Skip to main content

Ghulam, Yang Terpilih

Hati ni terpanggil untuk kembali melakar kata di laman ini. Biar tak seberapa, asal ada yang dikongsi, kan? Kali ini saya nak bercerita tentang seorang ahli sihir. Ghulam gelarannya. Ghulam ni cumalah seorang budak (spesifik lagi, dia belum dewasa. Remaja lah kot kan?) tapi sangat berbakat dalam ilmu sihir. Dia bukan hidup di zaman kita. Sebelum Rasulullah SAW hidup lagi. Kisahnya diceritakan begini..

Ghulam terpilih menjadi 'apprentice' tukang sihir raja. Tukang sihir ni dah tua. Dia perlu cari pengganti, supaya nanti ada ahli sihir yang dapat back-up raja lepas dia takde. 
(ahli sihir adalah lambang kehebatan seorang raja)
On the way Ghulam pergi kelas sihir di kota, dia terjumpa seorang pakcik ni. Wataknya dikenali sebagai rahib. Rahib zaman dulu adalah mereka yang menganut dengan kitab asal (Injil, Taurat dan Zabur yang ORI) Means, dorang sampaikan ajaran Tauhid sebagaimana yang kita anuti sekarang ni.
Ghulam sangat tertarik dengan ilmu yang rahib ni ada, jadi sepanjang dia berulang-alik pergi kelas sihir, dia akan singgah jumpa pakcik rahib ni. Belajar Tauhid. Biarpun baaaaaanyak cabaran yang dia terima along the way (kena marah dengan tukang sihir, perjalanan yang dihalang) tapi dia TAK PERNAH berhenti belajar.
Sikit demi sikit, dia kenal Tuhan yakni Allah. The One God yang kita, muslims believe. Berbezanya zaman dulu dengan sekarang, dulu.. apa yang dorang tahu hanyalah keTAUHIDan. Sekadar Laa Ilaa Ha Illallah.
Sekarang, kita tau macammacam. Law, ekonomi Islam.. dan macammacam lagi lah. Orang dulu, dakwah dorang sangat AWESOME. Tau sikit, sebarkan banyak. Beza kan dengan kita?  Kita ni nak sebarkan sikittttt pun dah banyak alasannya
(okay saya pun sama) -.-
Nama Ghulam start naik sebab dia mula menyembuhkan penyakit sopak, kusta dan macammacam lagi dengan kuasa dan nama Allah. Dia yakinkan pesakit dia tentang Allah yang menyembuh, bukan dia. Dan dari situ da'wa mula meluas dan ramai yang ikut agama tauhid ni.
Tengah Ghulam ni syok menyampaikan da'wa, sampai hampir satu kota dok cerita pasal Allah ni, tok guru sihir dan raja dapat tau. Dorang berdua ni, dari dulu berusaha hapuskan agama hanif ni. Dah penatpenat hapuskan agama ni, bertahun lamanya.. apa lagi.. panaslah dapat tau Ghulam ni pulak sebarkan kat rakyat.
Ghulam ditangkap, dan diarahkan untuk menyembah raja. And, of courselah dia tak buat macam tu kan? Instead, dia berda'wa pula kat raja ni, tentang keESAan Allah. Raja mula geram, dia suruh askar-askar dia campak ghulam ni dari atas bukit kalau dia masih dengan Allah.
Kat bukit tu Allah tolong dia, dan akhirnya askar tu yang terjatuh. Ghulam pun turun jumpa raja. Raja tak puas hati apesal la dia ni tak mati lagi. Ghulam cakap Allah yang bantu dia. Ahhh~ raja mula stres. 
Raja suruh askar dia campak dia kat laut. Kaki ghulam diikat dengan batu, jadi nanti dia akan terus tenggelam. Allah tolong dia lagi, dan Allah selamatkan dia. Dia pun jumpa raja, dan raja makin marah. Ghulam cakap benda yang sama
Allah bantu saya
Betapa ghulam ni saaaaangat yakin yang kuasa hidup mati tu bukan di tangan raja, atau sesiapa pun. tapi ALLAH. Jadi, dia ni nak la redakan amarah raja ni. Dia pun bagitau raja macam mana sebenarnya nak bunuh dia
1- ikat aku kat pokok kurma
2- kumpulkan rakyat kat kawasan tu untuk tengok
3- panah aku, tapi sebelum tu baca ayat ni
>> Dengan nama Allah, Tuhan budak ni <<
Raja buat semua yang ghulam suruh. Betapa dia ni naaaaaaak sangat nak hapuskan ghulam ni. Bila dia nak panah ghulam, dia pun baca doa tu. Dan panah tu terkena bawah telinga ghulam. Sikit je lukanya. Ghulam pegang telinga dia yang sakit tu, dan dia terus meninggal.
Semua orang tergamam, termasuklah raja tu. Rakyat mula bercakap, 'aku mula yakin dengan Tuhan ghulam, Allah.' Misi da'wa ghulam tercapai, dan makin meluas, biarpun dia dah takde. Raja dah buntu. Perkara yang dia paling takut -agama- dah kembali. Tapi dah takde ape yang dia boleh buat to stop it.
At the end of the story ni, raja gali parit beeeeeesar kat kota untuk bakar semua orang Muslim tu. Sorangsorang dipaksa masuk dalam parit berapi tu. Akhir sekali, ada mak and her baby ni. They were the last ones. Mak dia risaukan baby dia. Then baby dia bercakap kat mak dia (Yes, some might say IT'S IMPOSSIBLE! Tapi kuasa Allah sape boleh lawan kan?) Baby ni pesan, 'mak, jangan risau. Mak di jalan kebenaran..' BEST TAK KUASA ALLAH NI? Subhanallah!





Ada hadith lain yang support kisah Ghulam ni. Diceritakan zaman sahabat Rasulullah dulu, sorang sahabat ni terjumpa mayat ghulam dengan tangannya masih memegang telinganya yang masih berdarah dek luka tu.
Wallahu a'lam

Cerita ghulam ni sangat memberi kesan kat saya. Tak taulah pembaca, akhi akhawat ni faham ke tak apa yang saya cerita kat atas tu, cause I'm not much of a story teller. Ada banyak perasaan yang bergaul-gaul dalam jiwa saat diperkenalkan dengan hadith ghulam ni.

1) Terharu
>> betapa agama itu begitu menggetarkan jiwa, hingga banyak yang terkesan dengan kebenarannya. Walaupun ghulam itu bermula sendirian, dia tak pernah berhenti

2) Bangga
>> kredibiliti ghulam membantu dia untuk sebarkan agama. Jadi orang famous betulbetul membantu dia dan agama kita. Dia yang sorang tu berjaya kenalkan agama hanif ni kat kampung dia. Tak bangga ke ada yang sudi teruskan da'wa ni?

3) Jealous
>> saya selalu jeles dengan mereka yang MENCARI Allah dan MENJUMPAINYA. Hidayah ni satu benda yang mahal. tak semua orang dapat. dan bagi seorang yang tak tau apaapa pasal Allah, dapat cari hidayah tu, is just marvelous. 
Semoga kisah dulu memberi hikmah dan pengajaran buat kita sekarang. Islam masih dianggap hina. Ayuh kembali sucikannya

Islam itu hadir dalam keadaan dagang. Dan ia akan kembali dagang. Beruntunglah bagi orang-orang yang dagang
.yang khilaf itu milikku.

Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun