bismillah.
sepanjang hari semua rasa tak kena. hati bergetar hebat, tahan macam-macam perasaan yang beribut dalam dada.
tenang! tenang please!
hati merintih tapi tiada apa yang terkesan. menangis.
petang, banyak sangat yang mengganggu. baru sahaja kelmarin aku luahkan beban dalam jiwa. ringan sedikit.
mungkin.
tapi hari ni, ahh~ bagai ombak menghempas pantai. menderu hebat membelah tepian. dan aku kembali terluka. sesal menebal dalam diri.
menangis lagi. entah ke berapa kali. puas melukis senyuman di wajah yang sudah pun basah dengan air mata. tapi mata tak bisa tipu. perit itu terbias juga. dan air mata berjurai lagi.
menyesal.
dan aku putuskan semuanya dengan manusia lain. putuskan urat simpati yang aku ikat dari untaian kata-kata dari bibirku. air mata terus jatuh. musnahlah kepercayaan.
'it didn't work. telling didn't work. i don't feel better. this has to stop.'
ceritera aku kembali aku simpan dalam peti rahsia. rahsia kekal rahsia.
kerana rahsia itu, aku ketagih perhatian.
kerana rahsia itu, aku makin hilang keyakinan.
kerana rahsia itu, aku hilang diri sendiri.
siap mesej dihantar kepada yang selama ini cuba selami rahsia itu.
lega.
jemari mengigil. selesai sudah. air mata diseka.
[Read More? klik di bawah]
Malam. Sesi menangis.
Ke hulu, ke hilir. Mencari manusia untuk disalami. Mungkin yang terakhir. Mungkin yang pertama kali.
Seorang sahabat menanti aku. Riak wajahnya ada geram. Enggan berjumpaku, mahu berdua di saat akhir. Aku capai tangannya dan memeluknya.
Dia luahkan amarahnya kerana aku telah bersangka buruk. Kerana aku telah terlalu lama memendam rasa. Kerana aku tak berkongsi duka. Kerana mesej tadi. Kerana aku menjadi aku.
Dia luahkan kasih sayangnya. Dia luahkan air matanya. Dia peluk aku erat. Dia berkongsi perasaannya. Dan aku hanya terdiam.
Janganlah buat macam ni. Aku sayang kau kerana Allah.
Aku nak kau janji dengan aku.
Belajar rajin-rajin. Buat betul-betul exam ni.
Pastikan kau fly.
Kalau kau tak fly, siapa nak buat dakwah kat Czech Poland tu?
Terdiam.
Janji dengan aku?
Angguk.
Aku berlalu pergi. Dengan air mata, aku mendapatkan seorang lagi sahabat. Turut terkilan dengan mesej tadi. Dia juga meluahkan rasanya di bahuku.
Kau kenapa?
Jangan buat macam ni.
Aku tahu, kau selalu korbankan diri kau untuk orang lain.
Sepanjang aku hidup, aku tak pernah junpa orang macam kau.
Tak pernah.
Jangan jemu bawak aku ke arah kebaikan.
Jangan jemu.
Teruskan usaha dakwah kau tu.
Menangis lagi.
Tak sangka. Mereka faham. Mereka faham.
Dan selama ni aku dibutakan dengan masalah, aku tak nampak. Merekalah yang setia menyokong aku. Terima aku seadanya. Terus tersenyum dengan perangai aku.
Last night was my own little taghabun. I lost a piece of my ego, and I gained trust.
Last night was my own little taghabun. I lost a piece of my ego, and I gained trust.
Terima kasih sahabat setia. Dan maafkan aku, kerana dah terbiasa menjadi aku.
Moga kita bertemu juga nanti. Sama saf. Sama rasa.
InshaAllah.
nota kaki taghabun : mutual loss and gain
nota kaki taghabun : mutual loss and gain
Comments