Skip to main content

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah.

20 April 2012
Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :)
Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru,

"Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa.

Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :)
Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang)

Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni!
Saya : Hah? Buat ape?
Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar)

Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betul)
Lepas makan, ada sorang lagi buah hati approach.

Dia (2) : Kenapa tak pergi depan tadi? (sengih lagi)
Saya : (gelak) Buat ape?
Dia (2) : (angkat kening dan tayang gigi)

Malam tu saya terfikir, "dorang salah tarikh ni.."
Ye ke?

[klik 'read more' untuk baca the rest of the story]




=================================================================

22 April 2012
Ada program kat Semenyih. Saya dan 5 orang buah hati saya pergi bersama. Perkongsian dari akak :)
Saya dan beberapa buah hati saya join untuk refresh ilmu yang ada, sebab kami dah pernah dengar perkongsian tu, dan ternyata tak rugi.

Tengah-tengah pengisian, sorang buah hati saya [Dia (1) tadi] tanya saya..

Dia (1) : Eh, awak! Hari ni berapa hari bulan eh?
Saya : Hmm.. hari ni 22 hb.
Dia (1) : Esok?
Saya : Err, 23 la.
Dia (1) : Lusa?
Saya : 24 haribulan. Errk, kenapa wak?

Dia diam aje. Terus dia baring atas riba saya dan terus tersengih.

Dia (1) : Awak, nanti ingatkan saya bagitau awak sesuatu tau? (tayang gigi)
Saya : Ingatkan saya jugak bagitau awak something. (gelak)

Perkongsian tamat. Bersedia untuk makan tengahari. Saya dan buah hati saya ni pergi tandas amik wudhu' dulu. Dan dia bagitau saya..

Dia (1) : Awak, nanti Selasa malam Isnin kita buat qiyam dan solat hajat tau. Ada hari special sket. (sengih lagi)
Saya : Hari ape?
Dia (1) : Hehe.. Besday awak la! Buat-buat lupa pulak.

(nampaknya telahan saya kat masjid hari tu betul)
(saya memang tak suka sambut besday sendiri. and I rather forget about it)

Saya : (gelak) Awak, saya nak bagitau awak ni. Awak salah tarikh besday saya tau.
Dia (1) : Eleh, tipu. (menampar bahu saya dengan lembut)
Saya : Betul wak. Demi Allah birthday saya bukan Selasa ni.
Dia (1) : Err, yeke? (sambung gelak. kali ni saya join sekali)
Saya : Ya. Tapi kalau nak buat qiyam jugak pun takpe kan?

=================================================================

23 April 2012
Hari ni, ada workshop sebagai preparation untuk exam 2 minggu lagi. (HAH?!) Tiba-tiba setengah jam sebelum workshop. buah hati saya sorang datang rumah.

Dia (3) : Awak! Saya nak masuk boleh?
Saya :Boleh. Sila, sila.
Dia (3) : Rumah awak nampak lain.
Saya : Err, bila last awak tengok rumah saya? (sengih)
Dia (3) : (gelak) Mana katil awak? Nak duduk situ. (senyum)
Saya : Err, mana katil yang paling bersepah, tulah katil saya.

(okay malu haha)

Dia (3) : Nak baring boleh?
Saya : Oh, okay Tapi bersepahhhh! Awak okay tak ni?
Dia (3) : Eh, okay. Nape? Nampak macam tak okay ke?
Saya : Awak gaduh dengan housemate awak ke? [No 3 ni housemate no 1]
Dia (3) : Eh, mana adelah!

Saya dan dia berceritalah macam-macam. Gelak-gelak kejap. Then buah hati no 1 tadi datang, nak panggil untuk pergi workshop tu.

Dia (3) : Eh, awak, pergila dulu. Takpe. Nanti saya baliklah.
Saya : Okay. Bai awak!

------------------------------------------------------------------------------------

4 Petang
Ada mesej dalam inbox.
Dari buah hati no 3

Awak, saya ada tertinggal baranglah atas katil awak, Housemate awak punya. Dalam tu saya ada tulis nama dia. Saya tak ingat. Awak tolong pas kat dia eh? terima kasih

Saya pun pergilah tengok atas katil. Saya gelak kuat. Ada plastik, dalam dia ada tudung dan sekeping kad.

Awak!
Selamat Hari Lahir!
Takpe kan bagi awal sikit :)


Saya pun maklumkan kat dia yang dia dah salah tarikh jugak.
Kitorang sama-sama gelak.

=================================================================

Hari-hari boleh raikan buah hati kita. Bukan waktu birthday je kan?
So, happy birthday to me :)
Terima kasih buah hati saya! Terima kasih Allah. Ana ithar antunna!

[49:7] ...Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya di dalam hati kamu...

[nama dirahsiakan untuk mengelakkan ada yang rasa malu hehe. tapi, berdasarkan ghulam, yang penting bukan nama :D]

.yang khilaf itu milikku.

Comments

Baiklah .......... hehehe. kirim salam kat Dia 3 tu yea. :):):)
Aku Normal said…
senyap lahhhh !!! haha.

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun