Skip to main content

Saya Rindukan KUALA LIPIS!

Ahhh.. tengah duduk-duduk kat beranda apartmen tadi terlihatlah kehijauan bumi Sepang ni. Suka sangat tengok! :) Rasa sangat tenang hidup kat sini.


Dan ingatan saya menerawang ke lima tahun dulu... Saya menjejakkan kaki ke bumi Kuala Lipis. Dan saya kagum melihat bangunan itu tersergam indah di celah hutan hijau. And i wonder... mampu ke aku terus tenang hidup kat sini?



Sekolah saya kat Lipis tu sangat best. Tak pernah la rasa tak keruan, sebab mana-mana pergi mesti ada hijaunya. 'Apa yang best sangat pasal kehijauan hutan tu?' orang tanya. Saya cuma tersenyum dan ketawa. People might not understand why i LOVE this place so much. Meh saya cerita sikit, walaupun mungkin klise dan tak best :) (sapa suruh korang baca kan?kan? tapi terima kasihla sudi ^^)



Kat Lipis ni la saya kenal silap saya. Saya bukan orang baik (percayalah) dan sangatsangatSANGAT nakal kot bak kata orang. Waktu Form 1 dulu, wow tak perlu kot cerita betapa bodohnya perangai saya tu. Ahh.. rasa nak buang je memori tu. Tapi saya takkan. Kenapa? :) simply because that period of time made me who i am today. Someone better insyaAllah.

Masuk Form 2, saya berubah sikit.. sebab masa Form 1 jumpa macam-macam jenis manusia dan kerenah. Saya berubah sebab saya nak. Bukan sebab orang suruh. Dan amazingly, saya dilantak dilantik jadi AJK Surau. Waktu tu perasaan macam-macam datang bertandang. Suara syaitan la katakan. Sebab saya PERCAYA saya bukan orang baik, jadi saya rasa tak layak langsung jadi AJK Surau. Tiba-tiba ada suara bagitau,
"awak tak nampak apa yang orang lain nampak pada awak. jangan cuba nafikan. live up to it"

mampu ke saya? Saya mula yakin dengan Allah, yang Dia akan beri hikmah pada setiap yang ditentukannya. Waktu awal-awal tu, saya pernah mintak keluar dari organisasi, sebab merasakan jahilnya saya dan rasa tak mampu tanggung amanah besar tu. Tapi saya gagahi jugak, atas nama Allah. And that very same year, saya berjaya (alhamdulillah) 'up'kan prestasi akademik saya. Rasa syukur sangat masa tu. Dan teringat ayat Allah dalam surah al-Hajj, '...dan Allah pasti akan menolong hambaNya yang menolong agamaNya...' wallahu'alam.

Tingkatan 3, wah seronok kot.. sebab dah kembali ke medan perang! Tempoh setahun ni, saya mula kenal hablum minallah wahablum minannas. Dan alhamdulillah, Allah permudahkan jalan saya dalam medan kali ini. Saya dah tak buat mak dan baba risau dah :) alhamdulillah

Naik form 4, tahun yang paling mencabar emosi saya. Almaklumlah, perubahan hormon kot kata orang. Dan ALHAMDULILLAH sangat-sangat, orang mula percayakan saya. Percayakan saya untuk tolong diorang secara akademik, rohani, dan dalam friendship :D Syukur pada Allah pada setiap yang ditetapkannya, saya mampu kekalkan prestasi akademik saya.. atas nama amanahNya. 2009 melakar banyak air mata, banyak ketawa dan banyak gundah. Saya belajar untuk menyayangi orang kerana ALLAH. And i learn to respect people more. I learn to give and take. And i learn to forgive and forget.

Memori ini terus berputar hingga ke tahun kelima.. FORM 5. Tahun ini agak banyak cemuhan, kerana saya dan sahabat cuba menegakkan apa yang betul. Menangis ke saya masa ni? Tak. Sebab kami yakin Allah uji ni bersebab.
dan Allah tidak akan menguji seseorang hamba itu melainkan atas kemampuannya

dan hingga ke penghujung form 5, saya rasa lebih bahagia.. kerana saya belajar untuk berkorban untuk Allah.. dan ganjarannya YA ALLAH.. tak ternilai. Syukur sangat-sangat, sebab berjaya buktikan kat mak yang LIPIS ini punya nilai. Nilai yang mungkin tak ada orang faham kenapa saya hargainya sangat.

Dan pada bumi yang orang lihat tak ada apa-apa inilah saya jumpa hampir SEMUANYA yang saya perlukan untuk terus hidup dalam tarbiah. KITA TAKKAN KENAL TUHAN KITA SEBELUM KITA KENAL DIRI KITA. Dan disebabkan Allah gerakkan hati baba untuk tolong belikan borang, Allah bisikkan pada orang MARA untuk masukkan saya dalam sistem, Allah pujuk hati saya untuk pergi Lipis yang zahirnya kosong ni, alhamdulillah saya berjaya ISI diri saya. Anda bagaimana?

Kadang-kadang pada yang kosong itulah kita dapat yang penuh.
Kadang-kadang pada yang hitam itulah kita jumpa yang putih
Kadang-kadang pada yang perit itulah kita temui yang bahagia

Entahlah kenapa saya membebel ni, pembaca faham ke tak. Sekadar nak luahkan kerinduan pada mata yang tak lagi bertemu.. InsyaAllah, Allah lapangkan.. akan ada lagi pertemuan kita.

Kepada pembaca, saya doakan moga Allah terus lapangkan hati antum untuk terus terbuka dengan hidayahNya. Hidayah ni macam tetamu tau. Ia datang bila ia mahu. Kalau kita tak bukak pintu masa ia ketuk tu, kita takkan tau bila ia nak datang lagi. InsyaAllah, kiranya apa yang pernah terlakar dalam laman ini mengetuk hati tu, ketahuilah hidayah itu telah tiba. Hold on it while it's still there. InsyaAllah rahmat Allah buat hambaNya yang sering mengingatiNya

:taqabbalallahu minna waminkum:

Comments

Lula said…
saya rindukan Kuala lipis juga..:')

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun