Skip to main content

Orang Kata.. Saya Kata

Orang kata anak dara tak baik keluar malam-malam.
Saya kata kalau keluar berteman tak ape :)
Haa.. jangan salah faham. Keluar dengan muhrim yee!
Satu malam tu, saya buat keputusan drastik nak balik. Hujung minggu tu ada program dengan keluarga. Lagipun saya nak teman housemate saya, Farehah, balik malam tu. Alang-alang sehaluan, saya pun temankanlah dia. Kalau saya jadi dia, saya pun takut nak balik sorang-sorang (adelah alasan dia kenapa dia nak balik malam tu). Sepanjang perjalanan kami asyik berborak, dan tak sedar pun masa berlalu. Alhamdulillah, perjalanan terasa pendek, dan rasa macam cepat je sampai. Dan kami sama-sama akui memang takut sebenarnya nak LRT tu sorang-sorang.
Kan dah tak jadi masalah? Alhamdulillah




Orang kata jangan lalu kubur malam-malam
Saya kata kalau tak takut tak ape :)
Lepas hantar kawan kat rumah dia malam tu, saya pun mula gerak balik rumah. Saya ada dua pilihan, nak ikut jalan besar, atau ikut kawasan perumahan. Entah kenapa hati saya kata jalan besar tapi kaki pergi kawasan rumah orang. Saya nak ikut jalan besar sebab nanti kalau ada apa-apa jadi, insyaAllah ada yang boleh tolong. (Ye ke?)
Bila dah jalan ikut AU1C tu, saya dah mula lega, sebab agak banyak jugak kereta lalu-lalang kat situ. Saya rasa selamatlah juga. Dalam hati berdoa sangat agar Allah hindarkan saya dari apa-apa musibah, sebab keluarga tak tau lagi saya nak balik ni. (Bijak kan?) Makin saya jalan, baru saya teringat, kat depan tu ada kubur! Saya tersengih sorang-sorang. Dulu masa jadi exorcist sekolah, hantu ni, memang out lah. Memang saya tak percaya langsung. Sekadar yakin ada makhluk lain yang tak terzahir dengan mata kasar. Sebab, lecturer Physics saya, Miss Suriany ada cakap,
everything in this world has mass. and some masses come from light. ghosts does not exist. if yes, how can it absorb its mass? or does it have any?
Sukahati oranglah nak percaya apa kan? Tapi saya tak percaya ia wujud. Anda?
Bila lalu kat kubur tu, saya pandang. Saya jalan sorang-sorang dalam gelap. Macam mana saudara saya dalam kubur tu? Dengan lampu jalan pun saya dah rasa gelap, macam mana kat alam dia? Dalam hati saya sedekahkan al-fatihah untuk mereka. Moga ada fadhilatnya yang dikongsi, insyaAllah

Orang kata bila balik rumah bagitau family
Saya kata saya dah solat dan doa, tak ape :)
Bila ada perangai macam ni, mulalah kena bebel kat rumah. Dan bila fikir-fikir balik, betul jugak. Karang ada apa-apa jadi mula menyesal kan? Tapi saya dah letakkan pengharapan dan doa saya pada Allah. Jadi saya yakin Allahlah yang lindungi saya malam tu. Kalau tak ada Dia, mesti saya tak ada kat sini jugak.

Tapi sebenarnya, elok ke fikir macam ni? Seharusnya sebagai seorang wanita, saya tak boleh biarkan diri saya berlegar sorang-sorang, malam pulak tu. Dunia ni bukan kita boleh jangka. Sikap macam ni lah yang menggalakkan perkara sumbang kat dunia sekarang ni. Tak gitu? Walaupun kita yakin Allah ada nak tolong kita, tapi sure ke kita ni amalan kita seiring dengan harapan kita tu?

Yang pasti, Allah dah kata
Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kurang harta, jiwa dan buah-buahan   (Al-Baqarah:155)

Jadi janganlah risau kalau sesekali diuji. Allahlah sebaik-baik penolong :) 

Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun