Skip to main content

Impian tak Tercapai

Satu hari saya jalan-jalan kat Nilai. Masa tu baru seminggu daftar kat KTT, so teruja lah sikit nak explore kawasan ni. Sampailah kat satu kedai ni (saya terpaksa biarkan namanya sebagai 'anonymous') saya teruja tengok aisle by aisle. Tibatiba saya terpaku. Saya nampak sesuatu dari jauh, dan dengan penuh semangat saya berlari ke arahnya.

Nak tau ke apa saya jumpa?







Saya jumpa KEYBOARD! Dengan harga yang sangat murah. Saya belek dompet, 'wah, cukupla duit nak beli ni' (murah je kan? -.-) Saya memang teringin nak belajar main piano ni, tapi sebab mahal yangteramatsangat, jadi saya nak start dengan keyboard je dulu. Dari dulu usha harga, tapi ni laaaa yang paling murah! Fuh teruja tak terkata kot masa tu.



Tapi bila difikirkan balik, 'berbaloi ke aku beli?' Saya tak suka beli barang berharga without something that can make it feel worth it. Jadi saya pendam perasaan ni dulu, dan sejak 4 Jun 2011, saya simpan azam, lepas exam final sem 1, kalau result saya lebih baik dari sebelum tu, saya nak beli jugak keyboard tu. weee~ Saya boleh tunggu my whole life, takkan tak leh tunggu lagi 4 bulan kot kan? :D

Jadi, masa study week exam final tu, saya catit atas meja saya..


Waktu tu, saya dah terfikir.. 'there's something wrong ni..' tapi saya tak dapat lagi nak detect apa. Saya pun study la macam biase, dan harihari melihat note tu. Asal saya tengok je, saya jadi sedih. Bila saya cakap kat kawan, saya takde mood nak study, dorang pesan 'tengok atas meja tu. semangat sikit' Saya pun senyum je, knowing that saya masih sedih.

Minggu exam pun tiba. Yeay! (purapura semangat) Sepanjang exam rasa tak kena. Saya asyik merenung nota atas meja saya tu, tapi saya tak semangat pun. Saya termenung je, dan saya study kat tempat lain, baru okay sikit.

The next week after post-exam break tu, saya pun nekad. Saya cakap kat housemate saya, Afiqah
aku macam kompem je takkan dapat keyboard ni. frust la. aku yakin gila
Afiqah pun bagi la semangat. Dia kata 'okay punya' tapi saya lebih tahu dari dia, dan Allah lebih tahu dari kami kan? :D Saya koyakkan nota tu dan terus buang. Saya senyum je kat Fiqah, and minggu tu, result pun keluar. Dan seperti yang saya jangka, saya tak lepas cut off point seperti sebelum ni.

Sedih?

Tak pun. Saya dah usaha sehabisnya. Semua markah drop menjunam, nak menyesal pun tak guna, sebab saya tak menyesal sikit pun dengan usaha saya. Alhamdulillah je sepanjang proses dapat markah tu. Senyum je lah. Nak nangis pada benda yang dah lepas pun, air mata yang berbaldi-baldi tu takkan dapat bayar markah untuk dapat A kan? heheh Saya bersyukur sebab saya jatuh bergolek sekarang. Alhamdulillah!

Okay, back to the topic. Maka dengan ini disahkan bahawasanya, SAYA TAK DAPAT MEMILIKI KEYBOARD TU. Mulanya, saya sedih, because to have one is my life long dream. But then it hit me

Allah menguji hambaNya bersebab
Betul tak? Jadi saya pun mengorek sebabnya. Dan apa yang saya jumpa ialah..

Saya salah niat untuk amik exam tu 
Uish~ dalam tu. heheh Saya dididik untuk niatkan sesuatu untuk Allah. Jadi, rupanya 'petanda' hati saya yang tak sedap sepanjang dua minggu tu adalah kerana saya tak betulkan niat saya. Kompas saya tak lagi mengarah ke Allah, tapi ke arah keyboard tu.

Hukhuk... Lagilah sedih sebab saya dah sia-siakan usaha saya demi sebuah keyboard, bukan kerana Allah. Sedih sangat masa tu. Jadi saya pendam je impian keyboard saya tu, sebab saya tahu.. Allah takkan sia-siakan saya. Kalau saya jaga Allah, perjalanan hidup ni kan lebih mudah? Entah-entah, nanti senang-senang je saya dapat keyboard tu. Siapa tau?

.yang khilaf itu milikku.


  • nawaitu untuk sesuatu tu perlu betul. sekalipun kita tak dapat tunaikan matlamat asal, matlamat mendekati Allah itu tercapai insyaAllah
  • saat kita mengejar dunia, akhirat makin jauh. kalau kita kejar akhirat, dunia akan berlari-lari kejar kita nanti. seronok kan?

Comments

Popular posts from this blog

It's The End of The Race

bismillah. It's the night of 29th Ramadhan. The race is at its end. And how do I feel about it? Sad. Deeply, extremely sad. I hardly meet Ramadhan. Once a year. And for many years, I spent the days Ramadhan was here by just letting it pass by. This is one of the years where I truly devote myself in meeting Ramadhan, yet I feel it didn't change me. I didn't change. My fingers are literally trembling of the fact that.. I might not even see Ramadhan again. I am so overwhelmed. My heart is almost bursting of sadness. I might finish this race, but I don't know if I'm winning. And for the times I tried, well, He's the Only One to judge me. And I pray that this month has made me stronger within. Probably. Maybe. InshaAllah This is my last night with Ramadhan insyaAllah. I hope this possibly last date will last a lifetime. Cause I don't know if I have that long. I might not even see tomorrow. Or even finish my date tonigh

Happy Birthday To Me! Is it?

Bismillah. 20 April 2012 Hari ni ada BBQ Muslimah kat Masjid BBST. Seronok. Hari ni, body dan roh dapat makanan masing-masing alhamdulillah. :) Malam kami makan tu, makan ramai-ramai dalam dulang. Best woo! Tiba-tiba, sorang akak ni seru, "Attention! Akak nak panggil dua orang ni, sebab dorang ada buat salah dengan akak," then nama mereka pun disebut. Tipikal. Biasa waktu program-program macam ni, kalau ada yang cakap macam tu mesti nak sambut befday. Semua orang bergembira, happy, bergelak ketawa. Buat sesiapa yang tak dapat rasa ke-best-an makan dalam dulang ni, sila rasainya sendiri ya :) Tiba-tiba, tengah akak-akak yang 'bersalah' tu dipanggil ke depan, sorang buah hati saya jerit dari depan (saya makan kat belakang) Dia (1) : Azneen! Azneen! Cepat pergi depan ni! Saya : Hah? Buat ape? Dia (1) : Eleh, buat-buat tak tahu pulak. (sengih lebar) Saya pun buat-buat tak tahu, dan terus nyanyi. (wah, nyanyi kat masjid tu. tak senonoh betu

Rama-rama

Hari tu ada kuliah kat lecture hall. Agak jauh sikit dari apartmen. (apelah sangat jauhnya kalau dok KTT tu? :D ) Tengah sibuk tunggu lecturer, dan tunggu student dalam lecture hall tu keluar, saya dan kawan-kawan berboraklah kat luar. Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang dekat. Orang kata, it's impossible to catch a butterfly empty handed. Saya tau tu, tapi hari tu saje nak test. Saya pun sibuklah kejar rama-rama tu dengan berbaju kurungnya. Dia terbang kiri, saya kejar ke kiri. Dia terbang kanan, saya pun ikut. Nampak macam orang bodoh je. Ada saya kisah? Bila dah penat, saya pun duduk je lah. Sampai mengah-mengah haa~ Alih-alih semua orang dah give up, (okay, saya sorang je) dia sedap je dok bertenggek kat pokok bunga kat depan kitorang. Sebenarnya saya nak uji hakikat wanita yang dikaitkan dengan rama-rama ni. Saya selalu dengar, wanita solehah itu ibarat rama-rama. indah dilihat tapi sukar digapai  and yes, saya dah nampak perkaitannya. Betapa saya terpegun