanah yang tertangguh. Ada saudara yang menunggu. Syahadatul Haq mesti ditegakkan! Kalau bukan kami, siapa lagi?
Dan petang itu, kami berkongsi air mata. Malu. Kerana Allah selama ni menunggu kami buat 'kerja' kami. Allah sabar dengan kami. Allah masih bagi masa, untuk kami sedar betapa parahnya umat sekarang ni. Kami tak sempurna, tapi kami cuba. Kami dah punya ilmu, maka kenapa kami pula menyimpannya??
Dan siapakah yang lebih ZALIM daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?
[2:140]
Zalim? Ya Rabb, kami hambaMu yang lemah lagi pelupa. Ya, kamilah antara insan pilihan Allah, tapi.. masih leka? Astaghfirullahalazim!
Kami tak lagi punya banyak masa. Andai satu hari nanti, syurga buat kami, kami pasti ditahan saat selangkah lagi menapak, kerana pasti ada dalam kalangan umat ini, menyalahkan kami kerana menjadi orang ZALIM, membiarkan mereka dalam gelapnya dunia.
Saya dan Liyana, petang itu, menanam semangat baru. Bersulamkan rasa takut, tak sempat untuk lakukannya. Kami perlukan manusia lain. KAMI PERLUKAN ANDA! Lakukan tugas anda sebagai muslim sejati. Sebagai abid DAN khalifah. Masa terus berdetik menjauh tinggalkan kami. Maka kami harus lebih pantas, agar tiada sesaat pun yang sia-sia.
Perbualan penuh rasa insaf dan syahdu itu, menyedarkan aku dari lenaku yang panjang. Selama ini, aku lupa. Selama itu juga aku tertidur dibuai enaknya dunia. Terima kasih Allah, kerana dariMu peringatan ini hadir, melalui sahabat-sahabat dan hikmahMu.
Terima kasih Allah. Ayuh bergerak, saudaraku! Islam perlukanmu!
innallaha ma'ana
Comments