aku kenali dia dari senyuman penuh tarikannya
menawan tapi penuh mesra
mencari titik pemula penuh payah
kerana aku cuma yang biasa-biasa
dia ceria
dia penyayang
dia seindah mata yang memandang
butir bicaranya penuh nasihat
tumpahnya kasih menyinar segala
gerak gerinya penuh tertib
tanpa lelah mendidik anaknya
dia yang mesra
dia yang sentiasa 'ada'
dia mahu menyelami jiwa kotor remaja
dan dia sudi menjernihkannya
dia yang sentiasa berada dekat di hati
tutur kata penuh doa dari hati suci
dia ibu muda penuh dedikasi
mahukan anak-anaknya tak sesat mencari
menawan tapi penuh mesra
mencari titik pemula penuh payah
kerana aku cuma yang biasa-biasa
dia ceria
dia penyayang
dia seindah mata yang memandang
butir bicaranya penuh nasihat
tumpahnya kasih menyinar segala
gerak gerinya penuh tertib
tanpa lelah mendidik anaknya
dia yang mesra
dia yang sentiasa 'ada'
dia mahu menyelami jiwa kotor remaja
dan dia sudi menjernihkannya
dia yang sentiasa berada dekat di hati
tutur kata penuh doa dari hati suci
dia ibu muda penuh dedikasi
mahukan anak-anaknya tak sesat mencari
dia marahkan anak-anaknya kerana kasih
dia didik anak-anaknya kerana sayang
tinggi budinya mencintai Dia
tulus hatinya tak dapat dibayang
dialah yang dekatkan aku dengan cintaNya
dialah yang mendidik aku untuk cemerlang juga pada akhlak dan perilaku
dialah yang teguh berdiri dan berdamping
memberi sokongan pada yang perlu
dia cuma berbicara denganku sekali-sekala
namun detik itulah yang paling bermakna
dia mungkin tak tahu rasa cintaku
tapi biar kerajaan langit tahu agar Dia kirimkan doaku buatnya
dialah guruku
dialah guruku
dialah guruku
dan tak kira berapa kali aku berbicara
cinta ini takkan surut
selama Allah masih beri izin
ingatan ini takkan pernah luput
terima kasih, Noor Saadah Abdullah
for the wise and patient gestures
for the time and constant efforts
she's the lady in pink :) |
- selamat hari lahir tcheer
- ni bukan tipu punyaaaaa
Comments