Malam yang begitu mendamaikan hati
Aku lihat kau dari jauh, menyendiri
Gelak, tawa dan geli hati
Tapi kau masih di situ, cuba meneliti diri
Mahu saja aku jerit dari sini,
"Apa kau buat asyik salahkan diri?"
Tapi bisakah kau dengar jeritan batin ini
Sedang kau tenggelam dalam sepi?
Begitu kau nilai diri kau
Hingga buat hati kacau bilau
Islam itu patutnya memukau
Maka di mana Islam kau?
Ukhuwwah itu mengajar mandiri
Ukhuwwah itu mengajar kendiri
Bukan dicipta untuk menyeksa diri
atau alasan untuk bersendiri
Dan aku di sini, menilai kembali
Ke mana pergi Islam di hati?
Kerana jika aku sahabat sejati
Pasti tak ku biar kau terus begini
Saudariku,
Tahukah kau Islam itu menyatukan?
Hidup bersama dalam ikatan
Memegang erat dalam genggaman
Jauh dari fitnah syaitan?
Maka aku persoal kau kembali
Kenapa mesti persoal diri?
Ya, Islam mampu berdiri sendiri
Tapi takkah kau mahu menyerah diri?
Bedanya serah diri dan serah kalah
Adalah padanya bukan tentang mengalah
Tapi peritnya menuju mardhatillah
Kerana penghujung jalan ada Allah
Bicara ini bukanlah indah
Tapi hanya sebutir madah
Bukan untuk menuding yang salah
Tapi agar kau tak mudah pasrah
Tidak sempurna saff ini tanpa engkau
Tidak sempurna jalan ini tanpa duri dan ranjau
Maka berhentilah merasa tiada yang perlukan kau
Kerana ketahuilah, setiap permata itu berkilau
Comments