Bismillah.
Lebih kurang dua minggu lepas, scholar MARA ada briefing. Kami diberi offer untuk menjejak ke..
AUSTRALIA!
'Apa perasaan anda dapat tawaran ke Bumi Kangaru ni?'
'Adakah anda akan terima tawaran ni?'
'Bagaimana dengan impian anda untuk ke Czech atau Poland tu?'
Fuhh~ Big decisions are to be made here! Duh~
Bukan senang nak buat keputusan sebegini rupa. Masa briefing tu, puas fikir tentang possibilities untuk ke sana. Kena ambil examlah, duit lagi, blah..blah..blah..
Padahal orang kata it's just a YES or NO situation.
Terkejut beruk masa tu, tiba-tiba perlu buat keputusan macam tu. Huwaaa~
Nak pergi ke? Tak nak? Nak pergi ke?
Ya, memang betul saat saya daftar kat KTT ni, tak terfikir pun pasal Australia dah. (sebelum ni pernah dapat tawaran jugak tapi tolak) Tapi bila fikir-fikir balik..
betul ke tindakan aku ni?
Hidup ni, bak kata as-Syahid Sayyid Qutb, natijahnya kita tak pernah tahu. Semuanya atas aturan Allah, tapi sebagai manusia kita kena usahakan sebab kita tak tau bagaimana akhirnya nanti. Sedangkan sahabat yang DIJAMIN SYURGA tu pun tak henti-henti beribadah lebih daripada orang yang entah tentu syurga dalam genggaman dia, inikan pulak kita yang tak tahu endingnya?
Okay. Sorry. Back to the point.
Dalam lecture hall yang tidak berapa serupa hall tu, terdengarlah soseksosek kat belakang (sebab saya duduk depan sekali :D ) yang kata
'Apelah MARA ni. Susahkan orang je. Dahlah kena bayar sendiri! $300 tu ingat murah ke??'
'Aduss.. menyesal aku amik MARA macam ni! Baik aku ambil JPA je dulu,'
'Apahal pulak kitorang disusahkan macam ni?'
ADOI! Saya pun terkedu. Allah, jauhkan aku dari menjadi hambaMu yang tidak bersyukur.
The thing is, personal opinion, what I love most about being a MARA student (as I was from 13 years old) is the challenges they made us achieve. They always made us-or me- strive harder each time I fall. They set the bar higher than others, they made us work harder (I think) to BE better. The way Allah always teaches His servants.
Masa saya dengar komen-komen 'comel' tu, saya senyum ajelah. Saya faham perasaan tu. Tak nak lah saya simbah minyak dalam api yang tengah menggelegak tu. Lebih baik saya berdiam.
Bila fikir balik, manusia ni.. memang macam ni ke lumrahnya? Merungut. Selalu tak puas hati.
Saya tak percayalah. Sahabat zaman nabi dulu, luka masa perang tak sembuh lagi dah rindu nak berperang. Ape cerita? Dorang pun manusia biasa macam kita jugak. Bezanya TAQWA.
Lepas habis briefing tu, masing-masing berkerut. Alahai macam baru lepas habis jawab exam. Comel aje.
Saya malas nak fikir. Lebih baik istikharah dulu. Mana tau Allah plans something better kan?
Tiap kali orang cakap pasal Aussie, saya akan jadi cemas. Tak keruan. Tapi bila tak cakap pasal Aussie, or anything related to that, saya rasa tenang aje. And I took that as a sign. I don't know whether I'm making the right decision. I will never know. But my heart was never for Australia.
Ya, Australia bumi tarbiyah yang mantap. Rugi andai saya lepaskan peluang tu. Tapi, entah kenapa hati ni tak mahu. Bukan tak mahu tarbiyah tu! Tak mahu Aussie. Tapi, entahlah..
Saya nak fly. Semua kawan-kawan saya nak fly. Tapi, adakah itu yang terbaik buat saya?
Saya takkan tahu
Masa saya cakap kat kawan-kawan saya nak pergi Czech/Poland, masing-masing cakap,
'Sure ke dapat Poland tu?' *nada skeptis
'Nanti terlepas peluang ni kang'
Tapi, nak memikirkan pada benda yang tak pasti, memang sampai hujung nafas lah tak sudah bicaranya. Kan?
Asalnya nak apply jugak, just to open up the possibilities. Tapi tak jadi. Ayah asyik bertanya,
'Kawan-kawan kau dah daftar. Kau bila?'
Ah, sungguh saya tak faham ayah saya sebenarnya mengharap atau tak saya ke Aussie.
Persoalan utama kat sini,
WHY DO I WANT IT?
Bila terlampau sibuk nak please people, kadang-kadang terlupa kita dah tak please Allah. Niat dah lari. Saya tak kisahlah orang nak cakap apa tentang keputusan saya. Kan keputusan saya? If you made up your mind, then I'm glad Alhamdulillah. But this one is mine.
So my decision is...
I'm gonna keep walking
Cause I know Allah will lead me
I'll never stop trying
for Allah is always with me.
If I made one wrong step because I turned my back on Allah, that would be more distressing than not going to Australia.
#to those yang pergi ambil exam ISAT khamis ni, good luck ya? set your niyah straight, insyaAllah you'll answer those 100 Qs swiftly. innallaha ma'ana
.yang khilaf itu milikku.
Comments