bismillah. Haritu berkesempatan join usrah skype untuk akhawat metropolitan KL/Selangor. Alhamdulillah. Ada sorang akhawat ni share pasal manusia A B C D. Anda nak kenal? Nakkkk Anda nak tahu? Nakkkkk Betul ni? Boleh tak bagitau je? *insert eye roll here* (okay, ini perbualan imaginasi sahaja) DRUMROLL. Manusia A Manusia A adalah manusia awam. Ini merangkumi semua manusia secara umum. Kira, semua oranglah. Tanpa kira status agama, bangsa, single, married.. eh? Manusia B Manusia B adalah manusia biasa. Di mana dia seorang muslim yang ibadahnya biasa-biasa sahaja (that includes me -______-' ) Beda manusia B dan A ialah Islam. Manusia C Manusia C adalah manusia committed (komited). Mereka ini adalah yang ibadah siang malamnya mantap. Tak tinggal, tak lewat, tak malas. Manusia D Manusia D adalah manusia da'i. Orang-orang ini bukan sahaja menjaga tugasnya sebagai seorang hamba, tapi turut mengajak manusia lain untuk turut jadi hamba s...
Sit down and read. Grab a cup of coffee and have a conversation with me.