Skip to main content

Kasih Semalam [Part 4]

Malam itu, seusai solat Maghrib berjemaah, si ayah berdoa. Nadanya penuh syahdu. Ada hakikat yang perlu terluah malam itu. Ada luka yang akan kembali terkupas.

Mereka bersalaman. Hening. Si ayah memandang wajah si isteri. Sama-sama tersenyum.
"Mai dekat sikit anak-anak abah ni," pujuk si ayah. Si ibu meriba anak perempuannya. Matanya tertutup. Nafas panjang dihela.

"Sayang abah ni, okay ke malam ni?" soal si ayah.
"Okay bah. Hari ni abah nak cerita pasal apa?" Haikal, yang sulung teruja dan tersengih.
Si ayah membalas senyumnya.

"Ada sesuatu yang perlu abah beritahu. Sesuatu yang patut kamu tahu,"
"Macam serius je, bah. Kenapa ni?" soal Izzah, anak gadisnya.

"Ingat tak setiap kali masa Ramadhan, kita akan datang bersihkan kubur kat tepi sekolah tu?" si ayah memulakan bicara.
"Ingat," serentak anak-anak kecil itu menjawab.

"Kan ada kubur kecil yang kita selalu datang tu? Bila kamu tanya kubur siapa, umi dan abah jawab kubur ahli syurga kan. Ingat tak?"
"Ingat bah,"
Si ibu tersenyum, menahan emosi.
Si ayah menyambung bicaranya. "Nak tau tak dia sebenarnya siapa?"

Anak-anak kecil itu duduk tegak menanti kata-kata si ayah. Memandang sesama sendiri. Wajah si ayah dan si ibu ditatap.

"Siapa bah?" soal Faris.

[klik 'read more' untuk terus membaca]






Si ayah mencari jemari si ibu. Digenggam erat.
"Tu adik kamu. Nama dia Muhammad Azam. Dia adik kembar kamu, Muaz," si ayah berhenti sejenak. Merenung dalam anak mata buah hatinya.

Si ayah menceritakan saat mereka kehilangan Azam dulu. Bagaimana mereka baru sahaja melangkah keluar dari hospital, mendukung dua bayi lelaki, dua hari usianya. Bagaimana tanpa sedar, sebuah kereta meluncur laju dari belakang. Brek kereta rosak. Bagaimana si ibu, bersama Azam yang didukungnya tercampak. Bagaimana si ayah menyaksikannya semua. Bagaimana si ibu dimasukkan semula ke hospital atas komplikasi. Bagaimana semuanya berlaku terlalu pantas.

Ada wajah yang tertunduk. Ada bahu yang dipeluk.
Haikal mengangkat wajah. Direnung wajah adik-adiknya.
"Abah, Haikal nak cakap sesuatu boleh?" Si ayah mengangguk.

"Abah, sebenarnya, kami dah lama tahu pasal Azam. Petang Jumaat kan abah selalu bagi Haikal bawak adik-adik jalan-jalan? Masa tu Haikal bawak dorang pergi kubur. Tak berani nak tanya abah lebih lanjut. Tak sangka Muaz akan tanya jugak. Haikal yang cadangkan kat Muaz suruh tanya abah. Maafkan Haikal, bah. Seakan pedih untuk abah dan umi bercerita tentang Azam," luah Haikal.

Riak wajah si ayah berubah terkejut. Tak sangka si anak sudah tahu. Kasihan, kebenaran selama ini tersimpan kejap dalam genggaman.

"Macam mana Haikal tahu?" soal si ibu.
"Umi, kalau Haikal boleh hafal 30 juz, takkan Haikal tak boleh ingat saat-saat umi di hospital dulu? Saat ayah mendaftarkan nama dua-dua adik Haikal, tapi hanya seorang yang kembali. Saat Haikal melawat umi dan di board tertulis dua nama bayi, tapi hanya seorang di sisi umi,"

Si ayah memandang si ibu. Tersenyum.
"Bagusnya anak abah. Bijak menilai situasi," si ibu mengusap ubun-ubun si anak.
"Well," Haikal memeluk tubuh, tersenyum.
"Oo, jadi kamu semua dah tahu lah ye?" ujar si ayah lagi.

Masing-masing tersengih. Si ibu dan si ayah lega. Tiada lagi rahsia.
"Pandai ye berpura-pura dengan umi dan abah," ujar si ibu. Masing-masing tertawa.


to be continued.
insyaAllah

Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun