bismillah.
but do you know its beyond that?
Because the mere existence of the world itself is for us-humans to make the best out of it for the sake of akhirah. If we die, and are in turn to be judged upon Allah, why the need for the world to exist? The world already lived for what Allah has planned for it, and will die after it has fulfilled its mission.
Orang kata hidup ni macam roda. Ada masa di atas, di bawah, di atas semula.
Ada jugak yang kata, putaran ni hidup kita, dari lahir-->baby-->budak-budak-->membesar-->kerja/kawin etc-->mati
but do you know its beyond that?
"Celakalah manusia! Alangkah kufurnya dia!
Dari apakah Dia menciptakannya?
Dari setitis mani, Dia menciptakannya lalu menentukannya,
Kemudian jalannya dimudahkan,
Kemudian Dia mematikannya lalu menguburkannya,
Kemudian jika Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali.
SEKALI-KALI JANGAN BEGITU! Dia itu belum melaksanakan apa yang Dia perintahkan kepadanya"
[ 80 : 17-23 ]
Sebelum kita lahir, Allah dah tentukan rezeki dan perjalanan hidup kita. Maka dalam ayat di atas ni, Allah dah cakap Dia permudahkan jalan kita. Tapi Allah berfirman, 'sekali-kali jangan! Dia belum melaksanakan apa yang diperintahkan kepadanya,'
Sebenarnya, macam mana perjalanan hidup kita ni?
(erk. kalau sudi nak baca lagi klik 'read more' ye)
Kita hidup kerana Allah mahukan kita jadi hambaNya, jadi pemimpin manusia ke arahnya. Sekalipun kita go through life cycle yang dikatakan tu, Kita masih belum laksanakan perintah Allah iaitu amar makruf nahi mungkar. Jika kita terlampau agungkan hidup dunia ni, tanpa memikirkan bekalan akhirat kita, apa yang akan kita bawa bila berjumpa Allah di Mahsyar kelak?
Untuk kita terlalu menyayangi dunia and be attached to it, sangat tak berbaloi. Tapi, fahamilah. Untuk kita dapatkan kehidupan akhirat yang dijanjikan Allah untuk hambaNya yang bersyukur tu, kita masih perlukan dunia. To be zuhud is not to abandon the world just for the keepsake of akhirah. NO! It's to use this world as our own ticket to akhirah. That's what the world is created for.
Hidup di dunia ni, bukan untuk dijulang dan diagungkan. Pernah ada kisah di zaman para sahabat dulu. Sahabat bertanyakan kepada rakannya,
'Nampak tak bangkai burung tu?' Dan rakan-rakannya menjawab, 'Nampak,'
'OK, berapa harga yang akan kalian bayar untuk bangkai tu?'
Rakan-rakannya tergamam. Apa pulak nak letak harga pada seekor bangkai.
Kalau anda, anda mahu bayar ke?
Dan sahabat berkata, 'Tiada nilai kan? Maka itulah nilai dunia,'
Dunia ini, buat kita tiada nilainya. Tapi apa yang ada di dunia ini yang perlu kita gunakan untuk menjadikan bekalan akhirat kita bernilai.
Gunakan masa di dunia ini, untuk perbaiki hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Tak adil untuk kita berjuang menuju Jannah sorang-sorang. Tak mahu ke kita bertemu teman baik kita kat dunia ni kat syurga nanti?
Kalau nak, jangan jemu ajak mereka mengejar kebaikan dan mencari Allah.
Dan kalau kita tak mahu bila kita satu langkah lagi nak masuk syurga, kawan kita menjerit dari belakang,
'Allah, dia dulu kat dunia tak pernah suruh aku buat baik. Padahal hari-hari kitorang lepak sama-sama. Dia tinggalkan aku Allah. Dia abaikan aku. Abaikan dia sebagaimana dia pernah buat kat aku dulu!'
Hamekkaw! Tergamam tak? Masa tu nak menipu pun tak boleh dah.
Dan kejarlah pahala negeri akhirat. Tapi janganlah kamu melupakan bahagian dunia
And let me tell you, it's not too late to make it all happen. Usahakan bekalan akhirat sebelum masanya terlalu lewat.
.yang khilaf itu milikku.
#maaf, hari ni mood tak berapa elok. jadi mungkin penyampaian tak berapa jelas dan tak best (seperti biasalah) tapi nak share jugak. :)
Comments