bismillah.
Alhamdulillah, telah 5 hari Ramadhan datang bertandang. Para pembaca (kalau ada *ehem* ) macam mana puasa setakat ni? I'd love to read what you've been through :)
Hari ni kolej mula program tadarus alQuran. Entahlah, nak komen pun rasa tak layak, tapi saaaangat bersyukur masih ada program macam ni. Nanti entah-entah makin tua, takde siapa dah nak pimpin program macam ni. *boo hoo*
Masa tadabbur terserempak dengan ayat
Dia (Zakaria) berkata,
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku telah lemah
dan kepalaku telah dipenuhi uban,
dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu
Ya Tuhanku"
[Maryam, 19:9]
Entahlah. Seolah-olah ayat ni berbisik kepada saya, 'saya tak boleh penat berdoa!'
Dalam ayat ni, ditafsirkan tentang nabi Zakaria. Tengok. Nabi pun tak putus-putus berdoa kat Allah. Tak pernah penat meminta. Tak pernah kecewa dalam berdoa
Tengoklah nabi Zakaria dah tua dah haa~ beruban. Tapi saya sangat terasa dengan ayat dia 'aku belum pernah kecewa berdoa kepadaMu'
Lepas habis jemaah Asar, sempat bersembang dengan sorang kawan. Mula-mula berborak dengan dia je, alih-alih ramai pulak yang datang sekali. Dia sempat cerita betapa dia struggle untuk keep on track dengan usaha dia memahami agama.
Dan saya teringatkan ayat surah Maryam tu.
Peringatan hari ni datang dua kali. Saat bertadabbur, dan saat berbual dengan dia. Maka saya yakin, perkara ini penting untuk saya.
Allah akan menyentuh hati hambaNya dengan bermacam-macam cara. Kita jatuh, bangun, kecewa, berdiri semula dan tergolek lagi. Lumrah.
Buat kita yang tak faham dengan takdir, kita akan terus persoalkan
Kenapa Allah zalim kat aku?
aku kan baik. Kenapa teruji sampai macam ni?
ahh~ buat apa aku nak cuba jadi baik. Allah dah takdirkan aku jahat
Sedih.
Tapi akan ada je manusia yang berfikiran macam ni. (sebab saya pun macam ni dulu T.T )
Kita takkan pernah tahu apa takdir kita. Siapa kita untuk kata kita ditakdirkan jahat? Siapa kata kita ditakdirkan untuk selalu gagal?
Semalam saya sempat berdating dengan buah hati saya. (the best thing about Ramadhan is that Allah is always with you when you are dating) STRICTLY GIRL-TO-GIRL DATE okay? This is not an excuse for boyfriend and girlfriends to do the same.
Sebenarnya dia nak bersendirian. Tapi entahlah, maybe sebab lumrah saya suka menyibuk, maka saya pun duduklah dengan dia usai Isya. (sorry wak..)
Seronoknya duduk dengan dia, dia seorang yang sangat faham agama. Dia senang untuk berbicara, dan kita dapat lihat impak tarbiyyah dalam dirinya.
Anyways, semalam dia tadabbur surah asSaaffat. Saya sempat menyibuk masa dia dah sampai page 452. Dia meneliti Tafsir Fi Zhilal, dan Syed Qutb menjadi peneman kami malam semalam.
Dan sambil-sambil kami berbual tentang Syed Qutb. ada termasuk sikit surah alJinn. Jin kan dah ditakdirkan masuk neraka? Tapi ada jua yang masuk islam, beriman dengan Allah dan akhirnya masuk ke syurga.
Hadis Imam Nawawi no 4 pun kata, sekalipun orang itu beramal dengan amalan ahli syurga, namun takdir mendahuluinya, maka dia masuk ke neraka. Begitulah sebaliknya.
Destiny is a funny thing. Kita tak tahu what's in store for us. Sebab tu usaha untuk sentiasa berada dalam rahmat Allah itu perlu. Dan salah satu usaha kita adalah dengan DOA.
Sedangkan Nabi Zakaria yang telah tua itu tak putus berdoa, Sedangkan Nabi Muhammad yang dijamin syurga itu pun tak putus berusaha untuk lebih baik. INIKAN PULA KITA?
Bersangka baiklah dengan Allah. Dia je yang tahu takdir kita. Jadikan Ramadhan ini langkah untuk kita lebih dekat dengan Allah, agar Dia redha dengan usaha kita mencariNya
#salam Ramadhan
====================================================================
Hari ini dia menangis lagi.
Awak, maafkan saya kerana tak sedar apa yang berlaku.
Maafkan saya, kerana terlampau sibuk berendam dalam air mata sendiri, saya terlepas pandang air mata awak yang turut jatuh berderai.
Maafkan saya.
Comments