Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Spotlight On Qurban

bismillah. Today, I went to drive my mom to the market. And, as we went there, I wasn't quick enough to trail after my mom. So, I got lost finding her. Best way, I thought, is to just stand still and let her find me. The way she used to do when I got lost at Masjid Jamek 14 years ago. And she found me. So, as I stand there waiting, right next to the butcher counter, I watched it all settle into place. And I was gobsmacked by every little thing that happened. I saw a male employee, constantly being scolded by 'Le Boss' in front of the customers. The others didn't turn to care, just wanting him to get the job done. I saw him being taunted, kicked, and bossed around non-stop. Like everything he did was wrong. It was also wrong for him to hone his knife. I can feel his frustration. Cause I've been there. I saw 'Le Boss', raising his voice up to scold his employees. I saw him kicking his employee in the butt just to make a statement. I saw hi...

Hilang

ketawa, tersenyum tanpa resah bahagianya terasa bagai tiada yang mendesah dulu kita menyanyi riang satu nada kini terasa bagai kita terpisah penuh beda apakah kita bersembunyi di sebalik nama ataukah menyendiri dalam jaga? bergerak ke hadapan dalam langkah yang sama tapi aku ke kanan, kau pula ke arah sana duhai teman, ke mana hilangnya ikatan kita? terputuskah ia dalam ghairah kita menjaga agama? kau dan aku, kini masih mampu duduk bersama namun sejujurnya, jurangnya tetap terasa mungkinkah salah aku selama ini menganggap berkuasa hingga jalan ini tampak makin menduga dari perjalanan suci mencari Yang Esa menjadi kembara sengit mengumpul manusia? bagai terpisah jauh dek jarak tapi hakikatnya kita dekat cuma setapak mungkin aku telah mencalarkan niat untuk bergerak hingga kabur mata akan matlamat semarak ampunkan aku duhai sahabat membina rasa janggal yang menjadi pengikat berikan masa aku runtuhkan ego dari belikat do'aku nanti kita akan ke...

Maafkan Aku, Sahabat Setia

bismillah. sepanjang hari semua rasa tak kena. hati bergetar hebat, tahan macam-macam perasaan yang beribut dalam dada. tenang! tenang please! hati merintih tapi tiada apa yang terkesan. menangis. petang, banyak sangat yang mengganggu. baru sahaja kelmarin aku luahkan beban dalam jiwa. ringan sedikit.  mungkin. tapi hari ni, ahh~ bagai ombak menghempas pantai. menderu hebat membelah tepian. dan aku kembali terluka. sesal menebal dalam diri. menangis lagi. entah ke berapa kali. puas melukis senyuman di wajah yang sudah pun basah dengan air mata. tapi mata tak bisa tipu. perit itu terbias juga. dan air mata berjurai lagi. menyesal. dan aku putuskan semuanya dengan manusia lain. putuskan urat simpati yang aku ikat dari untaian kata-kata dari bibirku. air mata terus jatuh. musnahlah kepercayaan. 'it didn't work. telling didn't work. i don't feel better. this has to stop.' ceritera aku kembali aku simpan dalam peti rahsia. rah...

Ayuh Menjadi Photon!

bismillah. Ni sekadar sesi revision untuk exam A2, dan untuk life. Feel free to indulge in my thoughts *err* Photoelectric Emission Eksperimen untuk photoelectric emission ni menggunakan apparatus namanya gold-leaf electroscope. Dalam electroscope ni, ada daun emas [baca: gold-leaf] yang bercas negatif. Disebabkan kedua-dua daun tu negatively-charged, maka ia repel each other. (Nampak tak daun tu macam tertolak sedikit antara satu dengan yang lain?) Jadi sekarang ni, eksperimen ni berjalan untuk membuang cas-cas negatif dalam electroscope ni. To do so, satu sinaran dari cahaya boleh nampak [baca: visible light] dipancarkan ke bahagian atas plate electroscope ni. TAPI, cahaya boleh nampak ni, tak mengeluarkan tenaga yang cukup untuk mengeluarkan cas negatif tu. Sekadar mampu buat cas negatif tu menari-nari sekeliling plate tu je (refer to excited electrons) Bergolek ke sana ke mari, tapi tak mampu untuk keluar dari plate tu. Jadi, kita masih tak capai ...

Buat Saudari yang Menyendiri

Malam yang begitu mendamaikan hati Aku lihat kau dari jauh, menyendiri Gelak, tawa dan geli hati Tapi kau masih di situ, cuba meneliti diri Mahu saja aku jerit dari sini, "Apa kau buat asyik salahkan diri?" Tapi bisakah kau dengar jeritan batin ini Sedang kau tenggelam dalam sepi? Begitu kau nilai diri kau Hingga buat hati kacau bilau Islam itu patutnya memukau Maka di mana Islam kau? Ukhuwwah itu mengajar mandiri Ukhuwwah itu mengajar kendiri Bukan dicipta untuk menyeksa diri atau alasan untuk bersendiri Dan aku di sini, menilai kembali Ke mana pergi Islam di hati? Kerana jika aku sahabat sejati Pasti tak ku biar kau terus begini Saudariku, Tahukah kau Islam itu menyatukan? Hidup bersama dalam ikatan Memegang erat dalam genggaman Jauh dari fitnah syaitan? Maka aku persoal kau kembali Kenapa mesti persoal diri? Ya, Islam mampu berdiri sendiri Tapi takkah kau mahu menyerah diri? Bedanya serah diri dan ser...

HanyaMu

teringin rasanya diri ini terbang mengorak langkah menjejak indahnya alam biarkan masa terhenti seketika buat aku rasai semuanya cantiknya hijaunya sucinya tak terzahir dengan kata-kata gahnya ciptaanMu yang terlakar atas kanvas dunia ini tanpa hitungan, tanpa tandingan. kini hujan turun menjadi tabir kesejukan malam dan aku di sini menanti si bulan menjelma di balik gugusan awan terhampar di langit malamMu bibir terus basah memujiMu hati kian tenang terkanangkanMu biar kesejukan ini menikam belulangku jiwa ini kan terus berdegup dalam DeenMu dalam nafasMu dengan izinMu .qalbus.saadah. 260911

Sesak

'Contengan Jalanan' Hlovate dicapai usai Maghrib. Telinga kiri disumbat dengan iPod, membetulkan volume ke tahap rendah. Tangan kiri menyelak halaman novel, ingin menyambung bacaan. Tangan kanan sibuk memegang garpu, nuget ayam panas terhidang atas pinggan. Terbiasa multitasking. Absorbing it all in. Sedang asyik lakukan semua dalam satu, seorang sahabat masuk. Sejak kebelakangan ni, dia selalu panggil aku 'emak'. Entah kenapa. Kuat membebel agaknya. "Emak, dah sembahyang belum? Ish.. malaslah tu nak solat," Dia bergurau manja. Aku faham, dah terbiasa. Sekadar gelak berbasa-basi. Dia baru saja pulang ke rumah. Aku kira tadi dia keluar berbuka puasa. Balik sahaja, dah ke hulu, ke hilir. Aku angkat kepala, menggeleng, dan menyambung bacaan. Tangan kanan masih ligat menyuap nuget ke dalam mulut. Hampir habis. Tiba-tiba dia bersuara lagi, "Mak ni, makan sorang je. Orang sibuk nak solat, mak makan..makan..makan," "Dahnya, anak-anak...

Sebenarnya Aku Rindu..

Semalam kau datang temui aku. Dengan lagak biasa, tersenyum penuh mesra. Hinggakan aku yang bermuram durja hilang rasa duka. Dengan alQuran di tangan, kau pinta bicara. Mungkin tidak kedengaran jeritan hatiku, "Aku juga mahu dengar kau berbicara." Tapi aku tahu, kau belum bersedia. Dan aku akan berikan kau masa. Kita duduk berdua, Quran masih di tangan. Duduk bersila, berhadapan. Kau senyum, dan kita berbalas pandangan. Dan sebenarnya aku perasan. Aku selalu fikirkan yang aku sendirian. Tapi kau selalu ada buat jadi teman. Dah lama juga aku sedar. Sebulan dua ni kau jadi tegar. Hadapi dugaan hebat tapi masih tersenyum di luar. Tidakkah kau tahu, aku rindukan kau yang dulu? Mungkin tak terzahir bedanya, tapi kehilangan itu tetap terasa. Usai aku berbicara, tanpa dipinta kau menyambung kata. Dalam hati aku melonjak gembira. "Akhirnya, masa telah tiba. Aku dapat dengar kau melantun kata. Penuh nasihat dan cinta." Terdiam beberapa ketika. Aku ke...