Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2012

Dan Aku Belum Pernah Kecewa

bismillah. Alhamdulillah, telah 5 hari Ramadhan datang bertandang. Para pembaca (kalau ada *ehem* ) macam mana puasa setakat ni? I'd love to read what you've been through :) Hari ni kolej mula program tadarus alQuran. Entahlah, nak komen pun rasa tak layak, tapi saaaangat bersyukur masih ada program macam ni. Nanti entah-entah makin tua, takde siapa dah nak pimpin program macam ni. *boo hoo* Masa tadabbur terserempak dengan ayat Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu Ya Tuhanku" [Maryam, 19:9] Entahlah. Seolah-olah ayat ni berbisik kepada saya, 'saya tak boleh penat berdoa!' Dalam ayat ni, ditafsirkan tentang nabi Zakaria. Tengok. Nabi pun tak putus-putus berdoa kat Allah. Tak pernah penat meminta. Tak pernah kecewa dalam berdoa Tengoklah nabi Zakaria dah tua dah haa~ beruban. Tapi saya sangat terasa dengan ayat dia ...

Berbuka Dengan Cornflakes

bismillah. dah beberapa post dah asyik bermain kata *ehek* hari ni nak cerita sikit tentang Ramadhan lah (sila beri standing O ye) Ramadhan..Ramadhan..Ramadhan.. Setiap tahun kita nantikan, tapi APA sebenarnya yang kita tunggu tu? Tunggu untuk puasa? Tunggu untuk say bye-bye kat Mak Cik Pon? (baca: Pontianak) Tunggu untuk SALE besar menjelang Syawal? APA? Apa? Kita tahu tak makna sebenar puasa? Mungkin ramai akan jawab puasa ni untuk dekatkan kita dengan Allah nak jaga body emm, kita nak rasa penderitaan orang yang kurang bernasib baik kot. kan? entah. hehe. orang Islam puasa, aku pun puasa la sebab aku Islam whoa! em, tak tahulah ade ke tak yang akan jawab macam ni, tapi zaman doluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu memang ada antara yang di atas tu jawapan saya. T.T Kalau kita tengokkan Quran tu, (sila buka ya untuk referens. jangan biar berhabuk je *pffttt* ) cuba bukak page 28. Nampak ayat 23? Heheiii Allah kata 'berpuasa seperti kaum terdahulu' ...

Jangan Kau Benci

dupp..dapp.. perlahan dan akhirnya terhenti seketika mata berkaca tapi ditahan jua kenapa duka ini terus menduga? bisik jiwa yang sedang dalam perang 'katakan tidak! katakan jangan!' tapi lidah tak mampu kerana ada hati yang mengharap jangan bawa aku ke atas sana aku tak mampu berdiri kaki ini akan membawa aku jatuh jua nanti jangan pujuk aku untuk ke sana aku tak mampu kendiri hati ini sering goyah merangkak jangan biarkan aku di hadapan aku belum kuat berjuang saat hati malas berperang langkah akan kaku termangu pujuk rayu dan dukungan mampukah aku jalaninya lagi? hidup dalam kuku besi tapi masih berdiam diri aku tak mampu bangkit ke atas tapi aku bisa andai kau bersama aku belum mampu untuk ke sana tapi mungkin mapan andai kau ada bersama aku tak bisa berdiri di hadapan tapi mungkin mampu andai kau sudi di belakang aku tak mahukan perjuangan satu kepala aku mahukan perjuangan satu jiwa aku bukan insan tanpa cela penuh duka dan mazmu...

Secebis Dari Apa Yang Ada

resah goyah seperti selalu melangkah lagi dan jatuh kembali menangis penat menapak pergi mencari yang tak pasti dan aku kembali sendiri dalam jalan kembara penuh duri gelintar mana pergi duhai hati peluh menitik tanpa henti sinar mentari garang tanpa belas dan air mata ini jatuh lagi terduduk aku di tepian mengharap entah siapa punya ehsan agar aku dapat lari dari sepi jalan ini begitu kosong suram dan kelam tanpa cahaya dan aku buntu 'ke mana lagi harus kubawa langkah ini?' langkah longlai dahagakan petunjuk yang dapat bawaku pulang pulang ke kampung yang dirindu terbaring kaku tanpa arah tuju mata terus basah dengan air mata tanpa aku sedar aku kembali berdiri ada aura yang menarik aku dan aku terus berlari payah tapi ku gagahi jua jalan di hadapan dilimpahi cahaya suram tapi mataku kejap pada duri yang menanti aku tak mampu berhenti kerana ayunan ini makin deras memaksa aku lupakan sepi yang dulu ...

Encik Perokok

bismillah. hari tu saya dan buah hati saya pergi ke XX untuk uruskan satu hal ni *fuyohh busynyee* lepas dah settle, kami bergerak ke klinik haiwan. kenapa? sebab buah hati saya semua dah jadi mak angkat sorang anak kucing kat kolej tu. ya, seorang. sebab semua layan dia macam anak sendiri. nak tau nama dia? namanya.. ZAHRAH ! mana taknye kitorang anggap dia macam manusia? macam anak sendiri? ngehngeh *mak zahrah, kalau saya salah eja nama minta ampun ya? kesian zahrah. dia terpaksa berpuasa sebab stok susu dia dah habis. *sobsob*  sesampainya kat klinik haiwan tu, dua orang buah hati saya, meninggalkan saya dan sorang buah hati saya dalam kereta. kami berbual sebentar. tiba-tiba, buah hati : lahhh saya tak nampak dia punya rokok tu. ingatkan dia baca paper je (sambil menunjuk kat sorang lelaki kat tepi klinik tu) saya          : eh, ha'ah la. pandai dia sorok. buah hati : tulah. saya pun nampak sebab dia buat asap rokok macam 'r...

I Love You #1

aku kenali dia dari senyuman penuh tarikannya menawan tapi penuh mesra mencari titik pemula penuh payah kerana aku cuma yang biasa-biasa dia ceria dia penyayang dia seindah mata yang memandang butir bicaranya penuh nasihat tumpahnya kasih menyinar segala gerak gerinya penuh tertib tanpa lelah mendidik anaknya dia yang mesra dia yang sentiasa 'ada' dia mahu menyelami jiwa kotor remaja dan dia sudi menjernihkannya dia yang sentiasa berada dekat di hati tutur kata penuh doa dari hati suci dia ibu muda penuh dedikasi mahukan anak-anaknya tak sesat mencari dia marahkan anak-anaknya kerana kasih dia didik anak-anaknya kerana sayang tinggi budinya mencintai Dia tulus hatinya tak dapat dibayang dialah yang dekatkan aku dengan cintaNya dialah yang mendidik aku untuk cemerlang juga  pada akhlak dan perilaku dialah yang teguh berdiri dan berdamping memberi sokongan pada yang perlu dia cuma berbicara denganku sekali-sekala namun detik itulah y...

Anda Gagal

bismillah. pernahkah kita terfikir saat kita menjejakkan kaki ke sekolah tarbiyyah ini kita akan gagal? sebenarnya apa tujuan asal sekolah ni ditubuhkan? dan mengapa kita join sekolah ni? sekolah tarbiyyah bukan sekolah untuk bermain-main. takde toleransi dengan drop-outs. *ye ke?* tarbiyyah itu mendidik. tarbiyyah juga menggerakkan. menggerakkan jiwa yang dulunya mati, yang dulunya jauh dari Allah, ke jalan yang lebih dekat kepadaNya. maka saat seorang pelajar sekolah ini menganggap ini suatu perkara main-main, matlamat sekolah itu sebenarnya belum tercapai. sekolah tarbiyyah dipimpin oleh guru-guru berwibawa. guru yang dipanggil murabbi. mereka antara orang yang serius membaiki diri, serta serius membentuk anak-anak muda. *sila jangan baca dengan terlampau serius ye* tarbiyyah itu mendidik anak-anaknya menuju SATU matlamat. ALLAH maka terzahirlah tindakan penuh hikmah dalam membawa jiwa muda kepada Rabb yang Satu. bukan jalan mudah, bukan juga langkah y...

I Used To

i used to be a bad kid a very bad one and i'm quite good at it i grew to become a monster and i blame it all on my rough childhood i thought that was what life is about power anger but one day i had enough and i tried to be better when i was bad i had friends with benefits when i became better i had 'just friends' as i got into high school i wanna be better than this i know i can and as i try the more friends i lose until i became alone then it hit me it hit me hard i can't trust anybody no one can make me happy except for myself i used to walk alone eat alone dream alone and all those loneliness became my best friend then it brought me to someone someone who is with me now and then it led me to ALLAH i was on the edge when He found me He saved me from falling He loved me unconditionally and i've been in love ever since Allah i used to blame everything for what went wrong ...