Semalam kau datang temui aku. Dengan lagak biasa, tersenyum penuh mesra. Hinggakan aku yang bermuram durja hilang rasa duka. Dengan alQuran di tangan, kau pinta bicara. Mungkin tidak kedengaran jeritan hatiku, "Aku juga mahu dengar kau berbicara." Tapi aku tahu, kau belum bersedia. Dan aku akan berikan kau masa.
Kita duduk berdua, Quran masih di tangan. Duduk bersila, berhadapan. Kau senyum, dan kita berbalas pandangan. Dan sebenarnya aku perasan. Aku selalu fikirkan yang aku sendirian. Tapi kau selalu ada buat jadi teman.
Dah lama juga aku sedar. Sebulan dua ni kau jadi tegar. Hadapi dugaan hebat tapi masih tersenyum di luar.
Tidakkah kau tahu, aku rindukan kau yang dulu?
Mungkin tak terzahir bedanya, tapi kehilangan itu tetap terasa.
Usai aku berbicara, tanpa dipinta kau menyambung kata. Dalam hati aku melonjak gembira. "Akhirnya, masa telah tiba. Aku dapat dengar kau melantun kata. Penuh nasihat dan cinta."
Terdiam beberapa ketika. Aku kelu sementara. Mungkinkah ini nyata?
Akhirnya kau mengundur langkah. Ada urusan menuntut perintah.
Saat aku melambai kau pergi di muka pintu, tidakkah kau nampak air mataku? Aku ingin memelukmu. Sudah begitu lama tidak begitu, dan aku jadi terlampau rindu. Tidakkah kau rasa gejolak hatiku, merayu meminta kau berpaling memelukku?
Ukhti, aku rindu bermesra denganmu seperti dulu. Tapi aku tergumam sendiri, malu.
Dosa banyak, nak rasa nikmat pulak?
Berat hati aku menutup pintu. Mencari kekuatan dari Yang Maha Satu.
"Ya Allah, kau yang pegang hatiku. Janganlah kau biar aku jauh dariMu. Biar satu dunia berpaling dariku. Asal bukan Kau yang begitu."
Comments