'Contengan Jalanan' Hlovate dicapai usai Maghrib. Telinga kiri disumbat dengan iPod, membetulkan volume ke tahap rendah. Tangan kiri menyelak halaman novel, ingin menyambung bacaan. Tangan kanan sibuk memegang garpu, nuget ayam panas terhidang atas pinggan. Terbiasa multitasking. Absorbing it all in.
Sedang asyik lakukan semua dalam satu, seorang sahabat masuk. Sejak kebelakangan ni, dia selalu panggil aku 'emak'. Entah kenapa. Kuat membebel agaknya.
"Emak, dah sembahyang belum? Ish.. malaslah tu nak solat," Dia bergurau manja. Aku faham, dah terbiasa. Sekadar gelak berbasa-basi.
Dia baru saja pulang ke rumah. Aku kira tadi dia keluar berbuka puasa. Balik sahaja, dah ke hulu, ke hilir. Aku angkat kepala, menggeleng, dan menyambung bacaan. Tangan kanan masih ligat menyuap nuget ke dalam mulut. Hampir habis.
Tiba-tiba dia bersuara lagi, "Mak ni, makan sorang je. Orang sibuk nak solat, mak makan..makan..makan,"
"Dahnya, anak-anak mak pergi makan dulu, tinggal mak sorang. Terpaksalah mak makan sendirian," bidas aku. Nuget tinggal 3 ketul.
"Memang padan muka pun. Ni mesti emak pernah buat kat mak emak kan?" Dia berlalu pergi, dalam tawa.
Lagu Palestine Will Be Free-Maher Zain berlagu di telinga.
..no mother, no father, to wipe away my tears..
What? Mata terpaku ke halaman yang sedang dibaca, dan akhirnya novel ditutup dan diletakkan di sisi. Pinggan berisi nuget yang masih berbaki didekatkan.
'Pernah buat kat emak?'
Masih termenung, tapi tak tahu nak buat apa. Yet, the words still ring in my ears.
"ni mesti pernah buat kat mak emak kan?"
[klik 'Read More'. Ada lagi kot]
8.42 malam.
Duduk seorang di cafe, jus tembikai di tangan kiri. Telinga kiri masih bersumbat dengan earphone. Tangan kanan memegang pen, menulis nota pada kertas. Mata ligat mencari poin penting dalam artikel.
Hati berdebar. Kata-kata teman tadi terngiang-ngiang. Setelah menghabiskan air, langkah dihayun laju. Sudah terlambat untuk perjumpaan mingguan.
Membelek Quran, bulatan kecil itu terasa 'bernyawa.' Tiba-tiba ada yang bersuara,
"Dah call mak ke hari ni? Bila last call? Berapa kali biasa call mak?"
Teman halaqah berbual dengan bermacam-macam jawapan. Tapi aku terdiam sendiri.
Dada bagai sesak. Tangan menggeletar. Mulut terkunci rapat. Mata tertunduk.
Bukan aku malu, tapi.. entah. Setiap kali berdepan dengan isu ni, aku kelu.
Kerana aku dah terbiasa hidup, membesar cuba jadi mawar yang cantik. But always be the one washed up by the tides. And in the end, stranded on the beach. Alone. Wilting. Dying.
Dan aku terfikir lagi, sampai bila mahu biarkan dada ini sesak dengan soalan, tapi bertindak hanya bagai angin lalu?
Sampai bila?
Comments