Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Antara Jemari

Berani. #1

S udah hampir setengah jam aku berdiri di bawah pancuran air di bilik mandi ini. Terasa kosong dan sepi. Sunyi. Jemariku sudah kelihatan seperti seorang pakcik tua, gayanya. Berkedut. Tapi segalanya terasa begitu kering. Aku mendongak membiarkan air membasahi wajahku, seperti aku di bawah limpahan hujan. Setelah beberapa ketika, aku menundukkan kepalaku semula, tangan di dinding, seolah menahannya dari menghempapku. Mindaku berlegar ke perbualan semalam. "Yo, bro. Nak baldi ke buat tadah air liur kau tu?"  Saiful menyapaku saat aku leka memerhati dia. Aliya. Aku mengikat semula rambutku agar tampak lebih kemas, dan menyarung 'beanie' unguku. "Hensem tak aku?" Saiful memuncung. "I don't think so, dude. No," sambil menggeleng kepala. "Whaaaat?" "Serius lah. Perempuan macam tu, mana pandang orang macam kita?" "Apa? Gelandangan?" sambil tersengih besar. "Well, for one, yes. Dahlah. Kau ni, la...

dancing fingers #1

i'm drowning and sinking breathing gets harder as the waves crash my face i'd like to stay afloat and reach the surface but i'm falling down sinking deeper into the seas with no grace

Berantakan

sudah berhari dada ini berkocak entah apa yang menggoncangnya hebat begitu terasa hingga seakan mahu pecah air mata seolah bertakung namun tiada mengalir yang tersimpan ini serasa hampir tak tertanggung lagi dan aku kembali kebingungan buntu. kita menjauh dalam hati rindu ini dah tak lagi terbendung aku ingin memegang tanganmu berjalan seiringan seperti dahulu aku ingin memeluk bahumu semesra yang kita pernah dulu aku ingin kita jadi satu macam kita dulu-dulu ke sana ke mari sentiasa bersatu tak pernah terpisah, atau menjauh tapi dosa aku terlampau menggunung tingginya dan kita makin jauh jauh melepaskan genggaman yang dulunya erat dan aku terus menghilang menghilang dalam kesunyian menghilang dalam kesepian menghilang dalam sendirian uzlah bersama Dia sentiasa menenangkan tapi rindu ini buat aku berantakan aku tak lagi mampu jadi ukhti yang diimpikan langkah payah dan berat tapi aku mahu teruskan perjalanan kita berdua, kerana Allah mahuka...

Hilang

ketawa, tersenyum tanpa resah bahagianya terasa bagai tiada yang mendesah dulu kita menyanyi riang satu nada kini terasa bagai kita terpisah penuh beda apakah kita bersembunyi di sebalik nama ataukah menyendiri dalam jaga? bergerak ke hadapan dalam langkah yang sama tapi aku ke kanan, kau pula ke arah sana duhai teman, ke mana hilangnya ikatan kita? terputuskah ia dalam ghairah kita menjaga agama? kau dan aku, kini masih mampu duduk bersama namun sejujurnya, jurangnya tetap terasa mungkinkah salah aku selama ini menganggap berkuasa hingga jalan ini tampak makin menduga dari perjalanan suci mencari Yang Esa menjadi kembara sengit mengumpul manusia? bagai terpisah jauh dek jarak tapi hakikatnya kita dekat cuma setapak mungkin aku telah mencalarkan niat untuk bergerak hingga kabur mata akan matlamat semarak ampunkan aku duhai sahabat membina rasa janggal yang menjadi pengikat berikan masa aku runtuhkan ego dari belikat do'aku nanti kita akan ke...

Maafkan Aku, Sahabat Setia

bismillah. sepanjang hari semua rasa tak kena. hati bergetar hebat, tahan macam-macam perasaan yang beribut dalam dada. tenang! tenang please! hati merintih tapi tiada apa yang terkesan. menangis. petang, banyak sangat yang mengganggu. baru sahaja kelmarin aku luahkan beban dalam jiwa. ringan sedikit.  mungkin. tapi hari ni, ahh~ bagai ombak menghempas pantai. menderu hebat membelah tepian. dan aku kembali terluka. sesal menebal dalam diri. menangis lagi. entah ke berapa kali. puas melukis senyuman di wajah yang sudah pun basah dengan air mata. tapi mata tak bisa tipu. perit itu terbias juga. dan air mata berjurai lagi. menyesal. dan aku putuskan semuanya dengan manusia lain. putuskan urat simpati yang aku ikat dari untaian kata-kata dari bibirku. air mata terus jatuh. musnahlah kepercayaan. 'it didn't work. telling didn't work. i don't feel better. this has to stop.' ceritera aku kembali aku simpan dalam peti rahsia. rah...

Buat Saudari yang Menyendiri

Malam yang begitu mendamaikan hati Aku lihat kau dari jauh, menyendiri Gelak, tawa dan geli hati Tapi kau masih di situ, cuba meneliti diri Mahu saja aku jerit dari sini, "Apa kau buat asyik salahkan diri?" Tapi bisakah kau dengar jeritan batin ini Sedang kau tenggelam dalam sepi? Begitu kau nilai diri kau Hingga buat hati kacau bilau Islam itu patutnya memukau Maka di mana Islam kau? Ukhuwwah itu mengajar mandiri Ukhuwwah itu mengajar kendiri Bukan dicipta untuk menyeksa diri atau alasan untuk bersendiri Dan aku di sini, menilai kembali Ke mana pergi Islam di hati? Kerana jika aku sahabat sejati Pasti tak ku biar kau terus begini Saudariku, Tahukah kau Islam itu menyatukan? Hidup bersama dalam ikatan Memegang erat dalam genggaman Jauh dari fitnah syaitan? Maka aku persoal kau kembali Kenapa mesti persoal diri? Ya, Islam mampu berdiri sendiri Tapi takkah kau mahu menyerah diri? Bedanya serah diri dan ser...

HanyaMu

teringin rasanya diri ini terbang mengorak langkah menjejak indahnya alam biarkan masa terhenti seketika buat aku rasai semuanya cantiknya hijaunya sucinya tak terzahir dengan kata-kata gahnya ciptaanMu yang terlakar atas kanvas dunia ini tanpa hitungan, tanpa tandingan. kini hujan turun menjadi tabir kesejukan malam dan aku di sini menanti si bulan menjelma di balik gugusan awan terhampar di langit malamMu bibir terus basah memujiMu hati kian tenang terkanangkanMu biar kesejukan ini menikam belulangku jiwa ini kan terus berdegup dalam DeenMu dalam nafasMu dengan izinMu .qalbus.saadah. 260911

Sebenarnya Aku Rindu..

Semalam kau datang temui aku. Dengan lagak biasa, tersenyum penuh mesra. Hinggakan aku yang bermuram durja hilang rasa duka. Dengan alQuran di tangan, kau pinta bicara. Mungkin tidak kedengaran jeritan hatiku, "Aku juga mahu dengar kau berbicara." Tapi aku tahu, kau belum bersedia. Dan aku akan berikan kau masa. Kita duduk berdua, Quran masih di tangan. Duduk bersila, berhadapan. Kau senyum, dan kita berbalas pandangan. Dan sebenarnya aku perasan. Aku selalu fikirkan yang aku sendirian. Tapi kau selalu ada buat jadi teman. Dah lama juga aku sedar. Sebulan dua ni kau jadi tegar. Hadapi dugaan hebat tapi masih tersenyum di luar. Tidakkah kau tahu, aku rindukan kau yang dulu? Mungkin tak terzahir bedanya, tapi kehilangan itu tetap terasa. Usai aku berbicara, tanpa dipinta kau menyambung kata. Dalam hati aku melonjak gembira. "Akhirnya, masa telah tiba. Aku dapat dengar kau melantun kata. Penuh nasihat dan cinta." Terdiam beberapa ketika. Aku ke...

.untitled.

dibawa menjengah tempat asing di sana damai menghempas jiwa yang berkelana ingin saja aku lari dari manusia dan duduk berdua hanya denganNya kedamaian ini sungguh menggugah lara jiwaku mahu saja aku duduk berteleku meluah rasa dalam kalbu mengucap lafaz cintaku buatMu saat dipinta melakar puisi dari alam aku terpana, 'mana kan ku bisa mencipta kalam?' segalanya tentangMu hanya bisa terzahir dalam diam mungkin tak bisa ku cerita yang terpendam aku terduduk menyendiri menilik diri, menguji hati dahulu aku jua pemuisi maka adakah ini langkah kembali? aku menengadah ke langit jiwa seakan mahu menjerit aku jua mahu bangkit tapi terasa begitu sulit pandangan dihala ke tasik di depan mata seolah menyimpan seribu satu cerita maka aku bertanya, 'hatiku ke mana?' tidakkah mahu menzahirkan semua? mata pena terkaku sendiri merenung kembali niat di hati kiranya aku mahu menambat hati lebih baik aku berdiam diri maka kunukilkan madah biasa tiada me...

Please Do Meet Me Again

I'm here again, sitting at the porch under the moonless night, the moon is probably hiding somewhere. The sky is full of clouds, and as I look down, the streets are filled with kids and teens running around in laughter, it's almost as if I am amidst the shadows of people. Only, I'm alone. There's firework lighting the skies, and the Eid chant is bursting in the air. The celebration is on, but I feel alienated once more. "Jasmine, come on! Eid's here. What's with the face and all?" Jane, my big sister insisted that I join her downstairs with the others, preparing for tomorrow. But I don't feel like it. I am just not ready. As I sit down the bench, the cold starts biting my bones. I'm thinking to myself, 'This isn't happening. It can't be.' I clutch my hands and starts blowing. It's too cold out here. But I think it's just me. I pulled my collar up and pulled my knees in. My mind twirling around the meeting w...

u.n.t.i.t.l.e.d

i was looking for you but you weren't there i was reaching for you but you didn't care i was calling for you but you didn't hear i was standing next to you but you didn't stare i was running to you but you were so far i'm tired and weary i don't have much time left it consumes me from inside and i wish you knew the pain i bear to this day i love you then and i love you still but time is running out and should this be the last understand the depth of what i'm feeling because no matter how much you hurt me I STILL LOVE YOU to my dear friend whom im writing this to..

Kasih Semalam [Part 5]

Petang itu mereka anak-beranak masih dengan aktiviti yang sama. Ke taman. Tapi kali ini si ayah mengajar badminton. Setelah penat, mereka duduk sebentar bersama si ibu yang sedari tadi sekadar duduk di tepi. Kepeningan. "Umi okay sikit? Minumlah, umi," ujar Izzah. Si ibu senyum. Semanis mungkin. "Eh, umi okaylah. Nah minum ni," ujar si ibu sambil menghulur air kepada semua anaknya. Selang beberapa ketika, si ayah mengajak anak-anak kembali bermain. Semua bangkit, kecuali si kecil Muaz. "Muaz, jomlah!" ajak si ayah. Muaz sekadar senyum dan menggeleng. "Muaz nak teman umi," lalu kepalanya disandarkan di pangkuan si ibu. "Okay. Muaz jaga umi ya?" pesan yang sulung, Haikal. Muaz mengangguk lagi. [klik 'read more' untuk teruskan membaca]

Kasih Semalam [Part 4]

Malam itu, seusai solat Maghrib berjemaah, si ayah berdoa. Nadanya penuh syahdu. Ada hakikat yang perlu terluah malam itu. Ada luka yang akan kembali terkupas. Mereka bersalaman. Hening. Si ayah memandang wajah si isteri. Sama-sama tersenyum. "Mai dekat sikit anak-anak abah ni," pujuk si ayah. Si ibu meriba anak perempuannya. Matanya tertutup. Nafas panjang dihela. "Sayang abah ni, okay ke malam ni?" soal si ayah. "Okay bah. Hari ni abah nak cerita pasal apa?" Haikal, yang sulung teruja dan tersengih. Si ayah membalas senyumnya. "Ada sesuatu yang perlu abah beritahu. Sesuatu yang patut kamu tahu," "Macam serius je, bah. Kenapa ni?" soal Izzah, anak gadisnya. "Ingat tak setiap kali masa Ramadhan, kita akan datang bersihkan kubur kat tepi sekolah tu?" si ayah memulakan bicara. "Ingat," serentak anak-anak kecil itu menjawab. "Kan ada kubur kecil yang kita selalu datang tu? Bila kamu t...

Kasih Semalam [Part 3]

"Umi, kenapa abang Haikal, kak Izzah dan abang Faris boleh pergi sekolah naik basikal sendiri tapi Muaz tak boleh?" tutur Muaz di pangkuan ibunya. "Eh, Muaz kan adik. Mana boleh pergi sekolah sendiri," luah si ibu. "Alaa.. kalau macam tu Muaz nak adiklah. Nanti Muaz jadi abang, bolehlah Muaz pergi sekolah sendiri macam abang dan kakak," Muaz mengangkat kepala, tersenyum. Wajah si ayah dan si ibu berubah. Tapi si ibu kembali tersenyum. "Em.. ada rezeki nanti insyaAllah ya? Muaz doalah kat Allah," tutur si ibu, mengusap kepala si anak. Si ayah hanya memandang. [klik 'read more' untuk terus membaca]

Kasih Semalam [Part 2]

Hari Sabtu. Si ayah merenung ke langit, mendepang tangannya dan menghela nafas panjang. Fikirannya berkira-kira untuk perancangannya hari itu. Langit memerah. Waktu solat Subuh akan masuk sebentar lagi. Dikejutkan si ibu, dan berlalu untuk mengambil wudhu. Si ibu mencuci matanya, dan berlalu ke bilik anak-anaknya. Dikejutkannya seorang demi seorang. Subuh itu mereka berjemaah bersama. Usai solat, si ayah berbicara.. "Kita kena selalu cakap 'alhamdulillah' setiap kali bangun pagi, sebab masa kita tidur tu, sebenarnya kita mati sekejap," "Mati sekejap, abah?" soal Muaz. Anak-anak menatap wajah ayah penuh minat. [klik 'read more' untuk teruskan membaca]

Kasih Semalam [Part 1]

"Umi, Muaz nak jubah macam abang Haikal jugak!" rengek si adik. Si ibu hanya tertawa dengan keletah anak kecil tu. Haikal, abang sulung yang bakal mendaftar di sekolah menengah, diberikan hadiah sehelai jubah oleh si ibu dan ayah. Si ibu melutut, merenung si kecil Muaz. "Muaz nak jugak?" Muaz mengangguk. Si ibu memandang wajah ayah. Masing-masing tersenyum. "Okay. Kalau macam tu, semua orang dapat jubah baru hari ni. Pilihlah mana yang kamu nak," Keempat-empat anak-anaknya melonjak gembira hingga menarik perhatian beberapa orang yang turut berada di dalam kedai itu. Ibu dan ayah hanya tertawa. [klik 'read more' untuk teruskan membaca]

Luka ini Akan Terus Berdarah

aku masih berdiri di sini teguh merencana perjuangan diri peluh dan darah menjadi saksi perjuangan ini yang tiada henti aku masih lagi di sini menggenggam azam penuh jitu bumi ini akan suatu hari nanti bersatu kembali bebas ke alaf baru merah sungai ini masih merah bermandikan darah syuhada' angkanya kian menimbun setinggi semangat aku sudah bertahun aku bersulam duka hari-hariku tidak terduga luka semalam masih berdarah namun hari ini aku terus melangkah pagi ini aku teguh berdiri menadah tangan buat Ilahi harapan ini takkan pernah luntur satu hari nanti Israel akan hancur aku di sini akan terus menapak hari esok ada janji baru andainya bukan esok yang dijanji pasti satu hari nanti dunia derita ini akan terhenti abang kakak aku di sini masih menantimu sedarlah aku menunggumu usah kau bersenang mencari dunia sedangkan adikmu ini bertarung nyawa dan jiwa aku akan terus menunggu syabab terbilang bakal...

I Love Weddings

Yes I do love weddings. The sound of joy and laughter. The aroma of the nasi minyak The smiles on everybody's faces Everything seems timeless and the happiness seem never ending Love is in the air and everyone is feeling it I love the way everything seemed right where brides and grooms smiled and laughed as if the day is theirs nothing can make a flaw I love the way everything seemed in place The roses, the food, the music it was as if the wedding is under the limelight every eyes are upon them I love the way love blooms and wedding vows the promises made the way partners exchange trust and they know that their love is strong to be standing till this day together holding hands I love the way weddings are like fairy tales The struggles they faced to come to this and every obstacles gives a wonderful end a happy ending to a wedding.

If They Say..

If they say Jesus is their God don't argue but ask them, if their God IS Jesus and He dies on the cross who manages this life? who gives orders to their angels who gives order and balance to this world? If they say Muslims are terrorists killing the innocent lives of others don't get rough but ask them, if we who kill those who steal our lives are terrorists then what are them? them, who kill us and take our lands without us giving it? who slaughtered us without mercy, not a tear shed but let us die in vain and out of pride? If they say the Quran is the word of our beloved Muhammad and not God then tell them there's no need to give away Nobel prizes to others because if that is so Muhammad is the greatest genius alive to know about Big Bang theory, in-womb lives to value great detail on the world even before there have been microscopes or anything to make research with even before there had been labs and telescopes ...

Puaskah?

Bernilaikah rasa percaya itu andai ianya seolah-olah tiada? hinggakan aku dibiar melonglai kaku mencarinya Bernilaikah persahabatan itu andai ianya seolah-olah mati? hinggakan aku hidup kembali jua tiada kutemuinya Bernilailah bicara itu andai ianya seolah-olah tak pernah wujud? hinggakan aku di sini dibiar menanti penuh sepi tanpa suara Puaskah kau membuang percayaku? Puaskah kau melempar hubungan ini? Puaskah kau membisukanku? Kerana aku masih inginkan kita yang dulu Kita yang sama-sama menari dalam bual bicara kita Kita yang tak pernah jemu bergelak ketawa Kita yang tak lokek berkongsi tangis dan marah Puaskah kau hidup dalam ketidakpedulian Hingga kita yang dulu makin hilang Kita yang sekarang.. Hanya Dia yang tahu Rasaku Peritku Tangisku Kau makin hilang dibayangi dunia yang kian membutakan Tapi aku masih di sini Aku masih di sini... Ya, aku jua bersalah Terlampau menginginkan kau menjadi lebih ba...