Skip to main content

Posts

Showing posts with the label apresiasi

Bila Segalanya Berubah

bismillah. 12 Ogos. Penat menerpa. Baru sahaja sampai ke kolej. Malam ada moreh. Sungguh rasa nak buang perasaan malas tu. Tapi rasanya.. raut wajah tak dapat menipu. I was not 'here' ohh tolonglah senyum ikhlas sikit tapi aku masih tak mampu. Tenang, tapi hilang.. 13 Ogos. Pagi itu riuh dalam kelas. Masing-masing nampak teruja. Penantian dua bulan berakhir jua. Keputusan exam akan dikeluarkan dalam masa beberapa jam, dan ramai yang makin tak senang duduk. aku? Sudah kembali ke alam nyata alhamdulillah. Serasa mahu lari dari realiti, hari ini adalah harinya. Tapi, hehe mungkin tidak. Kaki menginjak lebih dekat, tapi seakan mahu berlari pergi. Berdalih dan terus berdalih. Akhirnya aku akur,  aku tak boleh lari. This is it. Helaian demi helaian diteliti. "di mana aku?" Nombor dan huruf jelas terlihat. Ada A pada keputusanku. Ada A. Dan aku kembali hilang. Sekembali dari kedai bersama Liyana, aku berkeras mahu lihat semu...

I Love You #1

aku kenali dia dari senyuman penuh tarikannya menawan tapi penuh mesra mencari titik pemula penuh payah kerana aku cuma yang biasa-biasa dia ceria dia penyayang dia seindah mata yang memandang butir bicaranya penuh nasihat tumpahnya kasih menyinar segala gerak gerinya penuh tertib tanpa lelah mendidik anaknya dia yang mesra dia yang sentiasa 'ada' dia mahu menyelami jiwa kotor remaja dan dia sudi menjernihkannya dia yang sentiasa berada dekat di hati tutur kata penuh doa dari hati suci dia ibu muda penuh dedikasi mahukan anak-anaknya tak sesat mencari dia marahkan anak-anaknya kerana kasih dia didik anak-anaknya kerana sayang tinggi budinya mencintai Dia tulus hatinya tak dapat dibayang dialah yang dekatkan aku dengan cintaNya dialah yang mendidik aku untuk cemerlang juga  pada akhlak dan perilaku dialah yang teguh berdiri dan berdamping memberi sokongan pada yang perlu dia cuma berbicara denganku sekali-sekala namun detik itulah y...

Why I Love School So Much

bismillah. there are times when my mind wanders around, and every memory i have around my high school *as people usually say it   comes rushing in like waves. pushing and pulling me deeper into the times where i was up, down and almost gave up. i miss school. i miss school. i miss school. * kuala lipis in particular  when i was in high school, i don't own my own laptop, or my own handphone. heck, we can't even bring it even if we do. i used to think it was a bummer. but come to think of it now, i'm glad. soooo glad. because then, i only live with my friends, my books, my teachers. no connection to the outside world whatsoever. and internet was not a priority at the time. whenever i wanna know something, i ask people. i talk to people. when i get lazy to study, i go to the academic block and talk to everyone. i ran all across the block. i scream, shout, as if everything's mine. * lie hehe anyways. everyday, i tend to pray on time, eat on time (or extra time) i ...

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu...

Tersedar Dari Lena yang Panjang

Seronok. Tengahari semalam, mendung aje. Sejuk! Entah kenapa dalam kelas Biologi semalam, mengantuk aje. Kebetulan dah tengahari, jadi saya pun balik la ke apartmen untuk qailulah sekejap, sebab masih berbaki setengah jam sebelum kelas Maths selepasnya. Pelik, kenapalah saya saaaaangat mengantuk. Semalam tidur cukup je. Bila saya bangun, dah pukul 1.30 dah! Habislah terlepas kelas Math! Nasib baik kelas tak wajib. Alahai sedihnya~ Bila bangun, saya masih melayan rasa mengantuk tu. Astaghfirullahalazim! Sampailah langit yang tadinya mendung kini makin gelap. Hujan turun dengan sangat lebat dan tiba-tiba. Wah~ seolah-olah rasa mengantuk ni minta dilayan! Saya tolak perasaan tu jauh-jauh sebab dah lama sangat dah saya tidur. And I don't need more of it today. Jam 3, hujan makin lebat. Pintu rumah diketuk. Oh, Liyana rupanya. Di tangannya ada sehelai kertas, nota amanah dari Ustaz Haikal. Kata Liyana, dia nak pergi fotostat kertas tu, tapi hujan lebat pulak. Liyana nampak la...

Saya Rindukan KUALA LIPIS!

Ahhh.. tengah duduk-duduk kat beranda apartmen tadi terlihatlah kehijauan bumi Sepang ni. Suka sangat tengok! :) Rasa sangat tenang hidup kat sini. Dan ingatan saya menerawang ke lima tahun dulu... Saya menjejakkan kaki ke bumi Kuala Lipis. Dan saya kagum melihat bangunan itu tersergam indah di celah hutan hijau. And i wonder... mampu ke aku terus tenang hidup kat sini? Sekolah saya kat Lipis tu sangat best. Tak pernah la rasa tak keruan, sebab mana-mana pergi mesti ada hijaunya. 'Apa yang best sangat pasal kehijauan hutan tu?' orang tanya. Saya cuma tersenyum dan ketawa. People might not understand why i LOVE this place so much. Meh saya cerita sikit, walaupun mungkin klise dan tak best :) (sapa suruh korang baca kan?kan? tapi terima kasihla sudi ^^)

Aku, Dia dan Surat Cinta

Satu Jumaat ni, saya sempat berbual dengan sahabat saya, Barizah. Satu perbualan yang agak mendalam isinya. Tiba di satu tempat berehat, saya dan Barizah duduk menunggu kawan-kawan yang lain sambil makan aiskrim. :) Terlintas satu soalan di fikiran saya, dan tanpa lengah saya mengajukan soalan itu kepadanya. Nak tau apa soalan saya? Soalannya... Antara keluarga dan dakwah, mana yang kau pilih? Saya ada jawapan dan pandangan yang jelas tentang soalan ini. Saya akan menjawab keluarga. Alasannya, kerana tanpa keluarga, dakwah saya tiada. Keluarga saya bukan sekadar mak, baba, nenek, abang, dan kakak. Tapi keluarga Islam saya jugak. Dakwah itu kesinambungan dari keluarga saya. Itu saya. Cik Barizah ini punya jawapan yang lebih menarik.

Baba Tanya.. Saya Jawab

Haritu balik cuti, saya teman baba ambil mak dari ofis. Masa tengah tunggu tu, tiba-tiba baba tanya Baba   : Nanti dah dapat duit scholar tu kau nak buat apa? Saya   : Aan nak simpan dalam Tabung Haji. (sambil betulkan sandal dan sengih kat baba) Baba   : Buat apelah kau nak simpan dalam tu? Lebih baik kau guna. Simpan je kat bank, nanti cucuk. Kan    senang nanti? Kau ade ke akaun TaHa sebenarnya? (dalam hati saya tak senang.. kenapa baba tak kasi simpan kat Tabung Haji?) Saya   : Dah. Aan buat tahun lepas. Tapi dalam akaun tu ade RMxx je. Aan dah janji Aan dapat duit Aan nak simpan sikit dalam tu. Baba   : Tak payah. Susah aje nanti. Saya   : Alahh baba ni. Aan nak gi haji jugak macam baba. Nanti Aan masuk duit sikit-sikit, kan dah boleh daftar awal? Tak bagus ke macam tu? (saya nampak baba menggeleng-geleng kepalanya.. ni apa lagi salahnya ni?) Saya   : Tak ok ke macam tu baba? Baba   : Lebih baik kau si...

a man so selfless

God gave me a man whose touch was as loving as His helped me breathe and lived in love no less God gave me a man whose acts was terribly annoying only to know that he had tries his best understanding the true me all these years God gave me a man whose heart was purest of all so selfless and kind never of himself but always for others God gave me a man a man so great and dear to me whom He made vulnerable and tolerate God gave me a man and to all that he had done i call him, DAD no other man can replace who he is forever he will own the highest point of my heart * i love you, baba *

selamat berjuang sahabatku

bulan Mei menjelang tiba. tanpa sedar, sudah 5 bulan aku tinggalkan alam sekolah, penuh memori, penuh suka duka, penuh selesa tanpa perlu fikir masa depan yang lebih besar gambarannya. ada teman yang masih kabur ke mana arah tuju kaki melangkah. ada pula yang sudah berlari jauh di jalan pilihannya. dan aku? masih di sini. menunggu panggilan seterusnya. alhamdulillah, aku telahpun tetapkan arahku, walaupun tidak seiring dengan kehendak hati. namun atas dasar tanggungjawab, akan kugalas jua sebaiknya. insyaAllah, jika tiada yang menghalang, aku bakal melanjutkan pelajaranku dalam bidang perubatan. bakal doktor? haha, insyaAllah. bermula di sebuah sekolah baru, SRA Integrasi Taman Keramat sebagai seorang murid nakal, penuh dendam, namun bijak mengimbangi akademik dan aktiviti luar kelas, sikap itu berterusan hingga ke MRSM Kuala Lipis. Namun setelah menjalani 2 bulan yang getir di SMKA Kuala Selangor, sikap burukku semakin terhakis hari demi hari. Alhamdulillah ^^ enough chitchat. ...

selamat hari guru

dah lebih 17 tahun aku belajar di dunia ni. guru pertamaku sejak aku mula jejaki bumi adalah ibuku. dan sehingga kini, setelah bertahun-tahun mengorek ilmu yang maha luas di bumi Tuhan ini, aku masih lagi ketagih. ketagihkan ilmu itu. aku tak nafikan, antara orang paling penting dalam hidup aku.. adalah GURU. bukan bermakna aku mengenepikan ibu bapaku, kerana ketahuilah, MEREKALAH GURU TERAGUNG DI HATIKU! ilmu terpenting yang mereka titipkan buat aku adalah berjalan, bercakap dan berfikir. itulah ilmu yang akan aku guna sepanjang hidup aku, dan insyaAllah sehingga aku hela nafas terakhirku sekalipun, mereka akan tetap mendapat manfaat dari ilmu itu. guru.. aku mahu kau tahu jauh di sudut hatiku aku sangat menyayangimu lebih dari yang kau pernah tahu kerana dikaulah yang mengisi kosongnya hati dingin ini guru saat aku jatuh tersungkur jauh ke lembah hina kau hulur tangan memimpinku saat aku sesat meniti langkahku kau suluh cahaya kebenaran dan jalanku kembali lurus disinari cahayamu ...

salam maulidur rasul

lebih daripada 1400 tahun yang lalu, lahirlah seorang insan yg ditakdirkan membawa sinar dalam hidup manusia yang selama itu bergelumang dosa. masyarakat zaman jahiliyah telah digemparkan dengan kelahiran penuh keramat itu. dialah lelaki yg bakal menggoncang dunia dengan panji Islam yg dibawanya. dialah lelaki yg begitu tabah dan sabar memegang amanahNya. dialah lelaki yg begitu tekun melebarkan sayap agamaNya. dialah lelaki yg begitu suci akhlaknya. dan dialah lelaki yg menjadi pemimpin umat akhir zaman. dialah~ Muhammad bin Abdullah. kini baginda telah meninggalkan kita dengan dua perkara utama yg bisa menghubungkan kita dengan Allah, dengan Islam, dengan dirinya. AlQuran dan sunnah. namun masih ramai yg terleka akan dua perkara ini. biarlah hari ini memberi satu kesedaran buat kita umat Islam dalam terus memperjuangkan syiar Islam yg dibawa oleh kekasih Allah, nabi Muhammad. |selawat dan salam buatmu, kekasihku, kekasihNya| <3