Skip to main content

selamat berjuang sahabatku

bulan Mei menjelang tiba. tanpa sedar, sudah 5 bulan aku tinggalkan alam sekolah, penuh memori, penuh suka duka, penuh selesa tanpa perlu fikir masa depan yang lebih besar gambarannya. ada teman yang masih kabur ke mana arah tuju kaki melangkah. ada pula yang sudah berlari jauh di jalan pilihannya. dan aku? masih di sini. menunggu panggilan seterusnya.

alhamdulillah, aku telahpun tetapkan arahku, walaupun tidak seiring dengan kehendak hati. namun atas dasar tanggungjawab, akan kugalas jua sebaiknya. insyaAllah, jika tiada yang menghalang, aku bakal melanjutkan pelajaranku dalam bidang perubatan. bakal doktor? haha, insyaAllah.


bermula di sebuah sekolah baru, SRA Integrasi Taman Keramat sebagai seorang murid nakal, penuh dendam, namun bijak mengimbangi akademik dan aktiviti luar kelas, sikap itu berterusan hingga ke MRSM Kuala Lipis. Namun setelah menjalani 2 bulan yang getir di SMKA Kuala Selangor, sikap burukku semakin terhakis hari demi hari. Alhamdulillah ^^

enough chitchat. tak ada perkataan yang dapat jelaskan perasaan aku sekarang ni. sedih terpaksa berpisah, gembira kita berusaha menjadi lebih baik, teruja kita bakal jejaki alam baru. macam-macam! harap cinta ini terus bertahan, seutuh kasihNya kepada kita, insyaAllah...


dan aku tak malu nak mengaku, AKU SAYANGKAN ANDA SEMUA! deep from my heart

Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun