Skip to main content

Our Trip *geli hati*

bismillah.

hari ni, tiba-tiba teringat satu kisah. perjalanan bersama buah hati-buah hati tersayang. sebenarnya dah lama nak post pasal hari gemilang ni. tapi ada je halangannya. so, today is the day. the day we recall that very gleeful day *teehee*

so, one time, saya dan kawan-kawan saya, Cik Lili, Cik Izah, Cik Nana, Cik Zila dan Cik Syasya pergi program kat Setenyeh. Seronok jumpa kawan-kawan. Kawan baru. Setenyeh tu macam sejam jugaklah dari kolej kami. Bila program tu dah habis, kak Yaya yang selalunya hantar kami ke mana-mana sahaja kami mahu (ehem) tiba-tiba bagitau..
akak tak dapat hantar korang balik la kali ni. akak ada meeting
say whattttt? habis kitorang nak balik naik ape ni? *sad face*
  
eh, korang bawak kereta akak dulu. nanti bila akak singgah kolej korang, akak amik balik kereta tu. ok tak?

< klik 'read more' eh untuk baca lanjut. cerita panjang ni >






fuhh~ seolah-olah kak Yaya tahu jeritan batinku. dia dah plan siap-siap dah untuk kitorang rupenya. jadi kitorang pun tak mahulah susahkan kak Yaya, kami pun setuju. (masa untuk sengih kerang busuk bak kata cik Nana) 

eheh. maka mereka dengan bersepakat melantik saya sebagai cik tukang drebar. boleh tak bayang kereta proton isjuara itu disumbat dengan 6 gadis? kasihan yang duduk di belakang ye.
(cik Lili, cik Izah, cik Zila dan cik Syasya) :P

tak seorang pun dari kami yang tahu selok belok laluan kat Setenyeh tu. yang menjadi navigator kami hari itu hanyalah memori kabur saat kami mula-mula datang juga hati yang cuba ditenangkan. masing-masing pasrah kepada Allah sahaja. lagi-lagi bila ada drebar gila yang bawak kereta. *heheh*


oh ya. masa kami mula-mula dapat amanah untuk drive kereta kak Yaya tu, dia ada pesan tentang arah jalan. tapi rasanya masa tu takde orang yang faham kot. kami sekadar mengangguk. kak Yaya juga cakap,
hah, akak rasa minyak tu cukup untuk korang balik insyaAllah
tapi bila start kereta, meter minyak lagi 0.1cm mencecah paras E, dan lampu merah tanda 'minyak dah nak habis' tu pun menyala. yang saya perasan, stesen minyak terdekat ialah.. em.. JAUH LAGI! sebab nak datang sini guna highway. mana ada banyak stesen minyak kan? ayoyoo~

hati sudah panik tapi digagahkan jua demi penumpang yang sudi pertaruhkan harapan kepada drebar gila ini. fuh-fuh.
bila keluar di simpang, saya bertanyakan kepada cik Nana, (sebab dia co-driver saya)

saya : nak belok mana eh?
cik Nana : kanan

errk. kanan? rasanya semalam kitorang datang dari kiri. tapi tu saya cakap dalam hati jelah. sebab saya bukan pakar bab ingat jalan. kami pun membelok ke kanan. dan perjalanan diteruskan hinggalah kami terlihat lorong yang kami lalui semakin mengecil


ohh hati kian berdebar. makin kami lalu, kami perasan yang kami menaiki altitud yang lebih tinggi. 'i don't remember us climbing a hill getting here,' still. i'm talking to myself. tiba-tiba cik Izah menyuarakannya. same thoughts!

masing-masing terdiam. kemudian saya bersuara,

saya : em, guys. sebenarnya minyak ni tak cukup untuk kita sesat. lampu ni dah menyala dari tadi. so, doa-doalah minyak ni cukup at least sampai kita jumpa stesen minyak.

diam lagi.

laluan semakin mencabar. bukit makin curam, dan gear 2 tak boleh guna kat bukit pulak. balancing fail! (bahasa driver) dan makin ke dalam kami lalu, kami menjumpai ladang sawit dan ladang getah.

saya : em, sebenarnya betul ke korang datang dari arah ni?
cik Nana : em, sebenarnya dari tadi lagi aku rasa dah salah jalan. (gelak nakal)

semua gelak sekali. then dengan positifnya saya berkata,

saya : takpelah. kita cuba jalan ni. banyak kereta ni. this must leads somewhere kan?

semua mengangguk perlahan. ada yang menyokong sayu. dan saya terus memandu.

bila makin lama makin curam, kami pun naik seram.

mereka : eh, Nen, rasanya lebih baik kita u-turn. macam pelik je kat atas ni. tinggi sangat. tak mungkinlah.
saya : aku dah rasa dari tadi dah (gelak)
cik Lili : entah-entah kita dah nak sampai dah ke jalan keluar kan? entah-entah kat atas tu jalannya.

erk. tapi saya tetap pusing jugak. saya mintak tolong cik Nana keluar kejap, budget jarak sebab lorong tu agak sempit. tiba-tiba ada dua, tiga kereta berderet lalu. kereta mewah. saya turunkan tingkap,

kami (yang dalam kereta) : cik Nana, cuba tanya jalan kat diorang. mana tahu dorang boleh tolong ke.

cik Nana bagi thumbs up. dia pun melambai-lambai ke arah kereta tu. tapi apa yang dia dapat hanyalah renungan tajam dari orang dalam kereta mewah tu. kami semua dah takut dan menjerit-jerit suruh cik Nana masuk balik dalam kereta. bila kereta dah ready untuk turun, tiba-tiba cik Lili bersuara,

cik Lili : nampak tak tulisan ape kat pondok kat atas tu?

empat orang kat belakang semua tengok balik tulisan kat pondok tu

cik Zila : ape dia eja tu? dato' naga?

semua orang terkedu. saya pun ape lagi, segeralah memecut turun bukit tu. apahal pulak dato' naga buat pondok scary atas bukit ni? aduhh~ yang datang naik pulak semua muka cina. entah dato' naga tu represent apa pun kami tak tahu. sekadar membuat andaian je dalam hati masing-masing.

nak dipendekkan cerita, kami dapat juga jumpa highway yang dicari. semua dah teruja. tiba-tiba lalu jalan kampung tanpa signboard. uwaa~ seolah-olah segalanya datang bertubi. heheh
okay. relax. chill.

perjalanan diteruskan.

saya : ikut jalan ni.
mereka : eh, bukan. jalan ni lah.
saya : tapi sign board kecik tu tulis..
mereka : sukatilah. trylah.

dan kami tersilap jalan. again.
'ape yang aku buat ni?'
maka kami pun u-turn lah lagi. jalan tu kiri kanan semak. bila nak u-turn tu, sikittttt lagi nak masuk semak tu. masa mula-mula nak u-turn, line clear. tiba-tiba masa kereta stuck tengah jalan tu lah banyak kereta. mahu tak gabra? panik! kereta itu secara zahirnya berada melintang atas jalan raya tu!

kereta terdekat dengan kitorang dipandu oleh seorang pakcik. dia bagi signal untuk saya settlekan u-turn saya tu. saya pun dengan penuh malu membuat u-turn penuh. saya cakap kat kawan-kawan,

saya : haha malunya. nanti kita angkat tangan sama-sama eh kat pakcik tu.
mereka : ok

but when the time comes untuk kami angkat tangan, mereka beramai-ramai menundukkan kepala seolah-olah hanya saya seorang yang berada dalam kereta tu. dan hanya saya seorang yang mengangkat tangan.
aku seperti zombie sudah.

dalam perjalanan balik, semua orang tidur kecuali cik Nana yang setia menemani saya. tiba-tiba sampai kat satu selekoh, dia nampak seekor ayam.

cik Nana : eh, sedara Islam kita! (sambil menunjuk ke arah ayam tadi)
saya : (dalam hati) what??

selang beberapa ketika..

cik Nana : (sambil turunkan tingkap) HAIIIIIIIIII!
saya : eh, kau hai kat sapa tu?
cik Nana : tu! kambing! penuh satu kandang!
saya : (dalam hati) ohh~ patutlah berbau tadi

comel kan cik Nana ni?

tiada apa yang berjalan seperti yang dirancang. akhirnya saya akur dengan arahan mereka, dan kami bisa kok ketemu jalan pulang. akhirnya! alhamdulillah! sepertinya mau aja kusujud dan cium pada jalan tar KTT itu yah
(kenapa pulak boleh jadi minah indon celup ni?)

balik-balik sahaja, cik Nana dah nekad nak cuci kereta kak Yaya inside out. dan kami pun bergotong-royong sambil sesuka hati sahaja menggeledah kereta kak Yaya. menyanyi riang setelah baca mathurat sama-sama. bila kereta kak Yaya siap dibasuh..


JENG JENG JENG


nampak lebih hensem. tak gitu?
hari itu penuh dengan gelak ketawa. i hope i can still have that in many moments to come, God willing.

  • watak, jenis kereta dan lokasi terpaksa disamarkan atas nasihat si mangsa yang terlibat dalam kejadian ini
  • ok at the end, kereta proton itu taklah bertukar menjadi kereta garang berkilat-kilat itu
  • perjalanan jauh dan penuh liku itulah yang mengajar kita lebih mengenali teman-teman kita. tak gitu?
  • ini kali ke entah berapa saya tiba-tiba dipilih menjadi drebar. nampaknya kena bawak lesen ke mana sahaja lah ye? (yes. semasa kejadian saya tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri pun) KEEP THAT ONE A SECRET hehe

i love you all
forever and always insyaAllah.
yang khilaf itu milikku.



Comments

Aku Normal said…
heyyyy i cant stop laughing. nak meletup perott. this is an awesome trip inshaAllah nak pergi lagi !! sbnrnya dah lupa pon pasal ayam n kambing tu !! woiii takde lesen ke sbnrnya ??!!!
Anonymous said…
cm dpt agak je...kerete n kk yaya?

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...