Petang itu mereka anak-beranak masih dengan aktiviti yang sama. Ke taman. Tapi kali ini si ayah mengajar badminton. Setelah penat, mereka duduk sebentar bersama si ibu yang sedari tadi sekadar duduk di tepi. Kepeningan.
"Umi okay sikit? Minumlah, umi," ujar Izzah.
Si ibu senyum. Semanis mungkin. "Eh, umi okaylah. Nah minum ni," ujar si ibu sambil menghulur air kepada semua anaknya.
Selang beberapa ketika, si ayah mengajak anak-anak kembali bermain. Semua bangkit, kecuali si kecil Muaz.
"Muaz, jomlah!" ajak si ayah.
Muaz sekadar senyum dan menggeleng. "Muaz nak teman umi," lalu kepalanya disandarkan di pangkuan si ibu.
"Okay. Muaz jaga umi ya?" pesan yang sulung, Haikal. Muaz mengangguk lagi.
[klik 'read more' untuk teruskan membaca]
Sedang si ibu leka memerhati yang lain bermain, si anak kecil memalingkan wajahnya. Kini dia terlentang, kepalanya masih di pangkuan si ibu. Jemari kecilnya memintal-mintal hujung lengan baju si ibu sambil matanya merenung langit biru.
"Umi, Allah tengah tengok kita ke dari atas tu?" sambil telunjuknya menghala ke atas. Matanya mencari mata si ibu.
Si ibu tersenyum, menatap mata anaknya. Jarinya mengusap lembut ubun-ubun si anak. "Bijaknya anak umi ni! Betul tu. Allah tengah tengok kita. Sebab tu setiap masa kita kena ingat Allah. Zikir. Doa. Bila kita selalu ingat kat Allah, Allah pun selalu ingat kat kita,"
Si anak tersengih lebar, terlihat baris gigi kecilnya. "Ye ke, umi? Jadi, setiap masa boleh la kita doa kat Allah eh?"
"Em, betul. Allah selalu ada untuk kita. Anytime we want, and anywhere we are, He is there,"
Si anak melakar senyuman lebar. Menghela nafas panjang dan menutup matanya.
"Umi, can I ask you something?" soal Muaz.
"Anything, dear,"
"I'm really sorry if this hurts you, but I just want to know. Umm, do you miss Azam?"
Giliran si ibu pula menarik nafas panjang. "I do. Everyday. But now that you know about him, I can really accept that this is what Allah has meant for us. To cherish what has passed so that we understand the good in everything Allah has planned for us. Do you understand me?"
Si anak mengangguk. "I'm so glad alhamdulillah. Will you cry if I go too someday?"
Si ibu terdiam. Matanya mencari anak mata si kecil. Fikiran ligat mencari jawapan bagi soalan menduga dari si anak..

to be continued
insyaAllah..
| Prev | | Next |
Comments