Skip to main content

Anda Gagal

bismillah.

pernahkah kita terfikir saat kita menjejakkan kaki ke sekolah tarbiyyah ini kita akan gagal? sebenarnya apa tujuan asal sekolah ni ditubuhkan? dan mengapa kita join sekolah ni?

sekolah tarbiyyah bukan sekolah untuk bermain-main. takde toleransi dengan drop-outs.

*ye ke?*

tarbiyyah itu mendidik. tarbiyyah juga menggerakkan. menggerakkan jiwa yang dulunya mati, yang dulunya jauh dari Allah, ke jalan yang lebih dekat kepadaNya. maka saat seorang pelajar sekolah ini menganggap ini suatu perkara main-main, matlamat sekolah itu sebenarnya belum tercapai.

sekolah tarbiyyah dipimpin oleh guru-guru berwibawa. guru yang dipanggil murabbi. mereka antara orang yang serius membaiki diri, serta serius membentuk anak-anak muda. *sila jangan baca dengan terlampau serius ye*

tarbiyyah itu mendidik anak-anaknya menuju SATU matlamat.

ALLAH

maka terzahirlah tindakan penuh hikmah dalam membawa jiwa muda kepada Rabb yang Satu. bukan jalan mudah, bukan juga langkah yang mustahil. tapi semuanya diusahakan jua, demi impian melihat Islam kembali menjadi tunjang ummah.

sekolah ini tidak punya jaminan. selama mana anak itu bermujahadah dalam usahanya mencari Allah, insyaAllah, insyaAllah, insyaAllah dia akan berjaya melangkah kepadaNya. andainya anak itu sekadar bermain-main, natijahnya?

tarbiyyah yang membina jiwa itu adalah tarbiyyah yang menzahirkan perubahan. sama ada fizikal, emosi, rohani, sosial maupun inteleknya. semuanya menjadikan Allah sebagai paksi tindakan.

itu perjalanan tarbiyyah sebenar

kerana kita hanya manusia. yang dulu pernah sesat mencari jalan pulang. tarbiyyah menjadi pendidik terhebat kala kita buntu mencari Dia. saat hati berpaut teguh bersama Ilahi, maka tiada apa yang dapat tumbangkannya. tiada apa yang dapat menyesatkannya kembali.

maka bingkisan ini berputar ke persoalan baru,

bagaimana boleh gagal dalam tarbiyyah?

mungkin coretan ini tiada maknanya. tapi ada yang memukul benak saya hari ini. sakit dan pedih namun terpaksa jua ditelan. kerana hakikat akan kekal hakikat.

tarbiyyah yang berjaya akan menyaksikan anak-anaknya berani bangkit berjuang, hanya kerana Allah. kerana dia tahu dia tak perlu membuktikan apa-apa pada sesiapa pun, hatta kepada pemimpinnya sendiri. kerana dia tahu penilai dirinya adalah Rabbnya. maka bila Allahlah matlamatnya, maka tiada apa lagi yang harus difikirkannya melainkan untuk mencari redhaNya, hatta terpaksa bergadai nyawa sekalipun.

kerana Allah tidak mensiakan umatNya

atas janji suciNya inilah, anak-anak tarbiyyah tidak gentar hadapi cubaan demi cubaan. kerana Allah melihatnya. dia mahu sentiasa cantik dalam pandanganNya. kerana itu dia tidak melakukan perkara bodoh yang akan menjadikannya buruk di mata Tuhannya.

bila makin dekat anak-anaknya dengan Rabbnya, kerana penuh rasa cinta Allah menguji hambaNya. Allah mahu uji kebergantungan padaNya, kerna Dia tahu, cinta buatNya bukan cinta main-main. andainya anak tarbiyyah itu tahu betapa Tuhannya merinduinya, maka akan diserahkan segalanya buatNya. maka tidak akan ada tangisan kecewa 'mengapa itu..' dan 'mengapa ini...'

Allah cintakan kita. Allah cintakan kita. Allah cintakan kita.

cinta tulus tidak membutakan. tapi ia bisa membutakan andai cinta itu terpesong kepada yang bukan diriNya.

makin besar ujiannya, makin kuat dirasakannya, maka dia merasa tiada perlu melihat komentar manusia lain. rasa hebat menerjah diri. hingga diri lupa matlamat sebenar mahu ke sekolah ini.

bila ego dan riya' membungkam dalam hati, maka di situ bermula masalah pertama.

kerana pusat cinta itu sendiri ada pada hati.

kiranya hati itu rosak, ke mana pula letaknya cinta itu?

andai hak cinta itu meresap ke dalam hati, maka kita telah zalimi rasa cinta itu.

dan cinta terus menghilang

ia akan terus menghilang andai fitnah syaitan terus mengasak jiwa. kita mahu berubah, tapi sering ditolak kembali ke pangkal. mengecewakan, tapi itulah jihad terbesar yang perlu dilalui dalam usaha mandiri menjadi muslim sejati.

bila mana kita rasa selesa dengan perasaan 'aku sudah dekat dengan Allah..' dan 'aku sudah tahu banyak..' maka tarbiyyah itu telah gagal membentuk mujahadah dirinya. ego takkan membenarkan tuannya menghuni syurga. maka buang ego itu. buang sejauhnya. ia bukan milik hati yang mencintai Rabb. bukan.

bila ego dan perasaan ini terus merajai jiwa, kita bisa leka dan hilang kawalan. kita lupa siapa sebenarnya kita. dan kita jadi terlampau selesa, hingga buta dengan silap sendiri. saat kita mula hilang percaya sesama manusia, maka ketahuilah..

KITA GAGAL

kita gagal menjadi umat yang Allah cintai. kita gagal menjadi raja kepada diri. dan kita gagal menjadi daie yang boleh dipercayai.

kita gagal.

kita gagal.

kita gagal.


hari ini saya menangis, kerana persoalan yang selama ini mencucuk jiwa saya terjawab sedikit. dan saya kecewa dengan diri saya. saya gagal menjadi muslim yang Allah mahukan. saya dibutakan dek ego yang menggunung tinggi. saya lupakan tanggungjawab sebenar saya.

Islam tidak mengajar umatnya untuk double-standard. sedangkan saya hidup melihat ketidakadilan berkecamuk, dan saya berazam untuk tidak melakukannya pada orang lain, tapi saya lakukannya jua.

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak engkau kerjakan?
Itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan
[61:2-3]

Islam tidak mengajar umatnya untuk memilih sahabat. kerana setiap orang serupa. setara. sekufu. yang beda hanyalah taqwanya. dan itu hanya dalam pengetahuan Allah.

maka apa hak saya untuk menghukum orang semahunya?!

saya marahkan diri saya kerana leka. kerana membiarkan syaitan membusung dalam jiwa. ya, saya kembali salahkan syaitan. kerana dulu kami bersahabat. kini saya terpaksa khianatinya.

kerana cinta saya kepada Allah menjangkau capaian hubungan kami

hari ini, tarbiyyah datang dari sorang buah hati yang telah lama saya rindui, namun tak pernah cuba dekati kerana sibuk melayan diri yang tak mahu mengganggu orang. terima kasih! terima kasih! terima kasih!

terima kasih Allah kerana menghantar dia kepadaku. andai tidak, maka saya akan terus buta.

Islam mengajar umatnya untuk peka, bukan perasan. Andai muslim itu peka, maka daktil batilnya akan giat bekerja mencari jalan memperbaiki diri dan ummah. Andai muslim itu perasan, maka jiwanya akan terus berkecamuk dengan firasat entah hape-hape dan terus memakan diri.

carilah Islam yang sebenar. maka akan kau temui Allah padanya.
andai kamu mengenali Allah, maka kamu mengenali siapa kamu sebenarnya.




yang khilaf itu milikku.

Comments

Popular posts from this blog

The Results are OUT!

bismillah. It's a wonderful day. Today is the day I get my A-Level results. Yippie!   It is however, due to my psychicness, that I won't carve a smile on my parents face. Had that feeling in my gut since July. It's a feeling of, discomfort. And nothing can shake it off. I'd like to say a lot here. About what happened to me since that particular July. But I'd end up whining things I shouldn't. Better save it for someone better to listen to. And to not-my-surprise, my results were under par. And I am not sad. At all. Well, maybe a little, but no mental breakdown whatsoever. This, however, never happened to me. I never went into an exam, and NOT pass. Never. Not the UPSR. Not PMR. Not SPM. *not trying to boast here* And this is the first. And I gotta tell ya. It doesn't hurt so bad. I've seen many of my friends went nuts and cry a lot after their results didn't come out as good as others. And I didn't know what to do, th...

Something Worth Promoting

bismillah. Hello! Hello! Buat adik-adik lepasan SPM 2011, adik-adik daftar ke mana lepas ni? Ni haa~ akak nak promote ni. Once in a lifetime chance. I want to promote to you.. KOLEJ TEKNOLOGI TIMUR! Well, people say we can't judge a book by its cover kan? So, akak tak maulah tayang wajah sebenar KTT Sepang ni. *hehe Kolej ni adalah antara kolej terkecil kat Malaysia. (kot) everything is in two blocks of shop houses. Can you imagine that? All the halls and libraries and musolla and the cafes and the staffrooms. Even our houses! One thing that awes me the most when I first came here is the way everything was planned to work. It's hard to imagine the way they first planned to place this and that in that small area. But it totally worked out! AWESOMEEE! A lot is going on while you're in KTT. We have activities like normal colleges do, but in a smaller scale (i guess) Yeah, it's easy to live here. You can't easily fly anywhere without a tra...

Take Me Back.

bismillah. It's been a while since I've been here. I didn't feel worthy enough to write again. But I promised myself that I won't quit. I browsed through my old facebook notes. And this is a particularly sad one, because I've been in the same circle for years, never learning my lesson. I am hoping by posting this, I myself am reminded. So, here goes. " Take Me Back " 28 September 2012 at 00:44 I'm walking into this room again. It's half full, but I am so alone. I can almost hear my heart thumping, as I tried so hard to hide how its beats were playing the notes I don't want people to ever hear. Fear. I'm scared to face you again here. The place where solace was so near, I could dream forever. I'm scared, because it has been long. I have been constantly leaving you. Giving excuses to myself, that by leaving I was actually finding myself. Lie. A big fat lie. The world has put a big blob of dis...