Skip to main content

Kasih Semalam [Part 3]

"Umi, kenapa abang Haikal, kak Izzah dan abang Faris boleh pergi sekolah naik basikal sendiri tapi Muaz tak boleh?" tutur Muaz di pangkuan ibunya.
"Eh, Muaz kan adik. Mana boleh pergi sekolah sendiri," luah si ibu.
"Alaa.. kalau macam tu Muaz nak adiklah. Nanti Muaz jadi abang, bolehlah Muaz pergi sekolah sendiri macam abang dan kakak," Muaz mengangkat kepala, tersenyum.

Wajah si ayah dan si ibu berubah. Tapi si ibu kembali tersenyum.

"Em.. ada rezeki nanti insyaAllah ya? Muaz doalah kat Allah," tutur si ibu, mengusap kepala si anak. Si ayah hanya memandang.


[klik 'read more' untuk terus membaca]









Si suami mendapati si isteri. Dipegang lembut bahunya.
"Sayang okay ke?" Segera si isteri menyeka air mata dan senyuman terukir. Si isteri mengangguk.
Tiada kata yang terluah. Si suami mengusap belakang si isteri. Si isteri hanya mampu tersenyum.

"Abang ingat lagi ke apa yang berlaku dulu?" soal si isteri.
Si suami tertunduk. Mencari jemari si isteri dan menggenggamnya erat.
"Kalaulah abang boleh buat sayang lupakan. Tapi, abang tak mampu. Allah didik kita cari kekuatan saat kita kehilangan Azam dulu. Abang hanya mampu bersyukur Allah pinjamkan kita Azam. Tapi untuk lupakan Azam, memang tak boleh,"

Si isteri hanya merenung luar jendela.
"Patutnya kita bagitahu Muaz dia pernah ada adik. Kenapa kita tak pernah ceritakan pada dia ya, bang?"
"Abang rasa, tak seorang pun anak kita tahu. Diorang kan kecil lagi masa tu?" nafas panjang dihela.

"Malam ni?" si isteri memandang wajah si suami. Penuh mengharap.
"Baik. Sayang kuat kan?" Senyuman dihadiahkan buat si isteri, air mata setitis tumpah jua.



to be continued.
..insyaAllah..


Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun